Ada ketikanya aku merindui permandangan ini..
Bila aku tensen belajar, tingkat 3 atau 4 akan aku panjat supaya aku dapat melihat permandangan yang lebih jelas..nak naik tingkat atas lagi, pertama penat, kedua gayat..gambar ini diambil beberapa hari sebelum aku menduduki peperiksaan final yang FINAL..
Tapi bila fikir balik bila jadi student, disebalik keseronokan menjadi pelajar..tensen tul bila nak periksa..
hmm...UITM dihatiku..
disebalik keindahan terselindung kepiluan..namun disebalik kepiluan pastinya ada hikmah yang Allah jadikan..
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Blog ini ialah blog peribadi kepunyaan Su Purple..segala isi kandungan blog ini adalah luahan dan pandangan yang tulus ikhlas dari tuan punya blog..dan beberapa ilmu pengetahuan yang ingin dikongsi bersama pembaca sekelian..
Apa yang baik dikongsi bersama, apa yang buruk dijadikan pengajaran.
Blog ini ialah blog peribadi kepunyaan Su Purple..segala isi kandungan blog ini adalah luahan dan pandangan yang tulus ikhlas dari tuan punya blog..dan beberapa ilmu pengetahuan yang ingin dikongsi bersama pembaca sekelian..
Apa yang baik dikongsi bersama, apa yang buruk dijadikan pengajaran.
Sunday, June 27, 2010
Wednesday, June 23, 2010
aku dan donashi..
aku kan peminat sushi dan juga donut...
tapi hari ini aku dapat kedua-duanya...DONashi..
sedap.....
tengok tuuu...
ni bukan untuk aku sume..kitorang kongsi 4 orang...
tryla... sedap..dapatkan di epal besar...
tapi hari ini aku dapat kedua-duanya...DONashi..
sedap.....
tengok tuuu...
ni bukan untuk aku sume..kitorang kongsi 4 orang...
tryla... sedap..dapatkan di epal besar...
Monday, June 21, 2010
Promosi maksiat dan buka aib sendiri
Promosi Maksiat & Buka Aib Sendiri
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
Iman seseorang telah disepakati oleh para ulama boleh menaik dan menurun berdasarkan pelakuan di dalam kehidupan sehariannya. Jika dosa memenuhkan ruang kehidupannya dengan dosa, keimanan akan menurun, memberi kesan kepada seluruh amalan. Solat menjadi tidak khusyu' dan berat, demikian amalan kebaikan dirasa membosankan dan teramat menjemukan. Perasaan kesal dan rasa bersalah atas pelakuan dosa pula akan semakin pudar, hasilnya, keimanan di dalam hati menjadi semakin malap tanpa sinar.
Dosa dan pahala boleh bercambah dengan mudah, tanpa kawalan dan kesedaran sebaiknya, catatan amalan seseorang mungkin mengejutkannya di hari pembalasan kelak, sama ada disebabkan dosa yang di luar jangkaan atau timbunan pahala yang tidak disangka. Jika ia pahala, Alhamdulillah, namun bagaimana jika dosa yang memenuhi buku catatan amalan?.
Melalui artikel ini, sekadar ingin mengingatkan kita semua agar lebih peka terhadap salah satu punca percambahan dosa. Malah dosa yang kecil boleh berubah wajah kepada Kabair (dosa besar) akibatnya. Tujuan tulisan ini tidak lain agar kita semua dapat lebih berhati-hati terhadap dosa yang tidak disedari sedang dipromosi dan disebarkan.
FILEM, DRAMA DAN DOSA
Perlu kita semua fahami, manusia selain Rasulullah s.a.w tidak akan dapat lari dari dosa. Paling kurang dosa-dosa kecil. Sebagai contoh, dosa-dosa kecil amat mudah diperolehi apabila kita menonton televisyen sama ada melalui tontonan aurat lelaki wanita di dalam siri drama, filem iklan, hatta berita. Dosa kecil juga boleh berlaku apabila kerananya sekiranya seseorang itu melalaikan tanggungjawab agama yang lain dan pelbagai lagi kekurangan kerananya.
Telah dibincang panjang lebar oleh ulama Islam, TV dan filem adalah neutral, jika digunakan untuk tujuan kebaikan, maka pahala diperolehi, jika keburukan, dosa tentunya.
