Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Blog ini ialah blog peribadi kepunyaan Su Purple..segala isi kandungan blog ini adalah luahan dan pandangan yang tulus ikhlas dari tuan punya blog..dan beberapa ilmu pengetahuan yang ingin dikongsi bersama pembaca sekelian..

Apa yang baik dikongsi bersama, apa yang buruk dijadikan pengajaran.

Saturday, January 23, 2010

bila berjumpa




raut wajahmu ku renung seadanya
aku diam namun tak bererti aku tunggul
dihati berbisik seribu persoalan
bagaimanakah harinya, bagaimanakah fikirannya
walau mulut terkunci tapi hati menjerit
menantikan reaksi yang bakal lahir dari sebuah pertuturan


tutur katanya ku fahami dan ku dalami
air wajahnya ku renung dengan kasih
tutur kata ku pelihara agar dia tidak tersinggung
sesekali gurauan berselang seli
agar keceriaan terbit di wajahnya
bukan duka nestapa dan dendam membara


air teh diteguk sesekali 
pabila perit dikerongkong melaung dahaga
tangan dilambai roti diminta
tanda perut mula tak selesa
minta diisi dengan segera


sambil mengunyah masalah ditanya
apakah patut aku lakukan
membiarkan atau menanganinya apakah ia
menyakiti atau disakiti
biarkan sahaja ianya berlalu
segala luahan terbuku didada 
nasihat dan pedoman diterima
dihujani fatwa dan fakta sebenarnya


jam berlalu terasa cepat
kata-kata harus dipendekkan
suapan harus dilajukan
masa menanti seterusnya
bersambung entahkan bila
disuatu masa yang sesuai
masih dengan agenda yang sama
masalah dikongsi bersama
demi memajukan diri ini
memantapkan iman dan ilmu didada
sambil berkongsi pengetahuan dan ide


jumpa lagi..

6 comments:

Tie HT said...

haah la,masa bertambah pantas..penat nak kejar masa..

(¯`•._.•è-Nαβ•._.•´¯) said...

ermmm... bermonolog.. dan aku membacanya.. hehehe

Purpleheart said...

Tihara,
letih nak kejar kan..

Ks4,
tiba2 je datang ide.. hihihihi...

qamarguyz said...

salam ziarah..
huhU..kat cni pun da m0nolog jiwa rupenya ;) nice!

Masy said...

penat nk kejar huhuhuuhuuh

Purpleheart said...

Azrai,
sesekali, hehehehe..

Masy,
penat kejar, naik kete kejar.. hehehehe..

Nasihat buat kawan-kawan

pesanan dari sahabat

Kehidupan suatu cabaran, tabahkan hati menghadapi dugaan dan lawan. Bersedia mengkritik dan dikritik. Hadapi dunia luar dengan hati yang terbuka. Sentiasa belajar dan mendengar. Pasti hidup akan berjaya - insan terpilih

Popular Posts