Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Blog ini ialah blog peribadi kepunyaan Su Purple..segala isi kandungan blog ini adalah luahan dan pandangan yang tulus ikhlas dari tuan punya blog..dan beberapa ilmu pengetahuan yang ingin dikongsi bersama pembaca sekelian..

Apa yang baik dikongsi bersama, apa yang buruk dijadikan pengajaran.

Tuesday, April 28, 2009

Final

Jumaat lepas kan first paper..

Sehari sebelum itu, sebelum balik rumah singgah jayen beli roti untuk sarapan sebelum paper.. sedap tau roti ni, harga pun sedap gak, sebungkus empat ringgit malaysia..


pastu beli la ni sekali, air musoffa, bagi terang ati..



Balik periksa, tidur kejap, sakit aje kepala ni.. lepas bangun ajak mak kuar makan.. ajak mak makan kat ikea..



Esoknya lepas mak balik ngaji, mak kata teringin nak makan mi sup.. haa, jum.. beli mi sup, tanya mak, nak ABC tak? ok gak, lama mak tak makan..



Ahad, peramkan diri kat fakulti.. belajar ramai-ramai.. tak la ramai pun, 5 orang aje.. tulis formula kat papan putih.. emm ni tulisan aku laa ni.. sangat bulat-bulat, macam tuannya juga..


Sambung kat rumah.. belajar lagi.. ya Allah bersepah rumah..

Thursday, April 23, 2009

Sakit pala


Arini datang kerja, semalam cuti sebab nak intebiu, tapi tak sangka pulak intebiu kejap aje habisnya sebab aku calon ke 2. Untuk jawatn tu cuma 5 orang aje, boleh katakan aku yang paling tua dan paling lama kerja, 13 tahun tau kerja kerani.

Petang ada test Access, sebelum pergi kelas lepaks dulu kat ofis sambil mencuba try test MsAccess. Mujurlah testnya tak susah sangat seperti semester-semester lepas. Malam nak baca buku tapi tak boleh juga sebab sakit kepala. Nak bangun pagi-pagi study pun tak boleh juga sebab pagi Rabu dan Khamis pukul 6.05 pagi ada rancangan talkshow, Respon.. tu dia pengacaranya.. mana nak baca buku?

Laa ni pun sakit pala gak. Dah makan panadol dan sapu minyak angin biar reda. Sapu minyak angin macam sapu losyen aje gamaknya tapi sebab sakit sangat kepala tak terasa pun beranginnya minyak itu..

Sambil menaip ni nota tetap setia atas meja, dah nak lusuh nota aku..

Gambar selanjutnya untuk cuci mata..

Meja aku, tempat letak telefon dan henpon..


Kawan belanja J-Co donut.. nyam nyam..


Buah hati dah ada hati, hati ungu dan hati ijau..


Nota yang sering dibawa ke sana sini..

Friday, April 17, 2009

Hidup mesti terus



hai sibuknya aku dua tiga menjak ni... dengan asaimennya, presentationnya, nak interbiunya.. kerja opis lagi, kan..

Esok lusa nak gi memeramkan diri kat perpustakaan.. Peramkan diri? Ya Allah, macam ikan pekasam pulak aku ni.. hehehehe..

Sambil baca buku, buat latihan, lepas tu amik nota nak interbiu, pastu tidur, penat tidur makan.. hehehehe, apa la nak jadi dengan aku ni..

Buat semua, have a nice weekend..

petang ni nak gi pesta buku... yiiihaaa

Wednesday, April 8, 2009

Sibuknya

Hp dah seminggu tak bercoverage.. pada semua yang telah/ada menghantar sms ataupun membuat panggilan, harap maaf ye.. hp aku telah pinjamkan pada seorang kawan yang sangat memerlukan.. dan sim kadnya pun terbagi juga kat dia.. rasa kesian kat dia dan pastinya aku tak sampai ati untuk membiarkan kawan aku terkontang kanting dengan hp yang rosak..

Sekarang ni tengah sibuk dengan kerja dan juga belajar, final exam tinggal 2 minggu lagi.. paper pertama 24 April ni, paper MIS (Mgmt Information System) - dah 2 kali amik, so kena buat sungguh-sungguh.. Isnin depan paper Business Finance, satu hapa pun tak tahu apa yang aku belajar, tak hafal apa-apa pun lagi formula, baru nak start dan akhir sekali paper Law and procedure of Meeting, minggu depan ada test, ni yang sibuk pulun ni.. esok ada test Access, mungkin lepas kerja try buat latihan Access sedikit sebanyak..

Semalam dapat surat dari SPA, dapat temuduga sebagai Penolong pegawai perhubungan perusahaan pada 22 April ni.. alhamdulillah syukur.. kena juga buat preparation, mintak surat pengesahan ketua jabatan, ringkasan kenyataan perkhidmatan dan laporan penilaian prestasi, kena buat resume bergambar, dan juga potostet segala sijil-sijil yang ada untuk dibawa. Dan yang penting sekali pengetahuan umum mengenai jawatan ini yang aku dah amik subjek paper ni 6 tahun lepas.. kena cari gak buku ni..

Doakan diriku ini ya..

Friday, April 3, 2009

Sayangku


Selamat tinggal sayangku.. aku redha dengan pemergianmu.

Ayat ni bukan untuk ditujukan pada sesiapa.. sebab aku pun tak ada sesiapa, maka atas tujuan apa aku perlu mengucapkan selamat.

Buah hatiku Sikembang sebenarnya. Dah dekat seminggu tak balik-balik. Dua hari pertama aku tercari-cari tapi aku fikir mungkin dia sedang sibuk dengan acara membuat zuriat. Tapi dah masuk hari ke tiga aku tak sedap hati. Lalu aku bertemu dengan mak Sikembang, tapi sedia maklum mak Sikembang memang tak sedar yang dia sebenarnya dah hilang. Sikembang banyak menghabiskan masanya dirumah aku, mak angkatnya aje.

Huuu, aku yang merana, aku yang bingung dan aku juga sekarang ni kesepian..

Kalau Sikembang ada sekarang, akan kukatakan padanya aku merinduinya sepanjang ketiadaan dia , juga berita baru tentang aku yang mempunyai rakan email yang baru...

Nasihat buat kawan-kawan

pesanan dari sahabat

Kehidupan suatu cabaran, tabahkan hati menghadapi dugaan dan lawan. Bersedia mengkritik dan dikritik. Hadapi dunia luar dengan hati yang terbuka. Sentiasa belajar dan mendengar. Pasti hidup akan berjaya - insan terpilih

Popular Posts