Sudah menjadi norma hari ini, hampir semua keluarga mempunyai TV walau setinggi manapun tahap keilmuan agamanya. Jika tiada TV, internet juga turut memasuki kebanyakan rumah umat Islam hari ini, segala jenis filem dapat ditontoni melaluinya.
Di ketika saya bersetuju dan tertarik dengan seruan para ilmuan dan pendakwah agar kita memboikot Yahudi Zionis dengan memboikot segala jenis hiburan melalaikan di televisyen atau internet, kerana itu adalah antara agenda penting mereka dalam merosakkan umat Islam. Namun begitu, sebahagian pendakwah ini mungkin terlupa menyedarkan, bahawa filem-filem dan drama yang biasanya ‘box office' karya Hollywood juga adalah karya hedonimse Barat dan Yahudi Zionis. Itu juga sepatutnya diboikot.
Namun, desakan nafsu dan Syaitan kerap mendorong sebahagian kita untuk terus melihat kisah-kisah paparan kreativiti karyawan Barat ini. Walau kita tahu ia bercampur baur adegan dosa ( berpelukan, bercium dan sebagainya) dan pemaparan aurat tentulah amat pasti.
DOSA KECIL YANG MEMBESAR DAN BERGANDA
Benar, secara umumnya, ia mungkin masih dianggap dosa-dosa kecil. Dosa kecil disebut oleh Nabi s.a.w boleh terhapus dengan solat fardhu, solat Jumaat, zikir, istighfar dan pelbagai amalan lain. Namun demikian, dosa kecil seperti itu boleh berganda sehingga adakalanya amalan seseorang tidak lagi mampu memadamkan keseluruhannya.
Bilakah itu?
Ia adalah apabila tontonan kita itu dikongsikan kepada orang lain melalui pendedahan kita sendiri sama ada di ketika bercerita berkenaannya, mungkin dalam ulasan kita. Atau lebih teruk lagi dipamerkan di FACEBOOK sebagai filem (movies) yang diminati, drama TV disukai, buku didambai, muzik dikagumi dan sebagainya.
Bagi saya, tindakan mengisi ruang itu dengan sebarang filem yang majoritinya mendedahkan aurat dan bercampur baur pengajarannya adalah sama seperti mempromosikannya, memberikan iklan percuma kepadanya, memaklumkan keredhaan kita terhadapnya.
Mungkin terkecuali jika kita menyiarkan minat kita terhadap movie pengajaran seperti Kung Fu Panda, Toy Stories, Cars, Omar Mukhtar atau dokumentari dan keagamaan seperti National Geographic, Discovery Channel, Berita, Al-Kuliyyah, Tanyalah Ustaz, Halaqah, Akademi al-Quran dan sebagainya.
Memaparkan minat kita rancangan TV atau Movie yang jelas bercampur aduk dosa dalam majoriti adegannya seperti ‘Desparate Housewives', ‘Friends', ‘Pretty Women', ‘Notting Hill', ‘Kuch Kuch Hota Hai', ‘HEROES' dan jutaan lagi filem sepertinya.
Walaupun seseorang itu memang meminati dan menontonnya, namun sedarilah tontonan itu mengakibatkan banyak dosa-dosa kecil. Tontontan itu tanda akibat kelemahan diri kita sehingga terjebak dalam dosa sebegitu.
Memaklumkannya kepada orang lain akan minat kita terhadap filem itu adalah dosa gandaan yang lain. Ia adalah sebuah promosi iklan secara percuma. Malah mendedahkan sokongan kita terhadap movie dan drama bermaksiat. Bukan sekadar movies sahaja malah hal yang sama terpakai buat promosi buku, novel, muzik danpublic figure atau artis (khususnya di facebook).
Saya bimbang, keghairahan berkongsi segala-galanya di dalam facebook, blog dan forum akan tanpa sedar mempergandakan dosa seseorang.
Kecuali jika diyakini dengan ilmu dan iman bahawa pengajaran BAIK dari filem yang ingin dikongsi tersebut atau ditanda sebagai ‘like' itu MELEBIHI UNSUR DOSA DAN BURUK. Sebagaimana drama-drama bermesej islam, penuh pengajaran tetapi masih dilakonkan oleh pelakon mendedah aurat. Jika diyakini unsur positifnya melebihi dan negatif, tatkala itu mungkin wujudnya sedikit justifikasi untuk dipapar dan ditonjolkan dalam senarai drama diminati. Dengan niat agar orang lain turut mendapat pengajarannya.
