Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Blog ini ialah blog peribadi kepunyaan Su Purple..segala isi kandungan blog ini adalah luahan dan pandangan yang tulus ikhlas dari tuan punya blog..dan beberapa ilmu pengetahuan yang ingin dikongsi bersama pembaca sekelian..

Apa yang baik dikongsi bersama, apa yang buruk dijadikan pengajaran.

Thursday, March 11, 2010

Minggu lepas dalam sejarah - Berita Harian Online

Berita Harian Online | Ada apa dengan Nasha?


BENARKAH hati aktor bernama Fahrin Ahmad tidak lagi kekosongan? Mendung yang menyelubungi hati kecilnya setelah dua kali dikecewakan dua wanita bergelar selebriti itu kian berarak sejak kehadiran seorang wanita jelita bernama Nasha Aziz.

Sejak sama-sama menjayakan teater Antara, hubungan Fahrin dan Nasha didakwa kian intim. Keserasian yang wujud itu kononnya menyebabkan Nasha selesa menjadikan Fahrin tempatnya meluahkan segala kekusutan yang terbuku di hati.Bertemu dengan jejaka ini di jamuan Online Satay Party di Serai Satay Bar, Pavillion, soalan itu yang ingin sekali diajukan kepadanya. Reaksi pertama jejaka ini apabila nama pelakon cantik Nasha Aziz disebut hanyalah ketawa.

Dia memberitahu, seandainya benar dia dan Nasha bercinta, dia tidak akan menyembunyikan berita baik itu kepada pengetahuan umum. Malah, kebenaran itu juga boleh dikesan melalui nada suaranya.

Pelakon berasal dari Johor Bahru ini tidak menolak tarikan wanita jelita seperti Nasha. Sewaktu digandingkan dalam teater kontroversi itu, bukan sedikit rakan mencemburuinya. Dia sendiri mengagumi keindahan Nasha yang diciptakan Tuhan itu, namun hatinya masih belum terbuka untuk cinta.

“Nasha memang seorang wanita yang cantik. Dia dipuja ramai lelaki tetapi hati saya masih belum terbuka untuk cinta. Sampai masa saya akan bertemu wanita yang dihajati, hanya saya yang tahu wanita bagaimana diingini dan diimpikan.
“Kami jarang bertemu ketika filem Antara. Kami menjalani latihan berasingan, malah tempoh latihan pun tidak panjang cuma dua minggu saja. Kami hanya bertemu beberapa kali saja, jadi saya agak terkejut macam mana boleh timbul cerita kami kian rapat.

“Kalau benar saya dan Nasha bercinta, saya sendiri tidak akan merahsiakan hubungan itu. Mereka yang pernah mengikuti kisah percintaan saya tentu tahu sejarah saya jika berkawan dengan seseorang,” jelas Fahrin.

Biarpun hatinya kekosongan setelah dua kali kecundang dalam percintaan, Fahrin kelihatan begitu tabah. Tiada garis duka di wajahnya sebaliknya pancaran bahagia menyinari wajah kacaknya itu. Kata jejaka itu, sampai bila dia mahu membiarkan diri terus dibelenggu kesedihan.

Semua kejadian yang berlaku itu seakan ada hikmah. Walaupun diuji apabila terpaksa berpisah dengan wanita dicintai serta disusuli fitnah hingga mahu di bawa ke muka pengadilan, hidupnya terus dilimpahi rezeki yang murah.

“Hidup saya sangat gembira sekarang. Walaupun orang tengok dugaan yang menimpa saya tahun lalu sangat hebat, tetapi tahun itu juga saya dihujani tawaran menjadi duta produk untuk tiga jenama besar iaitu Celcom, Shell dan Garnier.

“Saya mahu membawa momentum itu tahun ini. Tiada sebab untuk saya berasa sedih, kehadiran peminat yang tidak putus memberikan sokongan juga salah satu kekuatan untuk saya. Majlis ini diadakan sebagai salah satu tanda terima kasih saya kepada mereka.

“Ia tidak akan berakhir setakat ini, saya akan merancang lebih banyak aktiviti lagi bersama-sama dengan mereka. Mungkin sebuah percutian, semuanya kini sedang dalam perancangan,” kata Fahrin.

Menolak jamuan itu diadakan untuk meraih simpati, jejaka yang tercalon dalam kategori Pelakon TV Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) itu menjelaskan dia menganjurkan majlis itu semata-mata untuk menghargai peminat yang menyokongnya menerusi laman sosial facebook. Laman berkenaan wujud sebelum kontroversi membabitkan dia dengan Linda Onn dan Scha tercetus.

Rancangan untuk mengadakan jamuan itu juga timbul kerana rasa tidak puas berkomunikasi dengan peminatnya di laman sosial itu. Justeru, dia mahu bertemu sendiri dengan peminat yang menjadi tempatnya meluahkan perasaan secara empat mata.

“Saya tidak setuju jika ada yang mengatakan jamuan ini dibuat untuk meraih simpati peminat. Saya adakan majlis ini setelah sekian lama memikirkan apakah majlis sesuai diadakan untuk membalas sokongan peminat yang sentiasa mengikuti perkembangan saya melalui laman sosial.

“Ini adalah permulaan, saya percaya aktiviti bersama peminat tidak akan berakhir di sini. Banyak lagi aktiviti yang ingin saya rancang untuk peminat, salah satu daripadanya ialah percutian bersama mereka,” katanya.

Kontroversi tak jejas minat

SERAMAI 20 peminat bertuah Fahrin yang terpilih menghadiri jamuan Online Satay Party kelihatan begitu teruja apabila kali pertama dipertemukan dengan idola mereka itu. Walaupun selama ini mereka hanya bertemu dan berkomunikasi di laman sosial, namun keakraban mereka dengan pelakon kacak itu umpama sahabat lama.

Salah seorang peminat Fahrin, Nadia Saliha Nasrudin, 21, berkata dia tidak mahu mencampur adukkan kontroversi dengan minatnya terhadap pelakon itu. Dia hanya mengikuti segala yang positif mengenai pelakon, pengacara dan model itu dan tidak mengambil peduli unsur negatif.

“Dengan adanya laman sosial seperti facebook, sekurang-kurangnya saya dapat bertanyakan sendiri kepada Fahrin apa sebenarnya yang berlaku. Setakat ini saya tidak mempunyai masalah dengan kontroversi membabitkan Fahrin. Saya akan tetap menyokong dia walau apa pun yang berlaku,” katanya.

Bagi Suhaily budak gile purple tu, 34, yang meminati Fahrin sejak awal kemunculan jejaka itu lagi, dia juga akan terus menyokong pelakon itu sampai bila-bila. Setiap manusia melakukan kesilapan dan sekiranya benar Fahrin bersalah, dia akan tetap menyokongnya.

“Melalui facebook saya dapat tahu dengan lebih terperinci apa yang berlaku kepadanya. Cerita yang keluar di akhbar tidak terlalu terperinci, tetapi di laman sosial saya dapat tahu kisah sebenar dengan bertanyakan sendiri kepada Fahrin kebenaran cerita itu,” katanya.

No comments:

Nasihat buat kawan-kawan

pesanan dari sahabat

Kehidupan suatu cabaran, tabahkan hati menghadapi dugaan dan lawan. Bersedia mengkritik dan dikritik. Hadapi dunia luar dengan hati yang terbuka. Sentiasa belajar dan mendengar. Pasti hidup akan berjaya - insan terpilih

Popular Posts