Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Blog ini ialah blog peribadi kepunyaan Su Purple..segala isi kandungan blog ini adalah luahan dan pandangan yang tulus ikhlas dari tuan punya blog..dan beberapa ilmu pengetahuan yang ingin dikongsi bersama pembaca sekelian..

Apa yang baik dikongsi bersama, apa yang buruk dijadikan pengajaran.

Saturday, August 28, 2010

Jangan pakai ye


Dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian." (Riwayat Muslim)

Nampak simple kan, tapi sebenarnya perbuatan ini dikutuk oleh nabi..heran ye sapa la yang memulakan fesyen ni sampai sekarang ni berleluasa pakai..biarlah orang kata tak up-to-date pun, pakai tudung tapi tak memenuhi piawaian pemakaian tudung..harap kawan-kawan semua jangan pakai ye..

Tuesday, August 24, 2010

Iftar bersama geng muslimah

geng puasa bersama..sabtu petang 21hb kami berkumpul di rumah seorang sahabat di Selayang Height. Sampai sana, kami beramai-ramai masak lauk untuk berbuka..seronoknya sesekali macam tu..lepas berbuka, kami solat Magrib berjemaah dan lepas tu bersiap-siap untuk ke masjid. Selain dari solat isyak, terawih, kami dihidangkan dengan ceramah Ramadhan dari ustaz jemputan.

Selepas balik dari masjid kami sambung semula menikmati juadah yang ada. Kuih yang dibeli tadi ada beberapa ketul, tuan rumah pula mengeluarkan aiskrim dan kek span pandan. Sedap juga kek dicicah dengan aiskrim..bolehla korang cuba..enak bangat sih..

Borak punya borak sampai lupa jam, dah pukul 12 lebih..ok tidur, tidur, nanti nak bangun masak nasi goreng dan qiyamullail..

kul 4.30 bangun - qiyamullail dan goreng nasi..sahur bersama-sama..lepas sahur kami berbual seketika menantikan waktu subuh..lepas subuh, kami tadarus bersama-sama.. lepas tadarus masing-masing keletihan, ada yang susah nak tidur sebab tidur dirumah lain..pukul 12 lebih barulah berangkat pulang..sebelum balik, kami dihadiahkan beberapa bungkus kopi segera oleh tuan rumah..

seronoknya..

Iftar bersama FA - 20 Ogos 2010

Jumaat lepas aku dijemput untuk berbuka puasa bersama-sama FA fans di sebuah rumah di KL..Seram juga sebab dah lama tak jumpa mereka dan pasti ramai muka baru yang tidak dikenali. Tak apalah gamble aje..ni Mai, kawan masa jumpa di Online Satay Party di Pavillion dulu..still comel dan anggun..

Ni Masnah, kawan yang jumpa di Pavillion juga...Masa nak ke sana, aku siap google map lagi. Aku ni tak pandai jalan di KL, pastinya aku akan kesesatan.. Mujur ada kawan ofis yang tau tempat tu, jadi kalau rasa sesat boleh la GPS online ngan dia..

Ni kawan yang baru kukenali, tapi tak acinya dia kenal aku sebab dia cam muka aku dalam FB..comel dan peramah, itu dia kawan yang baru ku kenali itu, nama dia dalam FB pun come, apple epal..hehehehe..

Ni gambar sebelum berbuka puasa..kaver ayu masing-masing..

Ni gambar lepas berbuka..sementara nak solat isyak..sambung lagi makan..

Gambar aku ngan Masnah lagi..agaknya asik berdua aje..orang pun amik gambar kitorang..

Ni gambar bersama Imam Muda Asyraf, Imam tua Fahrin dan peminat-peminatnya..

Gambar kenangan bersama FA..tuan rumah majlis berbuka ini..

Dan lagi..

Sebelum balik..nk gak amik gambar sekeping..just sekeping..ngantuk gila masa ni..

Terima kasih kepada yang sudi menjemputku..cuma terkilan tak dapat nk solat bersama-sama..tak apala, nama pun perempuan..

Monday, August 16, 2010

ABC

Seperti dalam blog Luna, aku jua ingin bercerita tentang tajuk itu...

Tahun ni aku tak merasa nak puasa 1 Rejab begitu juga 1 Syaaban..sebabnya aku dah nampak anak bulan 3 hari sebelumnya. Tak apalah redha ajela, nama pun perempuan..Allah bagi cuti (ABC), lelaki tak ada cuti-cuti..

Tahun ini dengan keazaman aku untuk berpuasa dengan lebih berkualiti, lebih baik dari tahun sebelumnya dan mengerjakan apa yang sepatutnya dilakukan. Selain puasa, mengaji, tadarus, melakukan amalan sunat dan juga bersedekah.

Alhamdulillah, aku dapat juga mengerjakan terawih dan juga berpuasa pada 1 Ramadhan. Walaupun hati bertanya-tanya bila dia nak mai, tapi tak apala..dah 2 tahun aku tak pernah dapat puasa awal bulan.

Akhirnya selepas lewat 7 hari, barula ianya kembali tapi .....

aduhai, sakitnya satu badan..rasanya macam lenguh dari hujung rambut sampai hujung kaki..

semalam seharian bertunku dengan bantal panas. satu badan disapu dengan minyak.. bau usah diceritakan la, rasanya macam kedai ubat bergerak aje.. anak buah kata aku busuk..mujurlah dia da remaja..ucu sakit sangat la, tu yang ucu sapu satu badan. Dia menjawab mujur ucu tak mandi minyak.. HAHAHAHA.. tak terpikir pun nk buat macam tu..

Walaupun dah hari kedua, sakit lagi perut aku..

Dan makcik-makcik di surau pastinya ternanti-nantikan kedatanganku semula..

Melepasla aku nak tadarus juzuk ke 9 dan 10 semalam.. hari ni 11 dan 12..

Wednesday, August 11, 2010

Salam Ramadhan

Selamat menyambut bulan Ramadhan, bulan yang dinanti-nantikan oleh semua umat Islam..

aku berharap agar tahun ini puasaku akan lebih bererti lagi, dengan pengisian yang lebih bermakna dengan ibadah yang lebih lagi..lebih baik dari tahun sebelumnya.

Semoga segala kesedihanku sebelum ini terubat dengan kehadiran Ramadhan..

Semoga diriku ini lebih tabah dalam menghadapi segala dugaan dan rintangan..

yang pasti Ramadhan akan lebih bermakna tahun ini kerana hari lahirku jatuh pada 26 Ramadhan..

Nasihat buat kawan-kawan

pesanan dari sahabat

Kehidupan suatu cabaran, tabahkan hati menghadapi dugaan dan lawan. Bersedia mengkritik dan dikritik. Hadapi dunia luar dengan hati yang terbuka. Sentiasa belajar dan mendengar. Pasti hidup akan berjaya - insan terpilih

Popular Posts