Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Blog ini ialah blog peribadi kepunyaan Su Purple..segala isi kandungan blog ini adalah luahan dan pandangan yang tulus ikhlas dari tuan punya blog..dan beberapa ilmu pengetahuan yang ingin dikongsi bersama pembaca sekelian..

Apa yang baik dikongsi bersama, apa yang buruk dijadikan pengajaran.

Monday, March 30, 2009

Pusara dilebuhraya


Semalam aku ke Sungkai, membawa makcik aku yang duduk di Matang Pagar, Sungai Buloh melawat cucunya disana. Cucunya tidak lagi duduk dengannya, pastinya sesekali rindu pada cucunya membara kerana makcik aku telah menjaga cucunya sejak dalam pantang lagi.

Tatkala melalui lebuhraya 'tambah' utara selatan, aku teringat akan peristiwa hampir 6 tahun lepas. Ketika itu aku menaiki sebuah kenderaan dalam perjalanan balik ke rumah. Tiba-tiba orang disebelahku yang selama ini rancak berbual dengan aku bertanyakan suatu soalan..

Kenapa kalau kita memang serasi, kita tidak dijodohkan bersama?

Mungkin sebab kita serasi, kita tidak ditakdirkan untuk bertemu jodoh. Biasa jodoh akan bertemu insan yang berbeza, pendiam dengan mulut becok, lasak dengan yang lembut...

Selepas itu, ayat itu terkubur begitu saja.. itulah pusaranya, tanpa bernisan atau bertanda.

Dan pastinya dia bukanlah jodohku pun..

Ni tempat suka dan duka aku ketika aku duduk di Sungai Buloh.. dan ia pun terkubur begitu saja.. kerana aku tidak lagi kesana.



Sekadar mengimbas kenangan lepas yang mengusik jiwa.. apa-apa pun hidup mesti diteruskan

Tuesday, March 24, 2009

Layan gambar

Alkisah pagi ini hujan turun dengan lebat, menyamankan bumi yang subur ini selain dari menurunkan suhu dunia yang semakin panas dan hangat. Syukur aku sampai dulu sebelum hujan turun..

Apa kata kita layan aje gambar.. banyak gambar lama sebenarnya, baru aplot dalam pc.. yok!

Pergi umah makcik kat Matang Pagar, Sg Buloh, rupenya ari jadi dia.. taraaa..


Ole-ole kawan aku bawak dari ... emm mana ye, lupe pulak laa.. tapi tak sampai sejam selamat semuanya..


Kini aku bertukar ke hepi, hepi ke guna hepi? Hepi gak sebab kadar smsnya semua seposen.. dan kadar panggilan yang murah tul banding dengan dulu punya..


Masih menjadi pujaan hati.. tetap setia dengan cintanya..


Ni pun dah lama dah, makan kat susiking, lucu kan makan nasi dengan naget, lepas tu taruk le mayonis.. macam pelik je, tapi bila rasa, Ya Allah tak sangka sedap rupenya..


Isy dah naik jawatan ke? Tak la ni meeting dalam kelas je, sebab amik paper law and prosedure meeting..


Welcome kuma-kuma...

Thursday, March 19, 2009

Cuaca dan diri



Pernah tak selama ni kalian berfikir, suatu masa nanti kita akan meninggalkan dunia ini, dalam istilah yang mudah, mati. Disana hanya kita seorang aje tanpa ditemani sesiapa, yang ada pun hanya amalan atau bekal yang selama ini kita kumpul. Seperti dalam gambar di atas, pastinya suasananya berbeza dengan keadaan kita sekarang..

Pasti semuanya pernah terfikir, kan. Ketika aku menghadiri ceramah keutuhan yang disampaikan oleh Ustaz Ahmad Syukri, sebagai khalifah dimuka bumi ini kita memang dijadikan sebagai hamba Allah yang sangat sibuk. Uruskan diri sendiri, keluarga, sanak sedara, binatang ternakan, masyarakat dan sebagainya. Dalam kesibukan ini, pandai-pandailah luangkan masa untuk melakukan amalan yang sunat dan wajib. Pastinya ramai dah tahu, tanda-tanda kecil dan besar kiamat hampir semua dah terjadi. Tak de maknanya nak bagi alasan untuk bertaubat esok atau lusa. Kata ustaz, malaikat tak ada bagi masa tambahan bila hendak mencabut nyawa. Pastinya kita akan jadi tak menentu bila kita mengetahui tarikh kematian kita, kan..

Dan pastinya sekarang ni cuaca pun tak menentu. Sekejap hujan, sekejap panas, pagi hujan, petang pun hujan, pendek kata ramai juga yang kurang sihat dengan perubahan cuaca yang tak menentu ni.