Selain berkongsi minat terhadap hal yang disebut di atas, ada juga yang mendedahkan dosanya melalui gambar. Gambar seperti :
- ketika sedang minum arak,
- hadiri parti penuh maksiat,
- hadiri majlis dosa,
- sedang berpelukan lelaki wanita
- atau bersentuhan wanita dan lelaki yang bukan mahram (walaupun bagi seorang doktor kerana keperluan, tetapi gambar sedemikian PATUT disembunyikan)
- dan sebagainya,
Sekiranya semua yang disebut tadi dikongsi di facebook dan blog, kita bimbang individu terbabit tergolong di dalam kategori penyebar dosa dan pembuka aib diri sendiri. Nabi s.a.w memberi ingatan :-
كل أمتي معافى إلا المجاهرين، وإن من المجاهرة أن يعمل الرجل بالليل عملا، ثم يصبح وقد ستره الله عليه، فيقول: يا فلان عملت البارحة كذا وكذا، وقد بات يستره ربه، ويصبح يكشف ستر الله عليه
Ertinya : Setiap umatku (boleh) diampunkan keucali mereka yang mendedahkan (dosanya), ada di kalangan yang mendedahakn ini , melakukan suatu dosa di waktu malam, berpagi-pagi sedang Allah menutup keaiban dosa itu, namun tiba-tiba dia mendedahkan seraya berkata :" Wahai fulan, semalam aku lakukan itu dan ini" maka terhapuslah tutupan Tuhannya dan jadilah ia membuka (rahmat) Allah yang (sebelum ini) menutup keaibannya.( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
SEMBUNYIKAN DAN TAUBAT
Justeru itu, jadikanlah dosa peribadi disebabkan menonton filem bercampur maksiat, atau menyukai musik hedonisme, ata melakukan maksiat secara fizikal kerana zina, curi, tidak solat dan sebagainya, sama ada kecil atau besar yang dilakukan di rumah, tersembunyi adalah antara individu terbabit dengan Allah SWT. Tujuannya agar seseorang itu beroleh rahmat Allah dan diberi hidayah untuk bertaubat sebelum maut menjelma.
Mungkin disebabkan pendedahannya, apabila ia ingin atau telah bertaubat, sukar untuknya untuk memaklumkan kepada semua yang pernah mendengar atau mengetahui pendedahannya agar bertaubat sama,malah taubatnya juga mungkin diragui orang lain atau paling kurang, membawa masalah dalam hati seperti boleh menumbulkan riya'.
Justeru jalan terbaik atas apa jua bentuk dosa yang telah atau pernah dilakukan adalah SENYAP DAN SEMBUNYIKAN.Ia bukan hipokrit ! tetapi ia dituntut oleh Allah dan RasulNya dan usahakan bertaubat. Hiprokrit adalah bagi mereka yang berpura-pura baik, tetapi dalam hal ini, si pelau dosa hanyalah menyembunyikan dosanya. Tidak timbul persoalan dia cuba mengabui mata orang ramai dan berpura-pura baik. Rasulullah bersabda :
اجْتَنِبُوا هَذِهِ الْقَاذُورَةِ الَّتِي نَهَى الله عَنْهَا فَمَنْ أَلَمَّ فَلْيَسْتَتِرْ بِسَتْرِ الله وَلْيَتُبْ إِلَى الله. فَإِنَّهُ مَنْ يُبْدِ لَنَا صَفْحَتَهُ نُقِمْ عَلَيْهِ كِتَابَ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ.
Ertinya : "Jauhilah perkara-perkara keji (maksiat) yang telah dilarang oleh Allah, sesiapa yang telah melakukannya, hendaklah dia menyembunyikannya dengan tutupan (yang diberikan) Allah dan bertaubat kepada Allah SWT. Jika sesiapa menampakkan perkara keji (yang dilakukannya) kepada kami, kami akan menjatuhkan hukuman yang telah diperintahkan oleh Allah ‘Azza wa Jalla." [Dikeluarkan oleh al-Hakim dalam al-Mustadrak, hadis no: 7615 dan beliau berkata: "Hadis ini sahih atas syarat kedua-dua syaikh (al-Bukhari dan Muslim) dan mereka tidak mengeluarkannya. " Ini dipersetujui oleh al-Zahabi.]
