Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Blog ini ialah blog peribadi kepunyaan Su Purple..segala isi kandungan blog ini adalah luahan dan pandangan yang tulus ikhlas dari tuan punya blog..dan beberapa ilmu pengetahuan yang ingin dikongsi bersama pembaca sekelian..

Apa yang baik dikongsi bersama, apa yang buruk dijadikan pengajaran.

Wednesday, August 26, 2009

Benjo

Hari ni aje baru aku berkesempatan untuk puasa.. lemah aje badan. Orang lain dah segar bugar berpuasa tapi aku macam budak-budak baru belajar berpuasa. Mujur pagi tadi aku rajin bersahur, selalunya akulah insan paling malas nak sahur. Memandangkan bersahur ini sunah nabi kita dan juga bagus untuk kesihatan, maka aku rajin-rajinkan diri aku. Aku mahu Ramadhan tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya.

Alkisahnya ni satu Ramadhan untuk aku, aku teringin sangat nak makan benjo.. (tau kan, tak nak la tampal gambar nanti terliur pulak) aku rasa benjo ajelah makanan yang paling sedap diabad ini, tak ada makanan lain yang aku nak makan.. air pun aku tak kisah, asalkan dapat benjo untuk petang ni. Petang ni aku nak balik awal cari benjo tapi aku ada asaimen kena siapkan kat opis. Tak apa, benjo tetap dihati. lepas abis asaimen aku aku akan terus cari benjo.

Benjo, kau dihatiku...

hai macam-macam la aku ni.. pada kalian semua, selamat berbuka puasa n semoga kalian .... (lihat gambar) sokmo, ok..

Monday, August 24, 2009

Salam semua


Friends..
they love you
but they are not your lover
they care for you
but they are not from your family
they are ready to share your pain
but they are not in your blood relation
they are friends
true friends..
scolds like dad, cares like mom
teases like a sister, irritates like a brother
and finally love you more than your lover



Salam Ramadhan buat sahabatku..

Monday, August 17, 2009

Imej baru



Sibuk sangat tapi nak apdet juga..

Pagi tadi naik LRT, sambil tunggu lrt sempat posing sendiri. Amik gambar sendiri..

Sabtu lepas maibi kena cium kat bumper. Hari ini insya Allah siap. Petang ni juga ada test 1 paper MOC (Management of Change).. jangan su purple bertukar sudah la kan..

wish me best of luck ye..

ok tak aku pakai topeng, ada rupa ninja turtle tak?

Tuesday, August 11, 2009

Sibuknya


Salam semua.. seminggu ni aku rasa sesak sangat akibat aku terlalu sibuk.. Rabu malam ada kelas, Khamis pun kelas, Jumaat ada kelas.. Sabtu dan Ahad kena datang opis buat kerja.. Isnin pun ada kelas lagi.. begitu juga Rabu, Khamis dan Jumaat..

Adakalanya terasa rindu sangat nak menjengah blog kawan-kawan.. bila waktu malam sekadar tengok fesbuk, tak larat nak tengok blog dah.

Bayangkan belajar topik bab 5 hari Rabu.. hari Isnin berikutnya dah kena buat presentation bab tu jugak.. Nak buat esok (Khamis), ada kelas. Jumaat pun ada kelas juga. Sabtu dan Ahad pulak kena OT dari 8 pagi sampai 6 petang.. Bila masa laa aku nak buat asaimen. Maka Sabtu malam tu sambil tengok Festival Filem, aku buat assignment aku sampai 3 muka surat. Esok malamnya bila aku nak sambung semula buat asaimen, file tak boleh dibaca! Huuuaaaaaa.... esok petang nak present. Jadi pagi-pagi aku ke pejabat.. seawal jam 7 aku dah sampai opis. Mujurla aku sempat siapkan powerpoint walaupun laporan aku tak sempat siap. Maka, aku telah diwarning oleh puan lecture untuk menyiapkan laporan asaimen aku esok. Terpaksala aku balik lewat hari ini. Apasal pulak la pc rosak disaat-saat ini.. sabar...

Begitu juga dengan hp kesayanganku pun tak mau nak on, mujur mak ada hp, maka dipinjamkan kepada aku.. sabar...

Sesungguhnya sabar itu separuh dari iman.. aku masih boleh guna pc di pejabat, juga hp pun masih boleh ber'sms' dan calling..

Nasihat buat kawan-kawan

pesanan dari sahabat

Kehidupan suatu cabaran, tabahkan hati menghadapi dugaan dan lawan. Bersedia mengkritik dan dikritik. Hadapi dunia luar dengan hati yang terbuka. Sentiasa belajar dan mendengar. Pasti hidup akan berjaya - insan terpilih

Popular Posts