
Salam semua.. seminggu ni aku rasa sesak sangat akibat aku terlalu sibuk.. Rabu malam ada kelas, Khamis pun kelas, Jumaat ada kelas.. Sabtu dan Ahad kena datang opis buat kerja.. Isnin pun ada kelas lagi.. begitu juga Rabu, Khamis dan Jumaat..
Adakalanya terasa rindu sangat nak menjengah blog kawan-kawan.. bila waktu malam sekadar tengok fesbuk, tak larat nak tengok blog dah.
Bayangkan belajar topik bab 5 hari Rabu.. hari Isnin berikutnya dah kena buat presentation bab tu jugak.. Nak buat esok (Khamis), ada kelas. Jumaat pun ada kelas juga. Sabtu dan Ahad pulak kena OT dari 8 pagi sampai 6 petang.. Bila masa laa aku nak buat asaimen. Maka Sabtu malam tu sambil tengok Festival Filem, aku buat assignment aku sampai 3 muka surat. Esok malamnya bila aku nak sambung semula buat asaimen, file tak boleh dibaca! Huuuaaaaaa.... esok petang nak present. Jadi pagi-pagi aku ke pejabat.. seawal jam 7 aku dah sampai opis. Mujurla aku sempat siapkan powerpoint walaupun laporan aku tak sempat siap. Maka, aku telah diwarning oleh puan lecture untuk menyiapkan laporan asaimen aku esok. Terpaksala aku balik lewat hari ini. Apasal pulak la pc rosak disaat-saat ini.. sabar...
Begitu juga dengan hp kesayanganku pun tak mau nak on, mujur mak ada hp, maka dipinjamkan kepada aku.. sabar...
Sesungguhnya sabar itu separuh dari iman.. aku masih boleh guna pc di pejabat, juga hp pun masih boleh ber'sms' dan calling..