Berkisah tentang ketidaktentuan cuaca ni, bukan cuaca aje yang menjadi masalah, hati pun adakalanya tidak keruan seperti juga cuaca. Apa kaitan hati dan cuaca ye. Mestilah ada kaitan, kalau sesiapa yang suka berjalan pastinya frust sebab bila hujan tak dapat nak jalan, kalau nak jalan pun payah sebab jalan sesak. Kalau macam aku ni nak pergi kelas waktu petang, pun adakalanya bercinta juga. Makin lebat hujan, maka makin malas nak pergi kelas. Aku sedar tu, dan aku cuba untuk membuang sikap M ni..

Itulah aku.. tapi sebenarnya bila diri kita diuji, maka kita perlu lebih dekat lagi kepadaNya. Semasa aku menghadiri kursus kemantapan di Kuala Kubu, setiap dugaan yang diberikan sebenarnya ingatan dari Allah kepada kita yang mungkin dah mula lalai padaNya. Pada yang ada kawan, ingat-ingatkanlah dia bila dia lupa. Bila kawan mula lupa pada kita, ingat-ingatkanlah selalu dengan menghantar email dan sms. Kalau dia masih lupa juga, hantarlah pantun buatnya..

Anak rusa nani,
Baru tumbuh ekor,
Apa dosa kami,
lalu tidak tegur..

Tuesday, March 17, 2009

Semalam punya hal



Keadaan kaki tak berapa stabil, seolah-olah peha sedang membengkak macam peha gajah, betis semakin mengecut macam kaki bangau dan kaki pulak berdenyut-denyut. Ini adalah kerana semalam aku menemani mak ke hospital, dari jam 7.30 sampai jam 4 petang. Mula-mula check mata, lepas tu jumpa doktor, lepas tu ke bahagian jantung, lepas tu ke bahagian x-ray, rehat untuk makan dan kembali jumpa doktor, lepas tu tunggu amik ubat. Semuanya memerlukan kesabaran yang paling maksimum dan juga kekuatan kaki.

Sampai rumah, berkejar untuk solat Zohor dan tak sampai 10 minit azan Asar kedengaran. Terus solat Asar dan bergegas ke UITM untuk kelas pula. Sampai fakulti, tugas pertama ambil LCD ngan laptop. Mujur member ada, Eina tolong bawakkan beg ngan fail aku. Mau rasa nak melompat aje dari tingkat satu ke bawah bila nak melangkah turun. Bila berjalan terasa peha aku lebih besar dari badan aku. Huhuhuhuhuhu..

Time rehat satu hal lagi, nak turun sembahyang dan naik ke blok lain, huuuuu... lepas tu nak balik hantar pulak LCD dan laptop. Rasa macam gendong beras 10 kilo aje gamaknya..

Sebelum tidur amik krim untuk muscle, sapu seadanya memandangkan mata kata tidurla, esok nak kerja.. sebelum tidur sms kawan ajak minum-minum. Lepas dua sms dihantar, aku pun melelapkan mata. Alahai baju tak seterika lagi, buku pun tak kemas nak bawak esok, hmm esokla, aku penat sangat..



Minggu lepas kawan aku belanja nasi, sebenarnya dah lama tak makan nasi jadi senak perut walaupun nasi baru luak separuh. Emm rasa macam nak pecah perut jadi makan pelan-pelan supaya perut boleh serap dengan pelan-pelan. Rasa tak elok pulak nak biarkan memandangkan orang belanja.. TERIMA KASIH YEK, NANTI BELANJALA PULAK SUSHI KING..

Wednesday, March 11, 2009

Putus asa



Bagaimana caranya untuk memujuk orang yang telah putus asa dalam hidup? Aku risau sungguh dengan kawan aku sorang ni. Pada dia yang terbaca blog aku, aku mintak maaf ya. As a friend aku harap kau bukan sekadar bahagia didunia tetapi juga diakhirat. Seperti dalam gambar diatas, sekeping roti dikongsi bersama. Apa-apa masalah jangan dipendam seorang, carilah orang yang boleh dipercayai dan luahkan apa yang terbuku dihati. Insya Allah jiwa pasti tenang..



Roti yang manis ni memang enak dimakan tapi tengok juga situasinya bila nak makan. Mungkin sesuai dimakan waktu pagi atau petang tetapi bukan waktu tengahari. Kalau kau ingin bercerita untuk meluahkan rasa hati, aku sedia mendengarnya, silalah berhubung dengan aku. Insya Allah, segala panggilan akan dijawab dengan kadar segera dari jam 7 pagi sehingga jam 7 petang, kecuali hari Sabtu dan Ahad, masa dipanjangkan sehingga jam 9 malam. Segala kos panggilan ditanggung sendiri.

Pada kalian yang membaca blog ini, doakanlah untuk kawan aku yang jauh ini, sesungguhnya aku terasa akan kejauhan hatinya dari landasan hidup yang sebenar. Ya Allah, kuatkan imannya, berikan kegembiraan dalam hatinya, jauhkan kegelisahan yang melanda, tiupkan kesabaran dalam jiwanya, berikan taufik dan hidayah kepadanya, sempurnakanlah kehidupannya, sesungguhnya padaMu aku berserah dan padaNya aku memohon pertolongan..



