Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Blog ini ialah blog peribadi kepunyaan Su Purple..segala isi kandungan blog ini adalah luahan dan pandangan yang tulus ikhlas dari tuan punya blog..dan beberapa ilmu pengetahuan yang ingin dikongsi bersama pembaca sekelian..

Apa yang baik dikongsi bersama, apa yang buruk dijadikan pengajaran.

Thursday, March 11, 2010

Minggu lepas dalam sejarah - aku

belum tentu lagi lepas ni aku dapat berjumpa dengan dia.
entah2 ni la pertama dan terakhir
entah2 ni la permulaan
atau ni ajelah peluang yang ada
sebab menang, kalau tak, mungkin tak datang gamaknya
aku pun bukan rajin nak pi tempat orang ramai2..
sesak!!
atas peluang yang diberikan, sekeping kad dan sebuah buku kuhadiahkan padanya..buku tu kemudiannya aku beli lagi satu untuk aku..

tiada apa yang lebih berharga selain dari ilmu pengetahuan, fahamilah apa yang tersurat dan tersirat disebalik tulisan ini ye..

ketika pulang, semua pemenang diberikan 'goodies bag' berupa..5 produk garnier dan poster...


Minggu lepas dalam sejarah - Berita Harian Online

Berita Harian Online | Ada apa dengan Nasha?


BENARKAH hati aktor bernama Fahrin Ahmad tidak lagi kekosongan? Mendung yang menyelubungi hati kecilnya setelah dua kali dikecewakan dua wanita bergelar selebriti itu kian berarak sejak kehadiran seorang wanita jelita bernama Nasha Aziz.

Sejak sama-sama menjayakan teater Antara, hubungan Fahrin dan Nasha didakwa kian intim. Keserasian yang wujud itu kononnya menyebabkan Nasha selesa menjadikan Fahrin tempatnya meluahkan segala kekusutan yang terbuku di hati.Bertemu dengan jejaka ini di jamuan Online Satay Party di Serai Satay Bar, Pavillion, soalan itu yang ingin sekali diajukan kepadanya. Reaksi pertama jejaka ini apabila nama pelakon cantik Nasha Aziz disebut hanyalah ketawa.

Dia memberitahu, seandainya benar dia dan Nasha bercinta, dia tidak akan menyembunyikan berita baik itu kepada pengetahuan umum. Malah, kebenaran itu juga boleh dikesan melalui nada suaranya.

Pelakon berasal dari Johor Bahru ini tidak menolak tarikan wanita jelita seperti Nasha. Sewaktu digandingkan dalam teater kontroversi itu, bukan sedikit rakan mencemburuinya. Dia sendiri mengagumi keindahan Nasha yang diciptakan Tuhan itu, namun hatinya masih belum terbuka untuk cinta.

“Nasha memang seorang wanita yang cantik. Dia dipuja ramai lelaki tetapi hati saya masih belum terbuka untuk cinta. Sampai masa saya akan bertemu wanita yang dihajati, hanya saya yang tahu wanita bagaimana diingini dan diimpikan.
“Kami jarang bertemu ketika filem Antara. Kami menjalani latihan berasingan, malah tempoh latihan pun tidak panjang cuma dua minggu saja. Kami hanya bertemu beberapa kali saja, jadi saya agak terkejut macam mana boleh timbul cerita kami kian rapat.

“Kalau benar saya dan Nasha bercinta, saya sendiri tidak akan merahsiakan hubungan itu. Mereka yang pernah mengikuti kisah percintaan saya tentu tahu sejarah saya jika berkawan dengan seseorang,” jelas Fahrin.

Biarpun hatinya kekosongan setelah dua kali kecundang dalam percintaan, Fahrin kelihatan begitu tabah. Tiada garis duka di wajahnya sebaliknya pancaran bahagia menyinari wajah kacaknya itu. Kata jejaka itu, sampai bila dia mahu membiarkan diri terus dibelenggu kesedihan.

Semua kejadian yang berlaku itu seakan ada hikmah. Walaupun diuji apabila terpaksa berpisah dengan wanita dicintai serta disusuli fitnah hingga mahu di bawa ke muka pengadilan, hidupnya terus dilimpahi rezeki yang murah.

