Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Blog ini ialah blog peribadi kepunyaan Su Purple..segala isi kandungan blog ini adalah luahan dan pandangan yang tulus ikhlas dari tuan punya blog..dan beberapa ilmu pengetahuan yang ingin dikongsi bersama pembaca sekelian..

Apa yang baik dikongsi bersama, apa yang buruk dijadikan pengajaran.

Saturday, January 29, 2011

Sakit gigi lagi

Dah 12 hari aku cabut gigi..di klinik kerajaan..

dan 12 hari juga aku masih sakit gigi..

3 kali pergi klinik nak amik ubat sakit..

dan aku tetap juga ke pejabat tanpa MC..

pergi kerja dengan sakit pun kena perli dengan pegawai..

kalau aku MC dan MC..pastinya kerja aku berlambak-lambak..

penat sebenarnya asik makan ubat ni..

Isnin ni aku nak pergi klinik gigi ditempat lain..konon nk mengadula kenapa saya cabut gigi kat klinik nuu sakit lama sangat..cuba dr yang baik budiman periksakan..

Tuesday, January 18, 2011

surat terbuka buatmu sahabat..

Aku emailkan surat ini buat rakan-rakan sepejabatku..supaya mereka tidak salah faham dan tau sebabnya..



Assalamualaikum..

semalam saya menelefon Wan, isteri Anuar Fazal, ex-opearator yang meninggal pada hari Sabtu lepas..


sebenarnya Anuar meninggal bukan sebab dia memancing, sakit atau sebagainya..


3 hari sebelum dia meninggal, dia pernah berkata pada isterinya yang dia teringin sangat nak main banjir. Tapi isterinya  tak bagi. Di ofis dia bagitahu pada rakan sepejabatnya, pun juga kawan-kawannya tak bagi dia, siap tutup pintu lagi kalau dia nak keluar..tu semua dia ceritakan pada isterinya..


Entah macam mana Sabtu tu dia pergi juga main air di belakang pejabat dia.. (ofis dan rumah kuartersnya tak jauh mana) dia pergi main air dibekas bendang yang tidak lagi ditanam padi, lebih kurang sekarang dah jadi macam padang lembu meragut rumput..


dia dengan anak buahnya 2 orang naik sampan dan dalam airnya pun tak la dalam sangat, air tingginya lebih kurang paras betis.


suatu ketika sampan tu terbalik, budak-budak tu yang jatuh..sedang dia cuba nk tolong budak-budak tu betulkan sampan, agaknya ajal dia dia terpijak lubang, bekas orang pajak tanah jadi kat situ dalam sikit..dia terjatuh kat situ..


kebetulan kat situ berhadapan dengan rumah orang jadi sempatlah orang selamatkan dia dalam masa terdekat..


tapi ajalnya memang telah ditetapkan, dia tak sempat diselamatkan..tak sampai pun 5 minit..tatkala orang selamatkan dia, dia pun dah terkulai..


beberapa jam sebelum dia meninggal, dia sempat telefon isterinya bertanyakan khabar..dan memberitahu dia teringin sangat nak main banjir..tapi dia pun dah pergi, tak leh nak cakap apa la selain dari pesan berhati-hati..


dia bagitahu isterinya dari kecil dia bersekolah di sekolah cacat penglihatan di johor sampai besar, tak pernah dia tengok banjir depan mata dia..


seminggu sebelum dia meninggal, dia keluarkan semua fail-fail pasal sijil lahir anak, bil-bil telefon, elektrik, dan sebagainya, siap fotostet segala ic dan sijil-sijil lahir anak..dia bagitahu isterinya yang fail tu ada diatas meja..sebelum ni dia tak pernah tunjuk apa-apa bil pun, semua dia masukkan dalam almari..


Wan pesan pada saya, kalau ada sesapa yang ada berhutang dengan Anuar harap bagitahu pada dia..sama ada nak halalkan atau pun kena bayar juga.. harap semua yang mengenali Anuar dapat sedekahkan Alfatihah buat beliau, dan kalau ada sesiapa yang ingin menderma bolehlah berbuat demikian..saya pun dah mintak no akaun dia..dia pun tengah sibuk uruskan hal anak-anaknya, selama ini Anuar yang buat semua tugas-tugas anak-anak..


Sekian...



Su Purpleheart

Sakit gigi

Aku dari tahun lepas lagi dah mengadu sakit gigi...sokmo sakit gigi..dan sebelum tirai 2010 berlalu aku telah pun pergi ke PPUM..kira handal sangat lah tu..berzaman tak pergi klinik gigi kat sana, sakit gila wehh..doktor studentnya ramai benor..ganeh-ganeh lak tuu..tapi kali ni tak ada pilihan lain lagi selain dari PPUM..

