Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Blog ini ialah blog peribadi kepunyaan Su Purple..segala isi kandungan blog ini adalah luahan dan pandangan yang tulus ikhlas dari tuan punya blog..dan beberapa ilmu pengetahuan yang ingin dikongsi bersama pembaca sekelian..

Apa yang baik dikongsi bersama, apa yang buruk dijadikan pengajaran.

Saturday, October 24, 2009

Kerja dan belajar

Beberapa hari lagi aku akan berhadapan dengan peperiksaan final, semester yang akhir.

Pastinya cabaran itu bukan sekadar dari buku yang akan dibaca, tapi macam-macam cabaran yang terpaksa dihadapi. Betul la kata pepatah, bukan senang nak senang..

Peperiksaan jatuh pada awal bulan, dimana dipejabat awal bulan adalah minggu-minggu yang sangat sibuk. Ditambah pula dengan salah seorang rakan sekerja cuti mengerjakan haji, tak akan aku pun nak lepaskan tangan juga. Kasihan la kakak-kakak yang lain.. mau pitam macam ni. Atas budi bicara pegawai aku, aku dibenarkan juga cuti, tapi sehari.

2hb - paper
3hb - kerja
4hb - dapat cuti
5hb - paper
5hb - kerja
7 dan 8hb - paksa ot
9hb - paper pagi, lepas tu datang opis
10hb - hebahan angka

Tu lah kadang kala dugaan macam ni, nak tak nak kena juga terima. Walaupun belajar, kerja juga penting. Kalau tak kerja, macam mana nak belajar, kan?

Semester akhir, aku bawa paper yang akhir-akhir dan pastinya papernya pun cukup teruja dan merangkumi hampir keseluruhan paper yang pernah dipelajari. Kekuatan minda, kekuatan akal, kekuatan fizikal, kekuatan hati, kecekalan emosi perlu dikawal dengan seimbang agar hari peperiksaan nanti minda tidak diganggu gugat.

Belajarla sedaya upaya aku kerana aku tak mahu lagi tengok buku tu semester akan datang. Jumpa lagi pensyarah dengan subjek yang sama. Sama sekali tidak! Sambil tu aku fikirkan, bila dah kena ulang lagi subjek yang sama, pastinya kena siapkan yuran lagi dan juga duit minyak dan tol lagi melayang.

Aku kena yakinkan diri yang aku boleh. Selama ini aku telah pun diduga dengan berbagai-bagai cabaran, aku masih boleh menyambung pengajian aku. Aku masih ada 2 minggu lagi untuk merealisasikan impian aku untuk berjaya, insya Allah.

Insan-insan yang pernah membantu dan ada juga yang pernah melukakan, terima kasih atas sokongan dan dorongan kalian pada aku. Sahabat yang baik, adakalanya bukan selalunya akan konsisten, sesekali dia juga akan menunjukkan belangnya. Biarlah dia dengan caranya, asalkan dia bahagia dengan caranya. Namun aku tak pernah menyesal mengenalimu, bahkan aku sentiasa berdoa agar kau akan diberikan hidayah, dipermudahkan segala urusan dan tugas harianmu.

Insan yang pernah berkongsi kehidupan, adakah dikau berjaya bertemu dengan kebahagiaan yang kau cari selama ini? Semoga lepas ini kau akan bertemu lagi dengan pilihan hidupmu, yakin boleh. Yang pasti pasangkan niat untuk mendirikan sebuah kehidupan bukan semata-mata melampiaskan nafsu semata-mata. Mendirikan sebuah kehidupan perlu berlandaskan sumber-sumber yang diberi dengan cara yang betul. Jangan lagi asyik mengejar sesuatu yang tak pasti diluar sana, pelihara institusi kekeluargaan dengan lebih utuh lagi agar suasana akan lebih bermakna.

Insan-insan yang kukenali dialam maya, sesungguhnya mengenali kalian banyak membuka minda dan pengetahuan buatku. Tatkala dulu aku berkongsi pengalaman suka duka bersama, kalian tak jemu-jemu memberikan pendapat. Aku bahagia aku menjadi bloggers, kalaula aku mengenali blog ini lebih awal dulu pasti blog aku penuh dengan gambar aku dan si dia yang ketika itu masih kasih mengasihi. Pendek kata, apa yang terbuku dihati dengan mudah dapat diungkaikan dalam blog ini, kan?

Akhir kata, aku bersyukur hingga sekarang kerana aku masih mampu bertahan, masih mempunyai insan tersayang bergelar ibu dan juga kerjaya. Akan aku pertahankan hak aku sebagai wanita muslimah yang kebal menahan segala cabaran dan dugaan dizaman ini. Aku tak akan hanyut sama sekali dengan arus kemodenan sekarang, insya Allah. Aku takut pada Dia. Aku takut pada siksaanNya. Aku tak mahu menjadi insan yang menyesal dikemudian hari. Marilah kita berhijrah ke arah kebaikan..

Sekian dahulu buat masa ini, aku perlu mengulangkaji pelajaran dan membuat soalan semester lepas.

Salam

2 comments:

Bunga Rampai said...

Yakin boleh kerana Dia tidak sukakan orang-orang yang cepat berputus asa!

Dan bersabarlah dengan ujianNya kerana sabar adalah senjata mukmin dalam perang jiwa.

Mudah-mudahan semua doamu makbul.

Salam :)

Purpleheart said...

Time kasih bunga rampai.. sekarang ni memang kena betul2 kuat dan kental dari segi fizikal, mental dan emosi.. Hehehehehhe..

Nasihat buat kawan-kawan

pesanan dari sahabat

Kehidupan suatu cabaran, tabahkan hati menghadapi dugaan dan lawan. Bersedia mengkritik dan dikritik. Hadapi dunia luar dengan hati yang terbuka. Sentiasa belajar dan mendengar. Pasti hidup akan berjaya - insan terpilih

Popular Posts