Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Blog ini ialah blog peribadi kepunyaan Su Purple..segala isi kandungan blog ini adalah luahan dan pandangan yang tulus ikhlas dari tuan punya blog..dan beberapa ilmu pengetahuan yang ingin dikongsi bersama pembaca sekelian..

Apa yang baik dikongsi bersama, apa yang buruk dijadikan pengajaran.

Tuesday, March 27, 2012

Kain, dulu dan sekarang



Pada hari ini, 27 Mac 2012
Rasa syukur yang teramat sangat..

teringat masa dulu, tatkala aku menjalani hidup yang susah
nak makan pun berkais-kais, apatah lagi nak bermewah
beli kasut terpakai dipasar malam, rm10 sepasang, kalau untung dapat rm10 dua pasang..
kain pun syukur ada, daripada tak ada,
aku beli rm10 untuk 4 meter..itu pun beli setahun sekali..
alhamdulillah, sekurang-kurangnya ada juga yang boleh dibeli
walaupun tak secantik orang lain

dua tahun lepas
ada kakak kat ofis beri padaku kain pasang
cantik sangat
warna purple dan pink
bila siap jadi baju semua menegur cantik
pastinya cantik kerana asal kainnya pun memang cantik
aku aje yang tak beli sebab tak berapa mampu nak beli
beli yang rm4-5 semeter aje
cukupla sekadar kain biasa asalkan ada

tahun lepas
aku beli kain di jakel,
3 pasang rm100..
ya Allah mahalnya..
akhirnya aku mampu membelinya..
punyalah rasa seronok sampai aku buat solat syukur
inilah kain yang mahal yang pernah aku beli

tahun ni
aku beli kain batik terengganu
aku pun macam tak percaya
aku ke yang beli ni
sepasang rm150
sepasang tu! 37.5 semeter..
tapi akhirnya ditawar-tawar dapat rm110
ya Allah, mahalnya kain aku..
terasa sayangnya aku nak pakai

hari ni
aku dapat kain dari kawan aku
tak pernah selama ini dapat kain yang secantik ini
rasa terharu sangat
mungkin petang ni aku nak buat solat syukur
aku nak doakan kesejahteraan kawanku itu
alhamdulillah

Saturday, March 24, 2012

Sifat manusia

Dalam Al-Ihya menulis: Dalam diri manusia terdapat 4 sifat:
  1. sabiyah (kebuasan)
  2. bahimiyah (kebinatangan)
  3. Syaithaniyah (kesyaitanan)
  4. Rabbaniyah (ketuhanan)
Jika sifat rabbaniyahnya berhasil mengalahkan dan  mengendalikan ketiga sifat yang lain, maka akan timbul sifat-sifat yang baik seperti:
  • menjaga kehormatan diri (iffah)
  • cukup dengan apa yang ada (qanaah)
  • tenang
  • zuhud
  • wara’
  • takwa
  • malu
  • jujur
  • berani
  • dermawan
  • sabar
  • suka menolong
  • tahan menderita
  • suka memaafkan
  • teguh pendirian
  • mulia
  • pandai
  • selalu ceria (senyum)
dan sebagainya..

semoga kita berjaya mengalahkan sikap yang negatif itu..insya Allah...

Wednesday, March 14, 2012

Alfatihah

alfatihah buat kak Sarah Hj Rahmat..rakan sefb yang sering mengusik aku.. kukenali dirinya sejak 1996..
rakan sebilik fail selama 4 tahun..

semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman..

Cintailah seadanya

pesanan buat semua

Nasihat buat kawan-kawan

pesanan dari sahabat

Kehidupan suatu cabaran, tabahkan hati menghadapi dugaan dan lawan. Bersedia mengkritik dan dikritik. Hadapi dunia luar dengan hati yang terbuka. Sentiasa belajar dan mendengar. Pasti hidup akan berjaya - insan terpilih

Popular Posts