Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Blog ini ialah blog peribadi kepunyaan Su Purple..segala isi kandungan blog ini adalah luahan dan pandangan yang tulus ikhlas dari tuan punya blog..dan beberapa ilmu pengetahuan yang ingin dikongsi bersama pembaca sekelian..

Apa yang baik dikongsi bersama, apa yang buruk dijadikan pengajaran.

Monday, June 15, 2009

Cuti sekolah


Ahad lepas bawak mak, makcik dan cucunya yang duduk di Sungai Buloh pergi Wetworld podeh. Sebenarnya ide abang aku yang nak bawak anak-anaknya bercuti. Aku ok aje, bukan selalu pun.. aku pun tengah cuti semester juge, kan..



Aku sekereta dengan mak, makcik dan cucunya dan abang satu kereta dengan familinya + anak abang sulung sorang. Aku dan abang tukang angkut nasi dengan lauk, sampai sana mak aku siap bawak timun lagi. Walaupun lauk sambal sardin tapi sedapnya macam makan ayam golek aje. Yalah dah lapar, makan nasi dengan kicap pun sedapkan..



Abang aku lapo lepas melayan anak-anaknya mandi..


Ni cucu-cucu makcik yang selalu tersasul cakap dialek Sungke (Sungkai), almaklumlah dah jadi anak dara Sungke..


Kakak ipar aku yang vogue ni sedang menukar baju anak-anaknya yang sekian lama mandi tak mau balik-balik lagi, setengah hari dia mandi. Almaklumlah budak-budak..


Sebelum keluar tol, singgah dulu menunaikan yang wajib..


Keputusan peperiksaan dah pun keluar, dan aku lulus kesemuanya. Alhamdulillah.. Semester depan last semesterla jawabnya. Tinggal 3 paper je tinggal. Time kasih kepada semua yang telah mendoakan aku, semoga kalian memperolehi kesenangan bukan sahaja didunia malah diakhirat juga, amiin..

8 comments:

KakMonaRock said...
This comment has been removed by the author.
ummumishkah said...

best yer jalan2, tahniah lulus semua paper tu.. :)

RHEA said...

purple ni belajar di mana?

Shumierain said...

best tol kalu dpt picnic kan..

CuTeMiUt78 said...

oh.. seronoknya berkelah ramai2 kan kak.. tahniah ya kak.. sebab lulus dah..

jinggo said...

bestnya bekelah..........

Mak Su said...

pergi podeh? maksu pi sana time si kaklang umur 2 tahun. ahaks, lama betul tak singgah kat situ. padahal, mesti lalu kalu ikut jalan lamo tu.

tahniah utk keputusan exam :)

Purpleheart said...

Ummu,
time kasih, seronok sesekali jalan ni..

RHEA,
saya blaja kat uitm shah alam sebagai pelajar luar kampus..

Shumie,
besh bangat..

Cute,
time kasih, alhamdulillah..

Jinggo,
seronok rasa tak nak balik..

Maksu,
ooo selalu lalu ye.. kadang2 selalu lalu jadi malas nak gi kan?

Nasihat buat kawan-kawan

pesanan dari sahabat

Kehidupan suatu cabaran, tabahkan hati menghadapi dugaan dan lawan. Bersedia mengkritik dan dikritik. Hadapi dunia luar dengan hati yang terbuka. Sentiasa belajar dan mendengar. Pasti hidup akan berjaya - insan terpilih

Popular Posts