Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Blog ini ialah blog peribadi kepunyaan Su Purple..segala isi kandungan blog ini adalah luahan dan pandangan yang tulus ikhlas dari tuan punya blog..dan beberapa ilmu pengetahuan yang ingin dikongsi bersama pembaca sekelian..

Apa yang baik dikongsi bersama, apa yang buruk dijadikan pengajaran.

Wednesday, June 24, 2009

Lama tak apdet

Lamanya dah tak apdet, dah tak tahu apa nak tulis.. pikir punya pikir dari semalam dan pagi ni dari pagi sampai petang. Apa-apa pun aku nak apdet juge hari ni sebab esok lusa aku bercuti. Nanti tak apdet hari ni bila pulak la aku nak apdet. Minggu lepas minggu rabun sebab Selasa lepas cermin mata pecah, hari jumaat baru siap cermin mata.. Pagi-pagi berpeluh muka bagaikan baru belajar memandu. Saspen juga mandu tanpa cermin mata, bayangkan power cermin mata aku kanan aje dah 750 ke atas, kiri 650.. betapa rabunnya aku.. terpaksa besarkan font dalam pc. Kalau nak mengumpat pun tak boleh.. semua nampak, hehehehe..

Semalam entah kenapa gatal aje tangan untuk ubah itu ini gitu gini, agaknya dah bosan sepi aje blog aku tak ada hiasan apa.. Sekarang ni, haa amik kau..

Malam ni aku akan bertolak ke Kedah dan esoknya ke Perlis. Doakan lah ye aku selamat pergi dan pulang. Lepas ni pasti meriah blog aku dengan gambar-gambar aku disana..

Sepeninggalan aku, jaga ye umah ni baik-baik..

Monday, June 15, 2009

Cuti sekolah


Ahad lepas bawak mak, makcik dan cucunya yang duduk di Sungai Buloh pergi Wetworld podeh. Sebenarnya ide abang aku yang nak bawak anak-anaknya bercuti. Aku ok aje, bukan selalu pun.. aku pun tengah cuti semester juge, kan..



Aku sekereta dengan mak, makcik dan cucunya dan abang satu kereta dengan familinya + anak abang sulung sorang. Aku dan abang tukang angkut nasi dengan lauk, sampai sana mak aku siap bawak timun lagi. Walaupun lauk sambal sardin tapi sedapnya macam makan ayam golek aje. Yalah dah lapar, makan nasi dengan kicap pun sedapkan..



Abang aku lapo lepas melayan anak-anaknya mandi..


Ni cucu-cucu makcik yang selalu tersasul cakap dialek Sungke (Sungkai), almaklumlah dah jadi anak dara Sungke..


Kakak ipar aku yang vogue ni sedang menukar baju anak-anaknya yang sekian lama mandi tak mau balik-balik lagi, setengah hari dia mandi. Almaklumlah budak-budak..


Sebelum keluar tol, singgah dulu menunaikan yang wajib..


Keputusan peperiksaan dah pun keluar, dan aku lulus kesemuanya. Alhamdulillah.. Semester depan last semesterla jawabnya. Tinggal 3 paper je tinggal. Time kasih kepada semua yang telah mendoakan aku, semoga kalian memperolehi kesenangan bukan sahaja didunia malah diakhirat juga, amiin..

Wednesday, June 3, 2009

Blog bergambar

Amik gambar minggu lepas

Dah 5 kali servis myvi, dapat 5 botol minyak itam yang berlebih, jadi kumpul semuanya dalam satu botol, 5 in 1..


Minggu lepas kuih ni yang aku balun pagi-pagi.. selama 5 hari berturut-turut.. semoga menjadi ayu.. hihihihihi..


Jumaat lepas dgelar kak purple kerana.. memang pun kalau tak takkan nama pun purpleheart..


Gambar kat atas meja, saja suka-suka tangkap, ni la gambo kawen aku..

Tuesday, June 2, 2009

Maafkan aku


Apabila orang terhampir dengan kita gembira, pastinya kita juga akan turut merasai tempiasnya, kan? Begitu juga sebaliknya, kalau orang terhampir mengalami masalah, pastinya kita juga bersedih tengok wajahnya yang sayu.

Ramai rakan terdekat yang mengenali aku mengatakan aku suka mendera diri sendiri. Demi kawan-kawan dan orang tersayang aku rela tak makan sebab duit aku telah aku pinjamkan pada dia. Sesekali aku pernah dibrainwash oleh rakan-rakan supaya sentiasa mengutamakan diri dulu, sayangi diri sendiri dahulu. Tapi aku buat juga, tanpa aku menyedarinya.

Kenapa? Sebab aku pernah mengalami kesusahan, tak ada duit nak makan dan isi minyak kereta. Kat rumah tak ada barang berharga yang boleh diganti dengan nasi sesuap dan minyak kereta mulai mengering setelah beberapa hari diisi. Segan nak pinjam kawan selalu, hutang yang ada pun ada lagi belum berbayar. Emm tak kan nak jual tv, nanti sendiri juga melopong. Yang ada cuma gelang seurat yang mampu dijadikan tunai dalam masa singkat. Akhirnya, selamat tinggal gelang..

Bila difikirkan semula zaman susah, kalau boleh aku tak mahu orang lain juga susah. Mungkin kalau aku susah sikit mungkin tak mengapa. Sesekali biarlah aku merasai kesusahan, kalau aku sentiasa senang nanti takut aku lupa diri. Bila aku lupa diri aku lupa nak bersyukur pada Dia. Dan bila aku lupa nak bersyukur, aku takut hati aku mati.

Terima kasih rakan-rakan yang tidak jemu-jemu menasihati aku. Aku bersyukur kerana kalian prihatin pada aku.

Aku adakalanya pelupa juga orangnya. Dan sikap aku suka ambil mudah dalam apa juga perkara. Sebab itu aku senang lupa. Ketika ceramah keutuhan, Ustaz Ahmad Syukri menyarankan agar menulis segala apa yang perlu diingat agar ingatan kita akan kukuh kerana mengingati dikepala adakalanya boleh terhapus dengan memandang perkara-perkara yang lagha.

Aku mohon kemaafan seandainya aku lupa.. berapa ye hutang kau? Ya Allah su, ni pun kau lupe jugak ke, ampehnye kau..

Nasihat buat kawan-kawan

pesanan dari sahabat

Kehidupan suatu cabaran, tabahkan hati menghadapi dugaan dan lawan. Bersedia mengkritik dan dikritik. Hadapi dunia luar dengan hati yang terbuka. Sentiasa belajar dan mendengar. Pasti hidup akan berjaya - insan terpilih

Popular Posts