Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Blog ini ialah blog peribadi kepunyaan Su Purple..segala isi kandungan blog ini adalah luahan dan pandangan yang tulus ikhlas dari tuan punya blog..dan beberapa ilmu pengetahuan yang ingin dikongsi bersama pembaca sekelian..

Apa yang baik dikongsi bersama, apa yang buruk dijadikan pengajaran.

Friday, December 31, 2010

Green apple


Dulu tak suka epal hijau, sekarang kena makan..dan elok dimakan..

Masa belajar dulu pantang tengok epal hijau, epal hijau kan tak elok untuk pelajar..

Ni da habis belajar (iye ke?) nak diet, nak sihat dan nak kurus, maka elok amik epal hijau..

Nak tau apa khasiatnya? ni aku kopipes dari website Dr Romzey...


Mengunyah sebiji epal atau meminum jusnya setiap hari sudah cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolesterol dalam badan.
Kajian menunjukkan epal mengandungi elemen kesihatan phytonutrient yang boleh melambatkan pengoksidan kolesterol yang tidak baik.

EPAL HIJAU..mengandungi banyak khasiat
Berikut ialah kelebihan dan khasiat epal hijau yang perlu kita ketahui:
1. Membantu mencegah pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
2. Mengurangkan risiko penyakit jantung.
3. Membantu kesihatan membran paru-paru.
4. Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
5. Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
6. Membantu mengekalkan berat badan.
7. Mengurangkan tekanan penyakit asma.
8. Mengurangkan risiko barah.
9. Adalah digalakkan untuk memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.
10. Untuk mereka yang mempunyai masalah sembelit atau sistem penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan minum setiap pagi sebelum sarapan. Amalan ini dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau sememangnya merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.
11. Untuk kesegaran kulit wajah pula, potong epal hijau dan rendamkan seketika dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan hirisan epal hijau tersebut di atas muka dan biarkan selama 15 minit. Pasti anda dapat rasakan kesegarannya dan jika diamalkan selalu boleh melicinkan kulit muka.


Apa macam? banyak juga khasiatnya kan..

renung-renungkan, dan selamat mencuba..

Monday, December 27, 2010

Kursus membina blog



Minggu lepas aku menghadiri kursus, iaitu kursus membina blog yang dianjurkan oleh LGM (Lembaga Getah Malaysia) di Sg Buloh..

Ngada-ngada kan, dah ada blog pun nak pergi kursus gak..

Tujuannya adalah untuk menambahkan pengetahuan, dolu-dolu kan belajar tanpa guru..ni nak la tau apa yang aku tak tahu..

Lagipun kursusnya setengah hari aje..walaupun kerja banyak, ada juga peluang berkursus..

Sudahnya bila masuk kursus tu, dari mula sampai jam 11, tajuknya ialah mengajar cara membina email di google..

Pada sesiapa yang tidak mempunya email google, diajar sepenuhnya mengenai google dan kelebihan gmail..

antaranya menghantar gambar, memasukkan cc, bcc dan memasukkan signature..

lepas pukul 11 lebih baru la topik membina blog diajar.. dan hanya 2 jam aje diterangkan mengenai blog..

menyesal? hmm..anggaplah satu ilmu baru..

awal-awal tu memang bosan..

Saturday, December 18, 2010

Dinner


Annual dinner ofis aku buat di Marriot pada 15 Disember lepas. Hari tu kan 9 Muharram. Aku puasa la jugak sebab dinner pun waktu malam kan..tema warnanya ialah hijau ngan kuning. Harapkan dinner anjuran opis aje la merasa makan kat hotel, kalau tak - tak merasa lah gamaknya..




















Friday, December 10, 2010

kenapa orang tak percaya

bulan 2 tahun depan cukupla 4 tahun status aku bergelar isteri tunggal..isy kejap aje masa berlalu kan? syukurlah kerana selama ini aku diberi kekuatan dari segi mental, emosi dan fizikal dalam menghadapi kerenah dunia ini..dan juga dorongan dari kawan, saudara dan mak tersayang.

lepas orang dah tau status aku mesti orang akan tanya, tak kan serik lagi? atau pun tak ada kawan ke? tak ada calon ke? memilih sangat kut.. tak kan tak ada yg sangkut? dan macam-macam soalan lagi..


ya Allah, aku pun tak tau nak jawab apa, selain dari Insya Allah..adalah tu..

tak pun bila soalan bertubi-tubi ditanya, aku akan jawab carikan lah..untuk saya satu

tak pulak dicarikan..eh kau aje la pilih sendiri.. hmm..berjanggut la aku nk cari, cari kucing boleh la, kui3x...

sampaikan ada yang kata aku memilih.. aku kata lah apa yang aku nak pilih kalau aku tak ada pilihan. lain lah kalau didepan aku ada Fahrin Ahmad dan Folan si Folan..pastinya aku akan pilih jawapan no A.. ni aku tak ada kawan yang betul-betul sesuai dijadikan calon..sungguh tak ada..

kenapa tak percaya juga? hisssyy sukati korangla..

yang pasti aku pun ada berdoa gak.. ada gak pesbuk, ada blog..tk la duk bawah meja pc..hehehehehe...

Thursday, December 9, 2010

tahniah adik-adikku

2hb lepas aku amik half day..pergi menjenguk adik-adik yang konvo pada hari itu..dulu sama-sama belajar, dan nasib aku habis lebih awal.

Walaupun pangkat adik-adik, tapi susah senang diharung bersama, dah macam adik beradik sendiri..

Buat Eina dan Jaja, tahniah buat kalian..

Aku tumpang sekaki..

 gambar di menara..lampu kat situ memang warna kuning..ala 60an gitu..

 bergambar ditangga menuju dewan sri budiman

 tu diaaa..

 adik jaja..

 bersama adik jaja dan eina..

dan lagi..

Nasihat buat kawan-kawan

pesanan dari sahabat

Kehidupan suatu cabaran, tabahkan hati menghadapi dugaan dan lawan. Bersedia mengkritik dan dikritik. Hadapi dunia luar dengan hati yang terbuka. Sentiasa belajar dan mendengar. Pasti hidup akan berjaya - insan terpilih

Popular Posts