Pengecualiannya hanyalah apabila kes melibatkan aib dan dosa ini diajukan di mahkamah untuk menangani sesuatu kes, atau ketika merujuk kepada kaunselor diyakini untuk membantu dan ilmuan Islam untuk mengetahui hukum dan kaedah pemulihan.
Allah itu maha pengampun dan sentiasa menginginkan kita untuk bertaubat dan beristighfar, maka antara ciri taubat yang mudah diterima adalah apabila dosa tidak didedahkan. Di dalam sebuah lagi hadis sohih disebutkan :-
أن النبي صلى الله عليه وسلم قال : يدني الله عبده المؤمن ، فيضع عليه كنفه ويستره ، فيقول : أتعرف ذنب كذا ؟ أتعرف ذنب كذا ؟ فيقول : نعم ، أي ربِّ ، حتى إذا قرره بذنوبه ، ورأى في نفسه أنه قد هلك ، قال : سترتها عليك في الدنيا ، وأنا أغفرها لك اليوم
Ertinya : Nabi bersabda : (Di akhirat kelak) Allah akan menghampiri seorang hambanya yang mukmin lalu melindunginya lalu berkata : Adakah kamu tahu dosa kamu ini? Adakah kamu sedar dosa ini? Lalu jawab lelaki itu Ya Wahai Tuhan dan sehingga dia mengakui dosanya dan merasakan dia akan binasa (dihukum), Allah berkata : Aku telah menutupinya di dunia dahulu ( dari pengetahuan manusia), dan hari ini aku akan mengampunkannya ( Riwayat Al-Bukhari)
Jelas dari hadis di atas, dosa yang dilakukan dan tidak didedahkan berpeluang mendapat belas kasihan Allah di akhirat untuk diampuni. Namun bagi mereka yang telah lebih dahulu berbangga bercerita, mengiklan, promosi dan sebegainya sejak di dunia lagi, dibimbangi tidak cukup layak mendapat belas kasihan dan rahmat Allah serta pengampunannya.
KESIMPULAN
Segeralah memadam paparan minat dan keterlibatan terhadap apa jua aktiviti, tayangan, muzik, bacaan selain untuk Allah, Rasul dan apa yang mendekatkan diri kepada keredhaan Allah. Walau sebanyak, sedalam manapun minat, sejauh manapun keterlibatan, sembunyikan ia, bukan bertujuan untuk menipu manusia lain, tetapi agar dia tidak tergolong dalam kalangan berbangga dengan dosanya, mempromosi, membuka aib sendiri dan mengiklan kejahatan kepada orang lain.
Semaklah facebook anda, blog, website, forum dan sembangan harian agar tidak tersalah dan mempergandakan dosa.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
16 Jun 2010
Friday, June 18, 2010
aku dan aku
buat masa ni tak tahu apa nak diluahkan..
tabahkan hatiku..
kuatkan keimananku
berikan aku sinar kebahagiaan
berikan aku kekuatan
semoga aku dapat melupakan kisah yang silam
tambahkan kesabaranku
biarlah aku menjadi aku..
akan aku harungi separuh tahun kedua tahun 2010 ini dengan azam - jangan bergantung harap pada manusia..kelak manusia itu akan lari meninggalkan diri ini....apa ada pada kenangan??? peduli apa dengan kenangan yang lalu? apa perlu dikenang?
hmmm...aku pun tak tahuu...
tabahkan hatiku..
kuatkan keimananku
berikan aku sinar kebahagiaan
berikan aku kekuatan
semoga aku dapat melupakan kisah yang silam
tambahkan kesabaranku
biarlah aku menjadi aku..
akan aku harungi separuh tahun kedua tahun 2010 ini dengan azam - jangan bergantung harap pada manusia..kelak manusia itu akan lari meninggalkan diri ini....apa ada pada kenangan??? peduli apa dengan kenangan yang lalu? apa perlu dikenang?
hmmm...aku pun tak tahuu...