Hidup jangan bersendirian kerana syaitan laknatullah akan menggoda hati-hati insan yang sedang melara agar mengikut caranya. Selesaikanlah masalahmu, basahi lidahmu dengan ayat-ayat mulia iaitu zikir dan ayat suci. Tenangkan dirimu sesungguhnya Allah sedang menguji hambanya agar kembali mengingatiNya.

Thursday, March 5, 2009

Tak ada selerala

Semenjak dua ni aku macam tak selera nak makan. Aku sendiri pun tak tahu kenapa tapi kalau dah tak rasa lapar kenapa pulak sibuk paksa nak makan. Mula-mula rasa nak kurangkan makan sebab jeles dengan anak rusa nani yang dah kurus sikit badan dia. Lepas tu aku beli korset dengan kawan bagi tujuan nak kurus lah tu.. Sudahnya bila pakai korset ni memang tak ada selera betul nak makan.

Semalam dan kelmarin aku cuma makan oat aje. Tengahari makan kopok lekor 5 ketul, petang makan roti dan milo sampai malam. Inilah yang berlaku pada aku minggu ni. Selain dari nak kurus (konon), aku pun sibuk dengan kelas, assignmentnya, testnya dan pelbagai. Mungkin sebab tu aku tak sempat nak makan dan terus tak selera..

Mungkin juga sebelum ni aku terasa ati dengan seseorang yang cuba mencuri hatiku. Dia tak ada apa-apa perasaan pada aku tapi cuma aku aje yang perasan. Susah betul kalau dah perasan ni. Sebab dek perasan sorang maka aku menjadi tak lalu makan. Huuuu..

Mungkin juga sebelum ni aku terjatuh dari bas mengakibatkan aku mengalami masalah sakit otot keperempuanan dan terpaksa diurut. Selang dua hari lepas itu aku terjatuh lagi kat jayen dan masalah sama berulang, maka aku tak lalu makan..

Dan mungkin juga sebabnya aku terasa ati dengan seseorang yang biasa aku mintak tolong tapi kali ni dia menyepikan diri. Geram aje bila dia buat tak tahu. Sebab itu aku jadi malas nak makan.

Walaupun apa pun alasannya, itu bukanlah sebenarnya alasan. Bak kata Awie, aku pun tak tahu, oooooo..

Tuesday, March 3, 2009

Henponku tersayang


Semalam pergi jayen, pergi bawa henpon tersayang jumpa pakar. Semenjak dua ni top up aje, cepat sangat abisnya. Nak kata aku ni selalu sms tak juga. Aku telah pun bertukar ke telco yang lain daripada X kepada hepi. Besh juga sebab kadar panggilan yang murah dan sms pun murah kalau banding dengan cap X. Huuu, balik semula kepada cerita asal, tak kan asyik nak top up je kan kerjanya. Aku kol syarikat telco yang bertanggungjawab, dia kata henpon ada virus sebab banyak sangat sms yang dihantar ke Perancis. Ya Allah sapa pulak yang ada kat perancis yang aku nak sms. Ok, langkah pertama aku keluarkan memory card.

Seminggu lepas tu masih juga ada sms ke Perancis. Parah la macam ni. Itu yang semalam aku pergi jumpa pakar tu. Ok kak,kena formatkan henfon ni, so kena clearkan apa-apa mesej dan gambar yang ada. Sms pun kena padam. Ya kak.. Macam mana nak simpan sms yang ada ni.. Penting sangat ke sms ni.. Angguk (maksudnya ya sangat-sangat!) Ok, akak transfer ke buku nota.. Haa, tak boleh ke sim kad ke.. Dia pulak angguk mungkin jawapannya yalah apa lagi..

Sayu aje keluar dari kedai henpon sambil memegang henpon kesayanganku yang tiada bandingan. Sms dalam simpanan ada 179, nak tulis satu-satu? Bila nak abis? Dah la petang ni ada test, assignment Cik Sarina suruh buat pun tak buat-buat juga. Kalau dah lecture suruh tulis balik presentation yang kumpulan lain buat tu pastinya ada sebab, kan. Soalan final ke, soalan favourite ke, kan..

Sebelum tidur, aku baca kesemua sms yang ada, dari bulan julai 2008, masa beli henpon tu sampai sekarang ada aje sms yang disimpan. Persoalannya bila nak transfer ke buku nota? Dalam tak sedar aku tertidur bersama sms yang dibaca..

Nasihat buat kawan-kawan

pesanan dari sahabat

Kehidupan suatu cabaran, tabahkan hati menghadapi dugaan dan lawan. Bersedia mengkritik dan dikritik. Hadapi dunia luar dengan hati yang terbuka. Sentiasa belajar dan mendengar. Pasti hidup akan berjaya - insan terpilih

Popular Posts