Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Blog ini ialah blog peribadi kepunyaan Su Purple..segala isi kandungan blog ini adalah luahan dan pandangan yang tulus ikhlas dari tuan punya blog..dan beberapa ilmu pengetahuan yang ingin dikongsi bersama pembaca sekelian..

Apa yang baik dikongsi bersama, apa yang buruk dijadikan pengajaran.

Monday, January 2, 2012

Aku kuat

Jumaat lepas aku makan tengahari di Shah Alam, makan ayam penyet.. lepas aku mendapat khabar sedih, terus seleraku tutup..
malam tu aku tak jamah sedikit pun makanan..tak lalu sungguh nak makan..

Sabtu, rasa hatiku nak pergi ke ceramah Dr Muhaya berkenaan dengan kehidupan tapi mak ajak aku ke Sg Buloh melawat makcik, kasihan makcik aku tak ada sapa nak bawak dia ke pasaraya. Barang dapur semuanya dah habis.

Mak busu belanja nasi kukus utara. Sekali lagi aku terus tak berselera. Sekadar menjamah buah prun sebiji dan segelas milo. Entah mengapa aku tak lalu nak makan


Petang tu kawan aku Linda mengajak aku ke Kulai..malam itu juga.

Aku memohon restu dari mak untuk membenarkan aku turut serta..

Malam itu selepas pukul 10 aku berangkat ke Shah Alam..

Bagi memberikan tenaga aku mengambil 2 biji coklat dan air milo sebelum berangkat..

Aku memandu dari Shah Alam ke RnR Seremban..dari jam 12.30 - 1.40.. ya Allah mengantuknya..

Dari jam 1.40 - 2.55 aku terlena dalam kereta sementara kawan aku pergi menunaikan solat Isyak..

Aku dikejutkan dengan puluhan mat motor yang cuba melarikan diri dari sekatan polis..terkedu seketika dengan deruman motor kiri dan kanan, aku terasa malu untuk tidur..

Jam 3.30 aku bergerak meninggalkan RnR Seremban menuju ke Kulai..

Jam 5.50 aku singgah di RnR Machap, bersiap2 mandi, solat dan sarapan pagi.. disebabkan semalam aku cuma makan buah dan minum milo aku mengambil sarapan ringan..

Perjalanan diteruskan lagi selepas jam 7.30 menuju ke exit Senai Utara..ke Johor Premium Outlet.. sampai dalam sejam selepas itu, memandangkan premis belum lagi dibuka, kawan-kawanku mengajak aku ke McD..setelah berpusing hampir 1/2 jam barulah aku ketemu.. Sekali lagi aku mohon ampun, aku sungguh tak berselera untuk menjamah apa2 pun..

Setelah beberapa jam di McD bersarapan berfb dan berblog, kami membawa haluan ke Johor Premium Outlet pada jam 11..

Sah la bukan tempatku..tapi sekadar ingin tahu..cukuplah sekali sampai ke sana.. harga tetap mahal walaupun diskaun 70% sekalipun..

Jam 1.20 kami merancang ingin ke Desaru..tapi...119 km lagi..jauh lagi tu..terpaksalah dibatalkan.. dan kami membawa haluan ke Ayer Hitam..dalam perjalanan kami singgah di tepi jalan..makan cendol pulut...ya Allah sedapnya..licin aku makan..

Dalam perjalanan ke Ayer Hitam terasa penat sangat..sempatlah aku tidur 20 minit.. sungguh-sungguh aku mengantuk...

Kat Ayer Hitam panas, terasa macam nak pitam..mungkin aku kurang air..cepat-cepat minum.. mujur lah minum boleh cuma makan aje tak selera..tapi cendol laju la pulak...sedap kut...

Lepas beli apa yang patut, aku pun berangkat pulang..singgah seketika di RnR Pagoh bagi menunaikan solat..sempatlah aku pejam mata 10 minit..

Dari jam 3.30 aku memandu lagi menghala ke arah Shah Alam melalui jalan ke KLIA..ya Allah mengantuknya penatnyaa...

Sampai Shah Alam jam pun menunjukkan angka 7.20..

memandu dengan sangat hati-hati, maklumlah seorang..mengantuk pulak..

sampai ke rumah..macam-macam lauk ada tapi..entah la aku kenapa susah nk makan..

rasanya tidur lebih nikmat dari makan..

Don't worry walaupun aku tak makan...rasanya aku kuat..

babai Kulai..tak sempat nak singgah jb..

2 comments:

abg said...

Alhamdulillaah, adik, sungguh menarik perjalanan percutian adik ke selatan tanahair. Sekurang2nya dapat menghilangkan tension adik buat seketika. Abg akan senantiasa ikuti perkmbangan adik melalui blog adik ini. Take care..

Purpleheart said...

Tq abang..

Nasihat buat kawan-kawan

pesanan dari sahabat

Kehidupan suatu cabaran, tabahkan hati menghadapi dugaan dan lawan. Bersedia mengkritik dan dikritik. Hadapi dunia luar dengan hati yang terbuka. Sentiasa belajar dan mendengar. Pasti hidup akan berjaya - insan terpilih

Popular Posts