Sahabat
Sunyinya malam ini
Tiada bulan tiada bintang
Hanyalah kedengaran
Ombak dipantai
Hatiku tersusuk sayu dan pilu
Mengenangkan nasib diridirantauan
Kasih di mana dikau
Masihkah ada rindu
Hatiku seperti dulu
Jangan biar dia membeku
Mengharapcinta yang dipandu
Tak ingin ku sendiri lagi
Oh teman dimanakah dia
Tidak kelihatan
Ku tertunduk malu
Menjelma
Aku seperti dulu sunyi ( 2X )
Sepi diri ini aku sendiri lagi ( 2X )
Tiada bulan tiada bintang
Hanyalah kedengaran
Ombak dipantai
Hatiku tersusuk sayu dan pilu
Mengenangkan nasib diri
Kasih di mana dikau
Masihkah ada
Hatiku seperti dulu
Jangan biar dia membeku
Mengharap
Tak ingin ku sendiri lagi
Oh teman dimanakah dia
Tidak kelihatan
Ku tertunduk malu
Menjelma
Aku seperti dulu sunyi ( 2X )
Sepi diri ini aku sendiri lagi ( 2X )
dulu bila ada masalah, aku bercerita dengan kawan itu..tapi bila dia da menyombongkan diri..aku terpaksa menerima hakikat, hari-hari yang bakal aku lalui konfirm tak akan sama lagi macam dulu..inilah dia namanya kawan, bila ku sebut kawan marah la pulak, kawan sekadar ketawa bersama..kalau sudi nanges dan ketawa bersama namanya sahabat.. alangkah indahnya kalau memori dalam kepala ini semudah menekan butang delete dan semua fail yang tidak dikehendaki akan dibuang dalam memori..namun nasihat demi nasihat sering terngiang-ngiang dibenak kepalaku..inikah erti sahabat yang kau katakan? Ya Allah kuatkan la imanku..permudahkanlah kehidupanku..jadikan aku hambaMu yang beriman dan tahan diuji..
Sahabat…mengapa kau pergi
Tinggal aku sendiri
Kau tahu
Sahabat…ingat lah kau slalu
Jadi yang terbaik
Walau kau tak disini lagi
Sahabat…aku
Datang walau sesaat
Chorus:
Aku disini dan
Diam tanpa dirimu
Kau tahu ku tak bisa
Beranjak terbang dan melayang
apa jua yang berlaku, akan ku tempuhi dengan tabah..apa jua kata-kata orang akan kucuba telan.. telan dan telan..terima kasih sahabat kerana selama ini tak putus-putus memberikan semangat dan dorongan buat aku..pastinya aku akan tergulek dok kalau bukan kerana nasihat yang kau berikan..thank you for the sweet memory..
kunci kata untuk entry ini - telan apa orang akan kata..
Tuesday, June 15, 2010
doaku
Wahai tuhan,
Aku tak layak masuk syurgamu,
Namun tak pula aku sanggup ke nerakamu
Ampunkan dosa dan terimalah taubatku,
Sesungguhnya engkaulah pengampun dosa-dosa besar
Dosa-dosaku bagaikan pepasir dipantai
Dengan rahmatmu ampunkan daku m
Oh tuhanku
Wahai tuhan,
Selamatkan kami ini,
Dari segala kejahatan dan kecelakaan
Kami takut kami harap kepadamu,
Suburkanlah cinta kami kepadamu,
Kamilah hamba yang berharap belas darimu
Ilaahi lastu lilfirdausi ahla
walaa aqwaa 'alannaaril jahimi
fahabli taubatan waghfir dzunuubi
fa innaka ghoofiruddzambil 'adziimi
Dzunuubi mitslu a'daadir rimaali
fahablii taubatan yaa dzaljalaali
wa'umrii naaqishun fiikulliyaumi
wa dzambii zaa-idum kaifahtimali
Ilaahi 'abdukal 'aashi ataaka
muqirron biddzunuubi waqod da'aaka
fa in taghfir fa anta lidzaaka ahlun
wa in tadrud faman narjuu siwaka
terasa sekarang aku kehilangan seorangsahabat kawan..apa-apa pun semoga dia bahagia hendaknya..
