Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Blog ini ialah blog peribadi kepunyaan Su Purple..segala isi kandungan blog ini adalah luahan dan pandangan yang tulus ikhlas dari tuan punya blog..dan beberapa ilmu pengetahuan yang ingin dikongsi bersama pembaca sekelian..

Apa yang baik dikongsi bersama, apa yang buruk dijadikan pengajaran.

Thursday, March 19, 2009

Cuaca dan diri



Pernah tak selama ni kalian berfikir, suatu masa nanti kita akan meninggalkan dunia ini, dalam istilah yang mudah, mati. Disana hanya kita seorang aje tanpa ditemani sesiapa, yang ada pun hanya amalan atau bekal yang selama ini kita kumpul. Seperti dalam gambar di atas, pastinya suasananya berbeza dengan keadaan kita sekarang..

Pasti semuanya pernah terfikir, kan. Ketika aku menghadiri ceramah keutuhan yang disampaikan oleh Ustaz Ahmad Syukri, sebagai khalifah dimuka bumi ini kita memang dijadikan sebagai hamba Allah yang sangat sibuk. Uruskan diri sendiri, keluarga, sanak sedara, binatang ternakan, masyarakat dan sebagainya. Dalam kesibukan ini, pandai-pandailah luangkan masa untuk melakukan amalan yang sunat dan wajib. Pastinya ramai dah tahu, tanda-tanda kecil dan besar kiamat hampir semua dah terjadi. Tak de maknanya nak bagi alasan untuk bertaubat esok atau lusa. Kata ustaz, malaikat tak ada bagi masa tambahan bila hendak mencabut nyawa. Pastinya kita akan jadi tak menentu bila kita mengetahui tarikh kematian kita, kan..

Dan pastinya sekarang ni cuaca pun tak menentu. Sekejap hujan, sekejap panas, pagi hujan, petang pun hujan, pendek kata ramai juga yang kurang sihat dengan perubahan cuaca yang tak menentu ni.

Berkisah tentang ketidaktentuan cuaca ni, bukan cuaca aje yang menjadi masalah, hati pun adakalanya tidak keruan seperti juga cuaca. Apa kaitan hati dan cuaca ye. Mestilah ada kaitan, kalau sesiapa yang suka berjalan pastinya frust sebab bila hujan tak dapat nak jalan, kalau nak jalan pun payah sebab jalan sesak. Kalau macam aku ni nak pergi kelas waktu petang, pun adakalanya bercinta juga. Makin lebat hujan, maka makin malas nak pergi kelas. Aku sedar tu, dan aku cuba untuk membuang sikap M ni..

Itulah aku.. tapi sebenarnya bila diri kita diuji, maka kita perlu lebih dekat lagi kepadaNya. Semasa aku menghadiri kursus kemantapan di Kuala Kubu, setiap dugaan yang diberikan sebenarnya ingatan dari Allah kepada kita yang mungkin dah mula lalai padaNya. Pada yang ada kawan, ingat-ingatkanlah dia bila dia lupa. Bila kawan mula lupa pada kita, ingat-ingatkanlah selalu dengan menghantar email dan sms. Kalau dia masih lupa juga, hantarlah pantun buatnya..

Anak rusa nani,
Baru tumbuh ekor,
Apa dosa kami,
lalu tidak tegur..

12 comments:

CuTeMiUt78 said...

betul la kak... bagai dikata

kakLuna said...

nk jd anak itik..pin pin pon pon
i folo yu...

HappyIrfa said...

LAMA X DENGAR PERKATAAN 'BEWOK'..HEHE

mama_Lieya said...

jom jengok kedai mama..

ada promosi penghabisan stok..

http://allshoppe.blogspot.com/

Masy said...

setendet la tu.. nk wat camne huhuhu~

Bunga Rampai said...

anak rusa nani
mandi tepi kali
nak tegur tak jadi
kerna hutang tak langsai lagi...

... hehehehe!

Salam :)

kuIna Jentayutiara said...

betui, betui, betui....

Purpleheart said...

Cute miut,
isy ingat salah tadi, hihihihi...

Kak luna,
i folo yu, yu folo i dulu..

Irfa,
hehehehe, tapi kena delete, bahaya..

Masy,
tu la setended..

Bunga rampai,
hehehehehe, utang kena cepat bayar kan..

Kuina,
memang, memang, memang..

RaFFLeSiA MeRaH said...

hikssss...bewok tu biawak la kan???

Purpleheart said...

Rm,
bewok tu memang biawak tapi disebut bewok oleh setengah-setengah negeri..

Mak Su said...

cuaca di luar diri dan cuaca di dalam diri bergelora silih berganti.

Purpleheart said...

Mak su,
betul mak su, rupenya cuaca dan diri lebih kurang aje ye.. ada pasang surutnya..

Nasihat buat kawan-kawan

pesanan dari sahabat

Kehidupan suatu cabaran, tabahkan hati menghadapi dugaan dan lawan. Bersedia mengkritik dan dikritik. Hadapi dunia luar dengan hati yang terbuka. Sentiasa belajar dan mendengar. Pasti hidup akan berjaya - insan terpilih

Popular Posts