Ingatkan bukak kul 7.45 macam klinik Kelana Jaya..rupanya 8.30..da la aku sampai kul 7.15...bayangkan berapa lama tunggu (sape suh datang awal..)

tunggu pulak turn..9.30..jumpa doktor pukul 10.00..tepat pulak tuu..

ke X-ray..10.25..

jumpa doktor semula pukul 11.00

kena jumpa dr lain (rupanya student)..dan mimpi ngeriku bermula..

x-ray lagi?? cara dimasukkan filem pun dah buat aku meraung kesakitan.. dan salah dia kerana salah memasukkan filem ke dalam mulut pesakit yang memang tengah sakit..bukan sakit dimulut tapi hatiku jua sakit..

ok, dibuatnya ujikaji keatas gigiku ini..ujian kepanasan sejuk dan renjatan elektrik..huaaa..rasa nk nangis masa ni..dan jam menunjukkan pukul 12.00

dan katanya dia student tahun 4, tak ada kuasa untuk melakukan rawatan akar..maka buat hari ni biarlah mereka mencuci gigiku..

30 minit mencuci..ya Allah ya tuhanku..berapa kali agaknya aku istigfar, selawat, mengucap dan sebagainya..ngilu, sakit..ntah apa lagi ayat yg boleh aku huraikan..

selepas itu aku 'dibebaskan'..dalam perjalanan pulang aku mendapat panggilan telefon dari doktor student itu bahawa dia akan incharge untuk rawatan akar gigi aku..cuma ambil masa 5-7 bulan lagi..

tidakkkkkk...aku tak mahu mimpi ngeri berulang kembali..

puas aku mencari klinik yang menawarkan khidmat rawatan akar..dan akhirnya ku temui di Kelang..

esok aku pergi..sekian lama aku memendam rasa..

Saturday, January 8, 2011

Alfatihah

Semalam adalah hari lahirnya yang ke 32..petang tadi tatkala aku hendak menunaikan solat magrib, aku dikejutkan dengan sms yang kawan aku telah kembali ke rahmatullah..rasa macam nak pengsan..

kenal sejak tahun 2002, masa tu dia baru masuk jadi operator..masa tu dia dalam proses nak kahwin, jadi aku hadiahkan bunga pahar buatnya, sejak dari itu dia pun anggap aku macam kakak dia sebab dia pun tak ada adik beradik..anak tunggal..

Susah senang dia akan bantu, sampaikan nak ke bank pun kadang2 suh teman, tapi sampai ke bank bukan aku yang turun, dia pulak yang turun pegi bayar..

tahun 2003 aku pernah berkursus sama-sama - pi kursus kenegaraan di Kaki Bukit, Perlis..masa kursus dia jadi bilal..sedap sungguh suara dia..semua orang terpaku mendengarnya, dan orang pun macam tak percaya yang dia OKU.. bangganya akak akan kebolehan kamu..


2 tahun lepas, aku dan dia dapat temuduga SPA..tapi rezeki dia yang dapat..lepas dapat surat tawaran tu dia kena pergi kursus di ipoh.. aku offer hantar ke putrajaya. Sebelum dia pergi dia kata dia akan doakan aku supaya aku pun dapat juga..

tahun lepas bila kawan baik aku menjauhkan diri dan akhirnya aku dapat tahu dia akan melangsungkan perkahwinannya, aku rasa kecewa sangat dengan sikapnya, tapi apakan daya aku cuma kawan yang telah dipergunakan. Arwah yang bagi nasihat pada aku bila dia dapat tahu, Siap bagi nasihat lagi dalam fb..

Sesekali dia akan telefon bertanyakan khabar, Kak, sihat kak.. kak saya dah tanam pokok.. dan cerita yang tak boleh aku lupa ialah dia menaiki motor untuk pergi kerja..weiii, nampak ke...bahayalah nuar, nanti terlanggar pokok ke apa..dia OKU (rabun)..bayangkan orang macam dia naik motor..kak, saya insya Allah boleh nampak pokok atau kereta, tapi saya paling takut tahi lembu..kalau terlanggar tayar jadi licin..

Marilah sedekahkan alfatihah buatnya.. Arwah meninggalkan seorang isteri dan 2 orang anak..

Friday, January 7, 2011

Toksin dalam badan

Apakah Toksin?


Toksin dalam tubuh manusia terjadi akibat pencemaran. Antaranya ialah pencemaran makanan akibat penggunaan bahan kimia secara berleluasa seperti racun perosak, racun serangga dan baja kimia untuk aktiviti pertanian. Kesihatan menjadi lebih parah apabila manusia mengambil makanan yang mengandungi bahan pengawet, perasa tiruan, bahan tambahan dan sebagainya merupakan punca utama terjadi toksin dalam badan. Inilah sebabnya terjadi pelbagai penyakit seperti tumor, kanser, migrain dan sebagainya.


Fakta daripada pelbagai kes penyakit mendapati bahawa hampir 90% punca penyakit adalah disebabkan oleh toksin. Di dalam sistem fisiologi tubuh, apabila seseorang itu sakit, badan sedang berusaha untuk menyingkirkan sisa-sisa bunagan, mukus dan toksin yang menghalang fungsi tubuh. Toksin yang berada di dalam saluran darah akan di bawa ke pelbagai bahagian organ dan merosakkannya.