Aku tak layak masuk syurgamu,
Namun tak pula aku sanggup ke nerakamu
Ampunkan dosa dan terimalah taubatku,
Sesungguhnya engkaulah pengampun dosa-dosa besar
Dosa-dosaku bagaikan pepasir dipantai
Dengan rahmatmu ampunkan daku m
Oh tuhanku
Wahai tuhan,
Selamatkan kami ini,
Dari segala kejahatan dan kecelakaan
Kami takut kami harap kepadamu,
Suburkanlah cinta kami kepadamu,
Kamilah hamba yang berharap belas darimu
Ilaahi lastu lilfirdausi ahla
walaa aqwaa 'alannaaril jahimi
fahabli taubatan waghfir dzunuubi
fa innaka ghoofiruddzambil 'adziimi
Dzunuubi mitslu a'daadir rimaali
fahablii taubatan yaa dzaljalaali
wa'umrii naaqishun fiikulliyaumi
wa dzambii zaa-idum kaifahtimali
Ilaahi 'abdukal 'aashi ataaka
muqirron biddzunuubi waqod da'aaka
fa in taghfir fa anta lidzaaka ahlun
wa in tadrud faman narjuu siwaka
terasa sekarang aku kehilangan seorang
Sunday, June 6, 2010
Selamat pengantin baru
selamat pengantin baru khas buat bos aku, Mr Balu yang baru melangsungkan majlis perkahwinannya sehari sebelum cuti Wesak..seminggu lepas itu kai di unit perdagangan sama-sama mengadakan majlis kenduri untuk bos..kenduri ala Melayu gitu sebab ada bunga pahar dan bunga rampai..Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat...
Jua tidak ketinggalan buat sahabat aku, anak rusa nani yang melangsungkan pernikahannya..(aku pun tak tahu bila) majlisnya hari ini disebelah pihak rumah perempuan..semoga perkahwinan kedua ini akan menjadikan anda lebih bertanggungjawab dan pandai-pandaila berlaku adil..hanya itu yang mampu aku katakan kerana aku pun hanya mengetahuinya dari orang lain..aku tak tau apa-apa dan malas pula nk bertanya itu ini..lepas ni boleh la aku letak jawatan sebagai setiausaha yang tak berapa rasmi yang tak bergaji ini....berkuat kuasa serta merta..huhuhuhuhu...
pada yang masih bujang dan dara, masa ini lah anda boleh mencari jodoh dengan menghadiri majlis perkahwinan..
Jua tidak ketinggalan buat sahabat aku, anak rusa nani yang melangsungkan pernikahannya..(aku pun tak tahu bila) majlisnya hari ini disebelah pihak rumah perempuan..semoga perkahwinan kedua ini akan menjadikan anda lebih bertanggungjawab dan pandai-pandaila berlaku adil..hanya itu yang mampu aku katakan kerana aku pun hanya mengetahuinya dari orang lain..aku tak tau apa-apa dan malas pula nk bertanya itu ini..lepas ni boleh la aku letak jawatan sebagai setiausaha yang tak berapa rasmi yang tak bergaji ini....berkuat kuasa serta merta..huhuhuhuhu...
pada yang masih bujang dan dara, masa ini lah anda boleh mencari jodoh dengan menghadiri majlis perkahwinan..
Wednesday, June 2, 2010
Untuk rasa lebih tenang
- Untuk rasa lebih tenang dan tenteram, berhentilah berharap pada orang lain. Sebab kalau kita berharap pada orang, nanti kita akan kecewa apabila harapan kita tu tak ditunaikan.
- Kita ni memang biasanya suka sangat meletakkan harapan dan berhajat pada pertolongan orang, terutamanya apabila dalam kesulitan.
- Ini silap besar. Islam tak ajar kita berharap pada makhluk.
- Islam menyuruh kita hanya meletakkan sepenuh harapan pada Allah. Sebab hanya Allah lah yang dapat membantu kita.
- Setiap hari, kita berikrar dalam solat setidak-tidaknya 17 kali mengatakan “Hanya kepada Allah kita sembah, dan kepada Allah sajalah kita mohon pertolongan.”
- Habis, apa perlunya lagi kita berharap dan meminta bantuan daripada manusia lain? Sedangkan manusia itu pun berharap pada Allah juga.
