Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Blog ini ialah blog peribadi kepunyaan Su Purple..segala isi kandungan blog ini adalah luahan dan pandangan yang tulus ikhlas dari tuan punya blog..dan beberapa ilmu pengetahuan yang ingin dikongsi bersama pembaca sekelian..

Apa yang baik dikongsi bersama, apa yang buruk dijadikan pengajaran.

Friday, January 6, 2012

Maki dan dimaki

Anda dengar orang memaki, Anda akan dijangkiti fikiran negatif.

Anda memaki, Anda akan menjadi orang berfikiran negatif.

Jika Anda melakukan kedua-duanya, itu petanda Anda orang yang berfikiran negatif. Kesannya dalam jangka masa panjang, Anda akan suka memandang negatif terhadap sesuatu perkara.
Orang yang berfikiran negatif suka memaki-maki. Mereka buat gitu untuk menunjukkan mereka hebat, untuk menunjukkan mereka kuat, supaya sesiapa saja takut ngan mereka.
Sikap memaki-maki ni menarik kesusahan masuk ke dalam hidup sendiri dan sikap ni susah nak dibendung. Bila kesusahan melanda, sikap yang sama akan menarik lebih banyak lagi kesusahan. Selepas itu kesusahan lain akan muncul untuk menambah lagi kesusahan sedia ada.

Jika Anda suka memaki-maki, latih diri untuk kawal sikap itu untuk kebaikan diri Anda sendiri.
Jika anda mendengar orang memaki-maki atau Anda kena maki, istighfar cepat-cepat supaya Anda tak naik marah atau berdendam dengan orang yang memaki tu. Bila kita simpan dendam lama-lama, kita yang befikiran positif ni pun akan bertukar jadi negatif.

Sikap memaki-maki ada di mana-mana, bahkan ada dalam diri kengkawan kita.
Jika Anda dimaki, apa yang akan Anda buat?

Maki balik atau diam saja?

copypaste dari imotivasi.net

Rasa aku, diam aje la.. dilayan tak pasal-pasal jadi gaduh..lagi haru perang dunia ke 3..
lagipun maki ini menunjukkan mentaliti seseorang yang rendah
kenapa kita perlu ikut..
pesanan dari kawan fb aku, jangan sesekali meletakkan diri kita lebih rendah dari orang yang memaki hamun kita..
berani  kerana benar..
ada bran??

3 comments:

Tihara said...

sebenarnya kalau maki2 ni tk kan selesai...

Brother SP said...

Terjadinya maki hamun berpunca dari sifat amarah yg terlampau. Tanpa dapat mengawal perasaan didorongi pula bisikan iblis laknatullah. Kesian pada yg kena maki, mesti ada kekuatan diri kalau kena maki. Mcm su pernah kata, kalau kita layan org bodoh, kita pun bodoh sama..

Purpleheart said...

Tihara,
ye la kan tak selesai juge masalah..

Brother SP,
ye benar..tak boleh nak dinafikan lagi..selalu ingat pesan bekas suami, api tak akan padam dengan api..bila pihak lain panas, sebaiknya sorang lagi baik la diam..biar dia cakap sorang, kui3x..

Nasihat buat kawan-kawan

pesanan dari sahabat

Kehidupan suatu cabaran, tabahkan hati menghadapi dugaan dan lawan. Bersedia mengkritik dan dikritik. Hadapi dunia luar dengan hati yang terbuka. Sentiasa belajar dan mendengar. Pasti hidup akan berjaya - insan terpilih

Popular Posts