Pernah tak kita terfikir bahawa kita tampak terlalu jauh daripada matlamat kita.Usahkan dapat pegang sedikit matlamat kita,bau pun tidak.Perkara ini menyebabkan kita menjadi semakin hilang semangat.Kita berasa langkah kita terlalu kecil.Ya terlalu kecil.Tetapi ingatlah,inilah kehidupan,langkah kita adalah kecil.Mungkin kadangkala kita akan mendapat peluang melangkah dengan besar….tetapi selalunya langkah kita adalah kecil sahaja. Smiley
Hayatilah kisah ini,selamat kembali pada zaman kanak-kanak.
Semasa kecil kita mesti pernah dengar kisah perlumbaan arnab dan kura-kura.Seperti yang kita tahu kura-kura adalah haiwan yang bergerak perlahan.Manakala arnab di dalam cerita tersebut merupakan haiwan yang berlari laju tetapi sombong.
Walaupun hakikatnya perlawanan itu dapat dijangkakan siapa pemenangnya,namun kura-kura tersebut tidak berputus asa.Kura-kura tersebut terus melangkah satu demi satu walaupun tapaknya kecil.Akhirnya berkat kesabarannya kura-kura tersebut telah berjaya memotong arnab.
Arnab ketika waktu tersebut sedang berehat kerana terlalu memandang rendah kepada kura-kura.Hasilnya arnab lupa kepada matlamatnya untuk menamatkan perlawanan.Arnab lupa bahawa dia perlu menamatkan perlawanan tersebut kerana pada pandangannya kura-kura adalah terlalu mustahil untuk menang.
Dek kerana terlupa pada matlamatnya,ini telah memberi kemenangan kepada kura-kura.Tetapi kita harus ingat,jika kura-kura tidak terus melangkah dan berehat seperti arnab adakah dia akan menang? Tentunya tidak,kura-kura menang sebab dia terus melangkah, walaupun langkahnya kecil tetapi dia terus melangkah. Pada hari ini, namanya begitu gah jika kita kaitkan dengan cerita tersebut.
Begitu juga dengan kehidupan kita, biasanya perjalanan kita berlalu perlahan. Matlamat kita kelihatan begitu jauh.Sehinggakan tak dapat langsung mata untuk nampak bayang-bayang pehujungnya.Tetapi kita harus tahu, kita perlu sedar,kita perlu mengambil langkah kecil ini satu demi satu untuk berjaya.
Oleh itu, hari ini, teruskan sahaja usaha anda. Jangan bimbang dan hanya teruskan langkah kecil anda itu. Percaya pada diri,kejayaan akan datang jua.Terus berusaha dan terus mara ke hadapan.Langkahlah satu demi satu seperti langkah kura-kura di atas yang terus gigih tanpa mengenal kepayahan.Ingat kejayaan bukan magik yang ada begitu sahaja tetapi ianya bermula dengan langkah kecil yang terus melangkah.
disebalik keindahan terselindung kepiluan..namun disebalik kepiluan pastinya ada hikmah yang Allah jadikan..
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Blog ini ialah blog peribadi kepunyaan Su Purple..segala isi kandungan blog ini adalah luahan dan pandangan yang tulus ikhlas dari tuan punya blog..dan beberapa ilmu pengetahuan yang ingin dikongsi bersama pembaca sekelian..
Apa yang baik dikongsi bersama, apa yang buruk dijadikan pengajaran.
Blog ini ialah blog peribadi kepunyaan Su Purple..segala isi kandungan blog ini adalah luahan dan pandangan yang tulus ikhlas dari tuan punya blog..dan beberapa ilmu pengetahuan yang ingin dikongsi bersama pembaca sekelian..
Apa yang baik dikongsi bersama, apa yang buruk dijadikan pengajaran.
Monday, July 19, 2010
Ketika hati ingin berputus asa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Nasihat buat kawan-kawan
pesanan dari sahabat
Kehidupan suatu cabaran, tabahkan hati menghadapi dugaan dan lawan. Bersedia mengkritik dan dikritik. Hadapi dunia luar dengan hati yang terbuka. Sentiasa belajar dan mendengar. Pasti hidup akan berjaya - insan terpilih
Popular Posts
-
Harini cuti am, sempena Deepavali..esok.kerja, lusa cuti, pastu kerja..alang-alang cuti banyak lagi, apa kata amik aje cuti. Kita balik Ter...
-
Nasi kawan aku belanja, cuba tengok ikan tu macam bentuk hati kan.. Sambil buat kerja, tengok email, lepas tu tengok facebook, pastu sambung...
-
Seseorang yang sentiasa bergurau senda di hadapanmu, Ketahuilah dialah seorang pemurung tatkala sendirian.. Seseorang yang sentiasa me...
-
Semalam adalah hari lahirnya yang ke 32..petang tadi tatkala aku hendak menunaikan solat magrib, aku dikejutkan dengan sms yang kawan aku te...
-
Buah hatiku telah pun diservis semalam.. dan dihias seadanya.. bile kereta lalu je kat bumper maka bergedik-gedikla dia berpusing, sungguh c...
-
Keadaan kaki tak berapa stabil, seolah-olah peha sedang membengkak macam peha gajah, betis semakin mengecut macam kaki bangau dan kaki pulak...
-
Friends.. they love you but they are not your lover they care for you but they are not from your family they are ready to share your pain bu...
-
Hp dah seminggu tak bercoverage.. pada semua yang telah/ada menghantar sms ataupun membuat panggilan, harap maaf ye.. hp aku telah pinjamkan...
-
esok aku 33.. doakan kesejahteraan aku, semoga dipermudahkan segala urusan, dunia dan akhirat.. juga semoga aku lulus periksa semester last ...
-
Hari ini berlakunya gerhana matahari yang dapat dilihat di Alor Setar, Kedah. Terpegun dengan ciptaanMu Allah yang mengaturkan segala-galany...
No comments:
Post a Comment