- Apabila kita berharap pada orang lain, orang yang kita harapkan tu tak dapat tunaikan hajat kita, maka kita pasti kecewa, kita bengang dan kita akan terasa hati. Sedangkan itu semua adalah salah kita. Siapa suruh kita berharap pada makhluk? Itulah akibatnya…
- Jadi untuk berasa lebih tenang dan bahagia, BERHENTILAH BERHARAP KEPADA MAKHLUK, sebab itu semua hanya akan menyesakkan dada dan menyakitkan jiwa. Kita pasti akan berasa sedih dan kecewa apabila harapan kita tidak ditunaikan.
- Sebaliknya, berharaplah pada Allah. Letakkan sepenuh harapan padaNYA dan yakinlah bahawa Allah pasti akan menunaikan hajat kita. Tak cepat, lambat. Kalau bukan di sini, insyaAllah di akhirat nanti Allah balas.
- Kalau pun, Allah tak tunaikan hajat kita, jangan sedih jangan gulana. Anggap sajalah bahawa Allah tak tunaikan hajat kita kerana mungkin disebabkan oleh kelemahan dan dosa-dosa yang kita telah lakukan.
- Yang penting, kita kena BERHENTI LAH BERHARAP PADA ORANG LAIN sebab ianya hanya akan mengecewakan hati anda. Percayalah. Saya dah banyak kali kecewa dan berkecil hati, sebab orang lain tak dapat tunaikan harapan saya. Sedangkan semua itu bukan salah mereka. Sebaliknya saya lah yang silap sebab mudah berharap pada orang lain. Akibatnya, saya yang kecewa dan kecil hati tak tentu pasal.
- Namun kini, saya hidup lebih tenang dan tenteram. Saya rasa lebih bahagia apabila saya berhenti berharap pada orang. Sebaliknya saya hanya mengharapkan bantuan dan pertolongan Allah pada saya. Saya yakin hanya Allah saja yang mampu bantu dan tolong selesaikan semua masalah dan tunaikan segala hajat keinginan saya. Alhamdulillah, saya rasa lebih tenang, aman, tenteram dan lebih bahagia….
Subscribe to:
Posts (Atom)
Nasihat buat kawan-kawan
pesanan dari sahabat
Kehidupan suatu cabaran, tabahkan hati menghadapi dugaan dan lawan. Bersedia mengkritik dan dikritik. Hadapi dunia luar dengan hati yang terbuka. Sentiasa belajar dan mendengar. Pasti hidup akan berjaya - insan terpilih
Popular Posts
-
Harini cuti am, sempena Deepavali..esok.kerja, lusa cuti, pastu kerja..alang-alang cuti banyak lagi, apa kata amik aje cuti. Kita balik Ter...
-
Nasi kawan aku belanja, cuba tengok ikan tu macam bentuk hati kan.. Sambil buat kerja, tengok email, lepas tu tengok facebook, pastu sambung...
-
Buah hatiku telah pun diservis semalam.. dan dihias seadanya.. bile kereta lalu je kat bumper maka bergedik-gedikla dia berpusing, sungguh c...
-
Terima kasih kepada sahabat yang mengirimkan doa ini.. mula-mula dia mms doa ni tapi disebabkan henponku tak berapa canggih maka tak dapatl...
-
Jumaat lepas kan first paper.. Sehari sebelum itu, sebelum balik rumah singgah jayen beli roti untuk sarapan sebelum paper.. sedap tau roti ...
-
Lamanya dah tak apdet, dah tak tahu apa nak tulis.. pikir punya pikir dari semalam dan pagi ni dari pagi sampai petang. Apa-apa pun aku nak ...
-
Seseorang yang sentiasa bergurau senda di hadapanmu, Ketahuilah dialah seorang pemurung tatkala sendirian.. Seseorang yang sentiasa me...
-
Aku tak sedia lagi untuk berubah.. bukan mudah untukku berubah.. berubah dari menyayangi seseorang kepada melupakan.. senang untuk dila...
-
Keadaan kaki tak berapa stabil, seolah-olah peha sedang membengkak macam peha gajah, betis semakin mengecut macam kaki bangau dan kaki pulak...
-
Pernah tak selama ni kalian berfikir, suatu masa nanti kita akan meninggalkan dunia ini, dalam istilah yang mudah, mati. Disana hanya kita s...