Sebelum pergi lawatan, bawak mak pergi makan kat Pok Li kopitiam kat Shah Alam.. order air teh suam..
Katung laksa, laksa nyonya..
Roti bakar yang wajib..
Sebelum itu kisah cermin mataku yang pecah..
Sambil bawak kereta try amik gambar sendiri..
Member belanja cendol dan cha kuetiau, kuetiau tak sempat nak snap, lapar sangat..
Mana tak lapar, pagi cuma makan ni aje..
Akan datang citer pasal ke Perlih ngan Kedah pulak..
Thursday, July 2, 2009
Kenangan bulan Jun
Luahan hati dan perasaan Purpleheart tatkala jam berdetik pukul 12:42 PM 7 pendapat dan pandangan link kepada luahan hati ini
Labels: aku
Wednesday, June 24, 2009
Lama tak apdet
Lamanya dah tak apdet, dah tak tahu apa nak tulis.. pikir punya pikir dari semalam dan pagi ni dari pagi sampai petang. Apa-apa pun aku nak apdet juge hari ni sebab esok lusa aku bercuti. Nanti tak apdet hari ni bila pulak la aku nak apdet. Minggu lepas minggu rabun sebab Selasa lepas cermin mata pecah, hari jumaat baru siap cermin mata.. Pagi-pagi berpeluh muka bagaikan baru belajar memandu. Saspen juga mandu tanpa cermin mata, bayangkan power cermin mata aku kanan aje dah 750 ke atas, kiri 650.. betapa rabunnya aku.. terpaksa besarkan font dalam pc. Kalau nak mengumpat pun tak boleh.. semua nampak, hehehehe..
Semalam entah kenapa gatal aje tangan untuk ubah itu ini gitu gini, agaknya dah bosan sepi aje blog aku tak ada hiasan apa.. Sekarang ni, haa amik kau..
Malam ni aku akan bertolak ke Kedah dan esoknya ke Perlis. Doakan lah ye aku selamat pergi dan pulang. Lepas ni pasti meriah blog aku dengan gambar-gambar aku disana..
Sepeninggalan aku, jaga ye umah ni baik-baik..
Luahan hati dan perasaan Purpleheart tatkala jam berdetik pukul 4:46 PM 9 pendapat dan pandangan link kepada luahan hati ini
Labels: aku
Monday, June 15, 2009
Cuti sekolah
Ahad lepas bawak mak, makcik dan cucunya yang duduk di Sungai Buloh pergi Wetworld podeh. Sebenarnya ide abang aku yang nak bawak anak-anaknya bercuti. Aku ok aje, bukan selalu pun.. aku pun tengah cuti semester juge, kan..
Aku sekereta dengan mak, makcik dan cucunya dan abang satu kereta dengan familinya + anak abang sulung sorang. Aku dan abang tukang angkut nasi dengan lauk, sampai sana mak aku siap bawak timun lagi. Walaupun lauk sambal sardin tapi sedapnya macam makan ayam golek aje. Yalah dah lapar, makan nasi dengan kicap pun sedapkan..
Abang aku lapo lepas melayan anak-anaknya mandi..
Ni cucu-cucu makcik yang selalu tersasul cakap dialek Sungke (Sungkai), almaklumlah dah jadi anak dara Sungke..
Kakak ipar aku yang vogue ni sedang menukar baju anak-anaknya yang sekian lama mandi tak mau balik-balik lagi, setengah hari dia mandi. Almaklumlah budak-budak..
Sebelum keluar tol, singgah dulu menunaikan yang wajib..
Keputusan peperiksaan dah pun keluar, dan aku lulus kesemuanya. Alhamdulillah.. Semester depan last semesterla jawabnya. Tinggal 3 paper je tinggal. Time kasih kepada semua yang telah mendoakan aku, semoga kalian memperolehi kesenangan bukan sahaja didunia malah diakhirat juga, amiin..
Luahan hati dan perasaan Purpleheart tatkala jam berdetik pukul 8:18 AM 8 pendapat dan pandangan link kepada luahan hati ini
Labels: aku
Wednesday, June 3, 2009
Blog bergambar
Amik gambar minggu lepas
Dah 5 kali servis myvi, dapat 5 botol minyak itam yang berlebih, jadi kumpul semuanya dalam satu botol, 5 in 1..
Minggu lepas kuih ni yang aku balun pagi-pagi.. selama 5 hari berturut-turut.. semoga menjadi ayu.. hihihihihi..
Jumaat lepas dgelar kak purple kerana.. memang pun kalau tak takkan nama pun purpleheart..
Gambar kat atas meja, saja suka-suka tangkap, ni la gambo kawen aku..
Luahan hati dan perasaan Purpleheart tatkala jam berdetik pukul 1:11 PM 10 pendapat dan pandangan link kepada luahan hati ini
Labels: aku





