Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Blog ini ialah blog peribadi kepunyaan Su Purple..segala isi kandungan blog ini adalah luahan dan pandangan yang tulus ikhlas dari tuan punya blog..dan beberapa ilmu pengetahuan yang ingin dikongsi bersama pembaca sekelian..

Apa yang baik dikongsi bersama, apa yang buruk dijadikan pengajaran.

Wednesday, March 11, 2009

Putus asa



Bagaimana caranya untuk memujuk orang yang telah putus asa dalam hidup? Aku risau sungguh dengan kawan aku sorang ni. Pada dia yang terbaca blog aku, aku mintak maaf ya. As a friend aku harap kau bukan sekadar bahagia didunia tetapi juga diakhirat. Seperti dalam gambar diatas, sekeping roti dikongsi bersama. Apa-apa masalah jangan dipendam seorang, carilah orang yang boleh dipercayai dan luahkan apa yang terbuku dihati. Insya Allah jiwa pasti tenang..



Roti yang manis ni memang enak dimakan tapi tengok juga situasinya bila nak makan. Mungkin sesuai dimakan waktu pagi atau petang tetapi bukan waktu tengahari. Kalau kau ingin bercerita untuk meluahkan rasa hati, aku sedia mendengarnya, silalah berhubung dengan aku. Insya Allah, segala panggilan akan dijawab dengan kadar segera dari jam 7 pagi sehingga jam 7 petang, kecuali hari Sabtu dan Ahad, masa dipanjangkan sehingga jam 9 malam. Segala kos panggilan ditanggung sendiri.

Pada kalian yang membaca blog ini, doakanlah untuk kawan aku yang jauh ini, sesungguhnya aku terasa akan kejauhan hatinya dari landasan hidup yang sebenar. Ya Allah, kuatkan imannya, berikan kegembiraan dalam hatinya, jauhkan kegelisahan yang melanda, tiupkan kesabaran dalam jiwanya, berikan taufik dan hidayah kepadanya, sempurnakanlah kehidupannya, sesungguhnya padaMu aku berserah dan padaNya aku memohon pertolongan..



Hidup jangan bersendirian kerana syaitan laknatullah akan menggoda hati-hati insan yang sedang melara agar mengikut caranya. Selesaikanlah masalahmu, basahi lidahmu dengan ayat-ayat mulia iaitu zikir dan ayat suci. Tenangkan dirimu sesungguhnya Allah sedang menguji hambanya agar kembali mengingatiNya.

7 comments:

Mamamanja said...

Semoga kawan akak x terpesong dr landasan yang sebenar...

Mak Su said...

buat beberapa ketika kalau putus asa, it's ok to cry. tapi jangan lama2 sangt, sendiri kena pulihkan semangat sendiri dengn bantuan rakan-rakan yg prihatin, dan bykkan mengaji dan baca terjemahan, esp baca surah2 seperti surah Muhamad, yasin, baqarah, etc.

kuIna Jentayutiara said...

moga dia tdk berterusan begitu.. bahaya, dekati dia agar dia tak kesunyian melayan kehampaan.

RaFFLeSiA MeRaH said...

yup...ketika hati sedang menjauh...lebihkan zikrullah pada lidah mu...pasti akan mendpt ketenangan dan kelapangan hati....

Ezad said...

sabar..sabar lah sabariah

Ms Minnie said...

salam... mungkin sue boleh cadangkan kat kawan sue tu, cuba ubah cara hidup dia.. cari kawan-kawan baru... beritahu dia, semua orang ada masalah masing-masing... lagi banyak kawan kita ada, lagi banyak masalah orang kita akan tau dan sikit-sikit kita akan mulai sedar, ada orang lebih sedih dari kita, lebih tertekan dari kita... dan cubaan untuk diri kita tak seberat mana... itu salah satu cara la... tapi yang penting diri dia sendiri... semoga dia cepat sedar dari lena...

Masy said...

moga cpt diberi kekuatan..

Nasihat buat kawan-kawan

pesanan dari sahabat

Kehidupan suatu cabaran, tabahkan hati menghadapi dugaan dan lawan. Bersedia mengkritik dan dikritik. Hadapi dunia luar dengan hati yang terbuka. Sentiasa belajar dan mendengar. Pasti hidup akan berjaya - insan terpilih

Popular Posts