Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Blog ini ialah blog peribadi kepunyaan Su Purple..segala isi kandungan blog ini adalah luahan dan pandangan yang tulus ikhlas dari tuan punya blog..dan beberapa ilmu pengetahuan yang ingin dikongsi bersama pembaca sekelian..

Apa yang baik dikongsi bersama, apa yang buruk dijadikan pengajaran.

Thursday, May 14, 2009

Cerita ajelah apa yang ko rasa..


Nasi kawan aku belanja, cuba tengok ikan tu macam bentuk hati kan..

Sambil buat kerja, tengok email, lepas tu tengok facebook, pastu sambung buat kerja, lamaaa sikit bukak email. Penat gamaknya asik bukak email bukak pulak blog.. terasa pulak nak apdet. Tapi tak tahu apa nak cerita tapi hati tu kata cerita ajelah apa yang ko rasa sekarang ni haa..

ok, set!

Pagi tadi hujan, mujur dalam 6.45 hujan semakin reda. Semenjak habis exam waktu tidur pun jadi awal. Lepas isyak, tengok tv ala kadar aje, dala pukul 10 pasti dah hanyut. Dan seawal jam 5 suku aku dah terjaga. Mak pesan alang-alang dah bangun awal tunaikan solat-solat sunat, maksudnya kalau dah ayatnya solat-solat sunat, maka solat itu seharusnya lebih dari satu kan.. insya Allah buat, sesekali ajela, sebelum tidur semalam tak sempat nak seterika baju, jadi tak la buat solat-solat sunat, cuma solat sunat aje, hehehehehe..

Sampai ofis perut rasa lapar aje, patutla semalam makan kul 6 petang..

Sambil buat kerja sekarang ni dan sambil mereka ayat blog ni, aku teringat yang aku ada kerja yang perlu aku buat hari ini juga. Bukan tak ingat tapi sengaja dilambat-lambatkan..

Cukai jalan dah lama mati, 29 April tapi aku tak cabut lagi pelekatnya. Bukan tak renew, awal lagi renew, 10hb April dah dapat cukai jalan baru tapi disebabkan lama lagi, itu yang buat tak peduli tu. Tapi ni dah terlebih 2 minggu.

Biasa suruh orang pasangkan, suruh orang lekatkan.. tapi kali ni nak buat sendiri, tak moh suruh sesapa dah.

Hari ni terasa tak nak makan tengahari, dulu tak selera makan nasi sebab masa tu emosi terganggu, tapi bila emosi kembali pada asal, lepas tu sibuk final exam, ya Allah selera makan, masya Allah.. pagi nasi lemak, tengahari nasi campur, petang nasi lauk mak masak.. seminggu berturut-turut macam tu masa nak exam.

Perut ni rasa kenyang lagi, hmm biarkan dia.. Biar arini tak makan tengahari. Kalau lapar mungkin lepas solat zohor gi cari goreng pisang ke apa ke..

Itulah ceritaku hari ini..

15 comments:

kakLuna said...

hmm..aku dpt merasakan rasa nasi dan lauk ko tu sue..kalo gulai tu pedas dan nasi tu panas lebih ummmphhh kan

Purpleheart said...

Luna,
betul ko cakap, tapi mujur la nasi tu panas sikit, cuma kuahnya sejuk skit, tapi sebab masa tu lapar, selamat sejahtera..

Mak Su said...

maksu dah jarang amik nasi masa lunch, diet gitu. tapi masa dinner, aku belasah gaks... huhuhu

irfa said...

ha'ah.citer jelah apa yg akak nak citer.saya baca je.hehe..

Purpleheart said...

Maksu,
saya lunch ikut mood.. kira senang ikut mood aje la, tak de mood tak de nasi, ada mood nasila jawabnya..

Ifra,
maceh, tengkiu..

Mamamanja said...

lapo lak rasa

Purpleheart said...

Mama manje,
hehehehe.. sabo ajelah..

kuIna LadyInRed said...

sy selalu jenjalan blog ke blog utk cari idea wat en3

sy suka makan ikan
hari2 saya makan ikan

Shumierain said...

nampak cantek jer ikan 2 terbentuk..
meriah skali..

jinggo said...

nampak sedap betoi nasik tu.......
lapaq la pulak............

Purpleheart said...

Kuina,
betul, kadang2 bile tengok blog orang baru dapat ide..

Shumie,
nampak cantik, rasa sedap..

Jinggo,
sedap sungguh apatah lagi makan tengah lapar.. mabeles..

ADIB said...

Salam...Simple je cerite tapi menarik. paling menarik bab makan tu. siap ada gambar. perut rase lapar pulak..padahal baru lepas makan..hehe

Purpleheart said...

Salam Adib, salam perkenalan.. alamak lapar lagi ke..

Bibie said...

Sedapnya nasi campur Kak Sue... :)
Tetiba rasa lapar...


Suspen bile baca tajuk entry Kak Sue tu..hihi

Purpleheart said...

BB, menarik sangat kan..

Saspen ye? hehehehehe.. saja je buh tajuk cenggitu..

Nasihat buat kawan-kawan

pesanan dari sahabat

Kehidupan suatu cabaran, tabahkan hati menghadapi dugaan dan lawan. Bersedia mengkritik dan dikritik. Hadapi dunia luar dengan hati yang terbuka. Sentiasa belajar dan mendengar. Pasti hidup akan berjaya - insan terpilih

Popular Posts