Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Blog ini ialah blog peribadi kepunyaan Su Purple..segala isi kandungan blog ini adalah luahan dan pandangan yang tulus ikhlas dari tuan punya blog..dan beberapa ilmu pengetahuan yang ingin dikongsi bersama pembaca sekelian..

Apa yang baik dikongsi bersama, apa yang buruk dijadikan pengajaran.

Tuesday, August 7, 2012

Bila ada masalah

Rasa macam nak meraung..tapi bulan puasa, rasa nk share tapi tau apa yang kubuat ni salah. Sah-sah aku akan kena semula. Nak cerita dengan orang rasa malu, nak jaga aib orang yang berada dipihak defendan tu..eh bila pulak aku jadi plaintifnya ye? tiba-tiba pula..

Dibulan Ramadhan yang mulia ini aku tak putus-putus berdoa agar Allah permudahkan jalanku ini. Jalan apa ye? jalan menuju ke syurga. Untuk ke syurga berbagai-bagai dugaan terpaksa diharungi sama ada dengan emosi atau iman..atau kedua-duanya? atau tiada satu jawapan diatas? Tepuk dada tanyalah iman.

Terima kasih rakan atas nasihat yang diberikan selama ini. Nasihatmu menjadikan aku lebih kuat dan yakin pada diri, imanku bertambah dengan nasihat menutup aurat dengan sempurna. Sering diingat-ingatkan padaku..syukur lah kan..

Kesimpulannya, kalau dah berat sangat masalah tu, serahkan saja pada Dia..berikan keringanan, berikan jalan penyelesaian dan juga permudahkan.. Senang aje sebut kan, tapi berat juga..hmm..jangan putus doa..

3 comments:

Sky Before Pinky said...

niat yang baik, insyaAllah Allah akan membantu permudahkan segalanya..

Irfa said...

salam kak
lama menyepi.ke ada bukak blog lain?

cheeze maz said...

salam, suka tengok blog ni. kalau nak order cheese powder dengan harga murah. jemput ke blog akak di http://cheezemaz.blogspot.com

Nasihat buat kawan-kawan

pesanan dari sahabat

Kehidupan suatu cabaran, tabahkan hati menghadapi dugaan dan lawan. Bersedia mengkritik dan dikritik. Hadapi dunia luar dengan hati yang terbuka. Sentiasa belajar dan mendengar. Pasti hidup akan berjaya - insan terpilih

Popular Posts