“Hidup saya sangat gembira sekarang. Walaupun orang tengok dugaan yang menimpa saya tahun lalu sangat hebat, tetapi tahun itu juga saya dihujani tawaran menjadi duta produk untuk tiga jenama besar iaitu Celcom, Shell dan Garnier.

“Saya mahu membawa momentum itu tahun ini. Tiada sebab untuk saya berasa sedih, kehadiran peminat yang tidak putus memberikan sokongan juga salah satu kekuatan untuk saya. Majlis ini diadakan sebagai salah satu tanda terima kasih saya kepada mereka.

“Ia tidak akan berakhir setakat ini, saya akan merancang lebih banyak aktiviti lagi bersama-sama dengan mereka. Mungkin sebuah percutian, semuanya kini sedang dalam perancangan,” kata Fahrin.

Menolak jamuan itu diadakan untuk meraih simpati, jejaka yang tercalon dalam kategori Pelakon TV Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) itu menjelaskan dia menganjurkan majlis itu semata-mata untuk menghargai peminat yang menyokongnya menerusi laman sosial facebook. Laman berkenaan wujud sebelum kontroversi membabitkan dia dengan Linda Onn dan Scha tercetus.

Rancangan untuk mengadakan jamuan itu juga timbul kerana rasa tidak puas berkomunikasi dengan peminatnya di laman sosial itu. Justeru, dia mahu bertemu sendiri dengan peminat yang menjadi tempatnya meluahkan perasaan secara empat mata.

“Saya tidak setuju jika ada yang mengatakan jamuan ini dibuat untuk meraih simpati peminat. Saya adakan majlis ini setelah sekian lama memikirkan apakah majlis sesuai diadakan untuk membalas sokongan peminat yang sentiasa mengikuti perkembangan saya melalui laman sosial.

“Ini adalah permulaan, saya percaya aktiviti bersama peminat tidak akan berakhir di sini. Banyak lagi aktiviti yang ingin saya rancang untuk peminat, salah satu daripadanya ialah percutian bersama mereka,” katanya.

Kontroversi tak jejas minat

SERAMAI 20 peminat bertuah Fahrin yang terpilih menghadiri jamuan Online Satay Party kelihatan begitu teruja apabila kali pertama dipertemukan dengan idola mereka itu. Walaupun selama ini mereka hanya bertemu dan berkomunikasi di laman sosial, namun keakraban mereka dengan pelakon kacak itu umpama sahabat lama.

Salah seorang peminat Fahrin, Nadia Saliha Nasrudin, 21, berkata dia tidak mahu mencampur adukkan kontroversi dengan minatnya terhadap pelakon itu. Dia hanya mengikuti segala yang positif mengenai pelakon, pengacara dan model itu dan tidak mengambil peduli unsur negatif.

“Dengan adanya laman sosial seperti facebook, sekurang-kurangnya saya dapat bertanyakan sendiri kepada Fahrin apa sebenarnya yang berlaku. Setakat ini saya tidak mempunyai masalah dengan kontroversi membabitkan Fahrin. Saya akan tetap menyokong dia walau apa pun yang berlaku,” katanya.

Bagi Suhaily budak gile purple tu, 34, yang meminati Fahrin sejak awal kemunculan jejaka itu lagi, dia juga akan terus menyokong pelakon itu sampai bila-bila. Setiap manusia melakukan kesilapan dan sekiranya benar Fahrin bersalah, dia akan tetap menyokongnya.

“Melalui facebook saya dapat tahu dengan lebih terperinci apa yang berlaku kepadanya. Cerita yang keluar di akhbar tidak terlalu terperinci, tetapi di laman sosial saya dapat tahu kisah sebenar dengan bertanyakan sendiri kepada Fahrin kebenaran cerita itu,” katanya.

