Aku nak share dengan kalian masa aku pergi lawatan aritu..
Malam 24hb Jun (1 Rejab), bertolak pukul 10 malam.. sampai di LGM Sungai Petani pukul 5.30 pagi.. siap sedia, solat dan kul 8 pagi sarapan...
Sedapnye sarapan.. nasi lemak, kopi o dan pulut+durian.. senak perut. Lepas ni bertolak ke Jeneri, Sik untuk melihat aktiviti di sana.. Buat bunga dari lateks getah dan melawat kolam ternakan udang harimau..
Jauh betul nak ke kolamnya.. rasa nak dekat 1/2 jam perjalanan..
Ni dia udangnya, lepas taklimat pasal penjagaan udang ni, kami akan dijamu dengan udang disini, baru ditangkap semalam.. walla..
Dan ni diaa..
Lepas tu taklimat mengenai bunga lateks, meh akak ajar, apa lagi peluang ada.. ramai-ramaila buat.. memang tak leh jual laa, simpan je buat koleksi..
Lepas makan tengahari, bertolak pula ke Perlis Indera Kayangan..
Petang, acara dipadang..
Malam, masing-masing kepenatan.. mujur tak ada aktiviti..
Esoknya kami melawat ke ladang harumanis, tapi sayang musimnya dah lama berakhir..
Taklimat mengenai penanaman anggur di Perlis sambil disajikan buah anggur. Bestnye sebab tak ada biji, macam makan kacang aje..
Lepas tu kami dibawa ke ladang anggur.. seronoknya. Macam nak menari aje..
Lepas tu puas bergambar, kami ke taman herba pulak..
Lepas tu pergi gua kelam..
Malam, ada jamuan khas dari puspanita negeri Perlis..
Esoknya, ke Wang Kelian dan Padang Besar..
Kesimpulannya memang seronok..
5 comments:
lah.. layan game kat fb tu gak ke.. staf2 kat ofis ni sume dah gian.. berebut2 nak guna pc nak tgk tanaman masing2..alahai...
hik..hik..hik.. best je tgk gambo2 akak tu.. :D
Tedi,
ye la sama la, pagi-pagi bangun nawaitu pergi kerja nak kutip tanaman..
Cute,
hehehehe.. alahai..
amboi..
anak rusa nani
lalu tidak tegur...
Kuina,
anak rusa nani ikut rombongan tak sempat tegur2.. hihihihi..
Post a Comment