Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Blog ini ialah blog peribadi kepunyaan Su Purple..segala isi kandungan blog ini adalah luahan dan pandangan yang tulus ikhlas dari tuan punya blog..dan beberapa ilmu pengetahuan yang ingin dikongsi bersama pembaca sekelian..

Apa yang baik dikongsi bersama, apa yang buruk dijadikan pengajaran.

Sunday, June 6, 2010

Selamat pengantin baru

selamat pengantin baru khas buat bos aku, Mr Balu yang baru melangsungkan majlis perkahwinannya sehari sebelum cuti Wesak..seminggu lepas itu kai di unit perdagangan sama-sama mengadakan majlis kenduri untuk bos..kenduri ala Melayu gitu sebab ada bunga pahar dan bunga rampai..Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat...

Jua tidak ketinggalan buat sahabat aku, anak rusa nani yang melangsungkan pernikahannya..(aku pun tak tahu bila) majlisnya hari ini disebelah pihak rumah perempuan..semoga perkahwinan kedua ini akan menjadikan anda lebih bertanggungjawab dan pandai-pandaila berlaku adil..hanya itu yang mampu aku katakan kerana aku pun hanya mengetahuinya dari orang lain..aku tak tau apa-apa dan malas pula nk bertanya itu ini..lepas ni boleh la aku letak jawatan sebagai setiausaha yang tak berapa rasmi yang tak bergaji ini....berkuat kuasa serta merta..huhuhuhuhu...

pada yang masih bujang dan dara, masa ini lah anda boleh mencari jodoh dengan menghadiri majlis perkahwinan..

2 comments:

Mak Su said...

wah, dorang buat malay wedding, sbb happening ek... tahniah buat mereka

Purpleheart said...

Mak su,
bos kite indian..kawen ngan chinese..kat opis buat kenduri ala melayu.. siap ngan bunga rampai lagi..best kan???

Nasihat buat kawan-kawan

pesanan dari sahabat

Kehidupan suatu cabaran, tabahkan hati menghadapi dugaan dan lawan. Bersedia mengkritik dan dikritik. Hadapi dunia luar dengan hati yang terbuka. Sentiasa belajar dan mendengar. Pasti hidup akan berjaya - insan terpilih

Popular Posts