Makanan yang dimakan sehari-hari hampir kesemuanya dicemari dengan bahan kimia. Sayur-sayuran dan buah-buahan yang disembur racun, ayam dan daging yang disuntik bagi tujuan mempercepatkan pembesaran dan udara yang tercemar yang terpaksa disedut setiap hari menyebabkan badan kita mudah menyerap toksin.

Kesan Kemudarat Toksin Kepada Tubuh ?

Hakikatnya, pengambilan makanan terlalu berasid seperti daging, makanan diperhalus seperti nasi, roti, gula, manisan, makanan goreng berminyak, protein berlebihan dan lain-lain adalah faktor yang menyumbang kepada masalah kesihatan. Di samping, makanan yang mengandungi bahan kimia seperti pengawet, pewarna dan perasa tiruan, antibiotik, racun perosak dan lain-lain.


Jika badan terlalu berasid serta berlaku proses penapaian dalam usus akan meningkatkan kandungan toksin di dalam badan keta. Toksin tersebut akan diserap dan melekat dalam darah yang menyebabkan terjadinya pelbagai masalah kesihatan atau penyakit. Antara penyakit yang diakibatkan oleh tindakbalas toksin dalam darah, ialah:-
Penyakit Kulit

Penyakit kulit terjadi apabila toksin dalam darah cuba keluar melalui kulit. Pengumpulan toksin di dalam kulit akan mengakibatkan penyakit seperti jerawat, furunkel dan lain-lain.

Tumor

Tumor berpunca daripada bahan buangan bertoksin yang berkumpul dipelbagai tisu badan.

Demam

Demam adalah proses semulajadi badan untuk membersihkan diri sendiri. Apabila sel darah putih menentang toksin di dalam badan, Kadar metabolisme semakin cepat, mengakibatkan tubuh menjadi demam.

Penyakit Jantung dan Tekanan Darah Tinggi

Toksin yang melekatkan di dalam darah akan menjejaskan kelancaran perjalanan darah. Ia menyebabkan jantung, bekerja lebih kuat untuk melancarkan perjalanan darah yang melalui saluran yang tersumbat. Ia akan mengakibatkan pembesaran jantung, sementara tekanan ke atas saluran tersumbat akan mengakibatkan tekanan darah tinggi. Di samping, buah pinggang dan sistem endoktrin dalam usaha membersihkan toksin akanmerembes pelbagai jenis kimia yang menyebab terjadinya tekanan darah tinggi.

Alergi, Asma, Pundi hempudu dan Karang , Pengerasan Saluran Darah, Sakit Sendi dan Sengal-Sengal Tulang, Sembelit, Perut Kembung, Barah Payudara, Kemerosotan Daya Seksual.

Oleh itu, langkah awalan untuk menyembuhkan penyakit ialah dengan menyingkirkan toksim dan tidak semata-semata mengawal sebarang penyakit dengan ubat sahaja.

Sunday, January 2, 2011

1.1.11

seperti biasa pada hari Sabtu dan Ahad..pagi-pagi bagi burung merpati makan..seronok tau tengok derang makan..terhibur kejap..

Lepas tu aku dan mak ke Kuala Selangor. Tengah jalan singgah Matang Pagar, Sg Buloh amik makcik.. Abangku di Kuala Selangor pada hari tu buat kenduri kesyukuran..sempena masuk rumah baru..menunya ialah mee bandung Muor..rempahnya memang didatangkan khas dari Muor..dan rasanya masya Allah..sedap dan pedassss...juga dihidangkan putu mayam buatan orang Melayu..dan roti canai serta agar-agar, buah-buahan, dadih sebagai pencuci mulut..abih diet aku..bak kata orang punah ranah..

Alang-alang nak sampai bukan senang, kitorang pakat tidur sana..ahad baru balik..dan kebetulan juga dah bagitau pada kakak ipar nak tukar kusyen kete..kat sana dapatlah harga murah sikit dan juga berkualiti..

Malam tu aku suruh abang bawak aku pi tengok kelip-kelip..bukan senang nak tengok..anak buah aku yang sulung pun da 15 tahun..tak kesempatan nak pegi tengok..siap ugut lagi..pilih antara satu, nak bawak pi tengok firefly atau kena beli tiket kapal terbang firefly...

dan pada malam itu tertunai la sudah hajat dihati...

Tq abang iza..tapi seram gile naik sampannya..

mak aku dan teddy bear cucunya..aku yang suh mak pegang teddy tuu..nampak come..sedap tido atas riba teddy ni..mujur tak mimpi teddy ni..

ni dia..kul 9.20 sampai..naik bot kul 10..ramai juge yang nak tengok firefly ni..abang aku yang sekian lama duk area situ pun tak pegi-pegi..dia pun rasa pelik ngan heran, duduk sejengkal dari kawasan kelip-kelip, tak penah rasa nak pergi tengok...pasal aku la dia akhirnya sampai ke sini..

Nasihat buat kawan-kawan

pesanan dari sahabat

Kehidupan suatu cabaran, tabahkan hati menghadapi dugaan dan lawan. Bersedia mengkritik dan dikritik. Hadapi dunia luar dengan hati yang terbuka. Sentiasa belajar dan mendengar. Pasti hidup akan berjaya - insan terpilih

Popular Posts