Sunday, March 7, 2010

Minggu lepas dalam sejarah

pegi meneman kawan ke bengkel, sementara menantikan dia, aku berkesempatan melihat posternya.. tapi hujan...hujan, habis la basah dia..

 
makin lebat seyy.. aku tak tahu nk buat apa selain dari memandang wajahnya..

 
alhamdulillah, tunggu punya tunggu..reda kejap hujan.. jelas terpampang dihadapan mata..
cemana nk curi ye..hmm...


 
view yang lebih jelas..salam..

itu ari senin petang.. ari selasa aku saja mintak duit minyak dari member semalam, dia tak bagi.. kawan yang bagi utang pulak dok tanya pasal utang dia betul ke tak.. isy tensen aku, apala kawan macam ni, ingat aku tipu ke, tak baik tau nak tipu, keciwa sungguh ati ni..

malam selasa, aku kemas beg untuk ke kameren, sempena lawatan sambil belajar puspanita dari 5 hingga 7hb mac.. aku tak penah langsung sampai sana, ni la peluangnya. lepas kemas beg, aku terima panggilan telepon..
.
.
.
aku menang peraduan..

bermulalah sejak malam itu..
-makan tak lalu
-tidur tak nyenyak
-mandi basah, bergayung2 mandi guna sabun lavender

jumaat.. tiba masanya..
apa yang ku hajatkan..
menulis sesuatu padanya..
 




Friday, March 5, 2010

suami yang soleh

 
 semoga dikau berjaya mendapat pasangan hidup dan menjadi suami yang soleh, amiin..
sebelum baca ni dulu ye..
  • Suami yang taat dalam melaksanakan perintah serta suruhan Allah dan Rasulnya dan dapat pula membimbing isterinya.
  • Suami yang mampu memberikan nafkah sama ada zahir ataupun batin
  • Suami yang sedia memberikan nasihat, bimbingan, dorongan, didikan dan tunjuk ajar dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawap rumahtangga dan juga terhadap Allah s.w.t
  • Suami yang bijak dalam menyelesaikan permasalahan isteri yang timbul bersama jiran tetangga atau sebagainya.
  • Suami yang dapat memberikan pemerhatian dalam hal keselamatan, kebajikan dan kesihatannya.
  • Suami yang dapat menyediakan tempat tinggal, pakaian dan makanan yang sempurna mengikut kemampuanya
  • Suami yang penyabar dan tidak menggunakan kekerasan dalam menyelesaikan sesuatu masalah atau untuk mendapatkan sesuatu.
  • Suami yang tidak cemburu buta tanpa asas terhadap isterinya yang mana boleh merosakkan keutuhan rumah tangga mereka.
  • Suami yang sentiasa memberikan kasih sayang, belas kasihan dan pergaulan yang baik terhadap isterinya
  • Suami yang sentiasa menjaga rahsia isterinya dan tidak di dedahkan kepada orang lain
  • Suami yang ikhlas dan jujur serta dapat menepati janji terhadap isteri dan anak-anak.
  • Suami yang menjauhkan diri dari perbuatan maksiat seperti meminum minuman keras, berjudi, berzina, menipu, mencuri dan sebagainya
  • Suami yang dapat memberikan penjagaan dan pemerhatian yang baik terhadap isterinya penjagaan ini meliputi semua hal termasuk kehormatannya
  • Suami mestilah bijak memahami perasaan dan hati isteri sama ada dengan perbuatan atau perkataan, jangan biarkan dirinya dalam keadaan sedih
  • Suami yang sentiasa mengutamakan kebersihan diri, zahir dan batin
  • Suami mestilah menahan dirinya dari bergaul secara bebas dengan wanita lain
  • Suami yang dapat menyelidik secara cermat dan teliti segala hal yang disampaikan oleh orang lain yang berkaitan dengan isterinya.
  • Suami yang bijak dalam memimpin tumah tangganya dengan penuh amanah serta bertanggungjawab.

Monday, March 1, 2010

terkenang semasa doluu

 
tahun lepas berkemas..

 
meja dan kerusi yang kutinggalkan..

 
nak ikut.. nak ikutt..

 
tempat baru..

Tempat lama ke tempat baru ke.. terima ajelah. Syukur ada kerja kan..

Buat masa ni tak ada mood nak bercerita..kita layan gambar ajelah ye..

Nasihat buat kawan-kawan

pesanan dari sahabat

Kehidupan suatu cabaran, tabahkan hati menghadapi dugaan dan lawan. Bersedia mengkritik dan dikritik. Hadapi dunia luar dengan hati yang terbuka. Sentiasa belajar dan mendengar. Pasti hidup akan berjaya - insan terpilih

Popular Posts