Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Blog ini ialah blog peribadi kepunyaan Su Purple..segala isi kandungan blog ini adalah luahan dan pandangan yang tulus ikhlas dari tuan punya blog..dan beberapa ilmu pengetahuan yang ingin dikongsi bersama pembaca sekelian..

Apa yang baik dikongsi bersama, apa yang buruk dijadikan pengajaran.

Saturday, December 31, 2011

Aku tak sedia lagi

Aku tak sedia lagi untuk berubah..

bukan mudah untukku berubah..
berubah dari menyayangi seseorang kepada melupakan..

senang untuk dilafazkan
bukan mudah untuk merealisasi..
bukan semudah petik jari dan...
BERTUKAR!!! bagaikan ultraman..

dan pada malam tahun baru ini, aku membawa haluan ke selatan..
membawa hati dan perasaan..

harapan aku agar aku diberikan kesabaran yang semaksimanya..

tanpa ku sedari air mataku menitis lagi..
pahitnya perpisahan
aku tak sedia lagi..
tapi aku dipaksa menerima takdir ini...

7 comments:

Brader SP said...

Bukan muda untuk melupakan seseorang yang sangat kita sayang.
Tapi andaikata telah ditakdirkan, perpisahan tetap akan berlaku jua.
Terimalah ia dengan seadanya.
Sememangnya perpisahan itu sungguh menyakitkan
tapi semuanya ditangan takdir.
Kita hanya berusaha agar yang membenci tiada lagi.

Purpleheart said...

Kalau perpisahan ìtu tidak terjadi secara mendadak, mungkinla saya boleh terima..tapi perkara ni berlaku sekelip mata. Butakah hati dia atau matanya sehinggakan dia dgn mudah menepikan saya. Kalau benar dia sanggup melakukan sedemikian, kenapa dia tk bunuh aje saya. Apa yg dia buat sekarang telah membunuh sebahagian jiwa saya. Brader sp, benar apa pn perpisahan perlu juga diterima tapi biarlah dgn diplomasi.

Purpleheart said...

Bak kata bidalan apabila kita menangkap ikan, jgn dilepaskan terus ke air. Bisa dari mata kail belum sembuh. Maksudnya bila kita da menyayangi seseorang andai kata tk ada jodoh jgn dibiarkan dia begitu aje. Ini menyebbkan jiwa seseorang lg parah..baik bunuh aje ikan itu kalau betul tk suka dri menyeksakan ikan tu. Manusia ada perasaan, ada akal. Gunakanlah dgn sebaik2nya. Brader sp, jiwa saya memendam rasa, hati saya lg sakit bila saya dituduh perempuan jal.. Dan orang yg saya sayang terus tinggalkan saya. Cara dia seolah2 saya cuma diperlukan dan bila dibenci saya terus dibuang. Saya pun ada perasaan juga..kenapa dia tak fikir semasak2nya sebelum ini..dia juga yg sering meyakinkan yg apa yg berlaku pastinya tidak akan merubah kata2..sah2 apa yg dikatakan selama ini pura2, menangis pura2..semuanya pura2! Sebab itu dia tak kisah saya separuh mati menahan sakit dikhianati dan dimaki..

Purpleheart said...

Saya mohon maaf atas kekasaran bahasa yg saya gunakan ini. Kalau dibadan saya ada butang delete yg boleh membuang segala memori yg tk dikehendaki spt handphone, mudahkan. Jiwa tk sakit, badan tk demam, mata tak menangis, dada tk semput dan makan pun berselera. Apa yg dibuat ini membuatkan saya tk lalu makan selama 3 hari. Ada dia tahu? Janji masalah dia selesai. Dan berharap saya bersabar menerima dugaan ini. Begitu mudah..how simply he can switched off his heart as simple as abc. I wish i can learn from him how he can do like that easily.

Purpleheart said...

Brother sp,time kasih kerana sudi beri sokongan. Kalaula dia boleh berfikir panjang, out of the box, pastinya perkara ni tk akan berlaku. Dia bahagia dan saya pn tk merana. Tk pasal2 dituduh dgn kata2 kesat. Sedih tau bagaikan saya ni tk ada maruah suka hati dimaki hamun. Saya menghormati dan menyayangi dia separuh mati. Sayang saya pada dia melangkaui pemikiran saya. Saya berusaha sedaya upaya saya untk menerima dia sebagai seorang abg meski dihati kecil saya menyayangi dia separuh mati. Ternyata dia sekadar melepaskan batuk ditangga. Dan bila perkara ini berlaku saya bagaikan tk mengenali dia lg..dia berubah sangat tk seperti yg saya kenali dulu..

Tie HT said...

Selamat Tahun baru Sue..semuga tabah menghadapi dugaan..Insya Allah :)

Purpleheart said...

time kasih Tihara..

Nasihat buat kawan-kawan

pesanan dari sahabat

Kehidupan suatu cabaran, tabahkan hati menghadapi dugaan dan lawan. Bersedia mengkritik dan dikritik. Hadapi dunia luar dengan hati yang terbuka. Sentiasa belajar dan mendengar. Pasti hidup akan berjaya - insan terpilih

Popular Posts