Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Blog ini ialah blog peribadi kepunyaan Su Purple..segala isi kandungan blog ini adalah luahan dan pandangan yang tulus ikhlas dari tuan punya blog..dan beberapa ilmu pengetahuan yang ingin dikongsi bersama pembaca sekelian..

Apa yang baik dikongsi bersama, apa yang buruk dijadikan pengajaran.

Thursday, November 18, 2010

pengalaman nak kerja part time

Bila gaji dah kena potong untuk pinjaman rumah untuk bulan pertama, terasa sangat akan kekurangannya..ialah bukan setakat seratus dua, tapi 450..huh, telan air liur juga bila menaip angka ini. Mujurla bila dapat gaji bulan itu masih ada backup, iaitu bantuan raya yang aku perolehi sebelum raya.. dapat rm500, tu la back up aku bila gaji kurang ni..fuuuhhhh...

Masuk bulan ke dua, sesak!! mana nak bayar maibi, duit kutu, duit astro dan berukband, penapis air berAURA tuu, duit maintenance rumah rm75 sebulan..semua tu jumlahnya dah nak dekat rm900..sedangkan gaji bersih aku 1k..waaa..rasa nak melalak aje..yang timbul difikiran adalah, PART TIME..

Maka pergilah aku ke kedai berhampiran, SS 2 Petaling Jaya, Seksyen 14, Petaling Jaya, Tropicana Mall dan Giant Kelana Jaya..pergi isi borang, dan apa yang aku dapat ialah - saya akan tengok dulu, apa-apa saya akan telefon ye.. SAH2 kat depan kedai nak pekerja part time, berjanggut aku tunggu. Aku siap offer kerja lepas ofis dan sabtu ahad..pakai cakap aje tanpa fikir apa yang akan berlaku kelak..(kut pengsan ke apa ke, bayangkan lah kerja tanpa henti ni..mau mereng pale aku) - tapi tak ada sape pun kol aku, dah 5 -6 kedai aku pi, satu pun tak kol aku..huhuhu..

Masih juga tiada jawapan..last sekali aku gamble, apa pun boleh la, silap aribulan aku jadi cashier aje kat Giant..tapi sampai-sampai kt kedai jepun yang jual sushi, aku ternampak banner yang nak pekerja part time..terus aku masuk dan bertanyakan cashier..aku disuruh isi borang..berapa banyak borang daa aku isi. Lepas tu dia kata dia nk interview, waa bagus ni, ada harapan.. aku diinterview oleh manager disitu..kerja macam ni, bla bla bla..ok bila akak boleh kerja..gulp, waa aku dapat!!

Terpulang pada cik, jawabku.. ok kak senang cerita akak start 15hb November ini, ok..pakai tshirt hitam, seluar hitam, kasut yang bersesuaian warna hitam dan stokin hitam..

Sampai rumah aku bagitau mak, aku da dapat kerja di kedai sushi tu..mak menggangguk pelan..mungkin mak kurang suka aku nak kerja ni tapi apakan daya.. esok aku kuar dengan mak, sebelum tu mak suruh checkkan duit di bank..aku check kat ATM, aku bagitau jumlahnya..ehh nape ada lebih rm200??

Entah kut abang masukkan kut.. petang tu mak bagitau aku, bukan abang aku..hai siapa pulak nak bank in kan ni..mak aku slow talk ngan aku, tak payahlah kerja part time, mak risau sebenarnya..amik la duit mak ni untuk kau belanja..

Hmm.. mak da kata macam tu, petang sabtu tu aku terus sms manager kedai tu kata tak jadi kerja..mujurla juga duit yang entah datang dari mana tu penyelamat aku..kalau tak mahu aku lepas keje kena speaking jepun jemput customer makan..tuang air teh dan sebagainya..

Tak merasalah aku nak pakai baju uniformnya..tak apala, bagi aku kata-kata mak ni eloklah ikut..kalau mak tak ada sapa lagi nak nasihat..dan berkat doa mak, rumah aku pun dah ada penyewa, tu yang dengan rela hati aku sms terus manager tu, agar dia tak mengharap..

Dua minggu mencari kerja part time..pengalaman indah..siap beli tshirt itam lagi tuu..get ready ..

No comments:

Nasihat buat kawan-kawan

pesanan dari sahabat

Kehidupan suatu cabaran, tabahkan hati menghadapi dugaan dan lawan. Bersedia mengkritik dan dikritik. Hadapi dunia luar dengan hati yang terbuka. Sentiasa belajar dan mendengar. Pasti hidup akan berjaya - insan terpilih

Popular Posts