Dah lama semput tak attack. Kali ni memang dahsyat juge. Bìasa sekali masuk gas dah ok. Ni 2 kali. Tak cukup dengan gas, inhaler lg..
Apa-apa pn sakit itu kan penghapus dosa kecil kan..bukan senang kan..
disebalik keindahan terselindung kepiluan..namun disebalik kepiluan pastinya ada hikmah yang Allah jadikan..
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Blog ini ialah blog peribadi kepunyaan Su Purple..segala isi kandungan blog ini adalah luahan dan pandangan yang tulus ikhlas dari tuan punya blog..dan beberapa ilmu pengetahuan yang ingin dikongsi bersama pembaca sekelian..
Apa yang baik dikongsi bersama, apa yang buruk dijadikan pengajaran.

Monday, January 23, 2012
Sakit itu penghapus dosa
Saturday, January 21, 2012
Allah tolong lembutkan hati dia
Allah tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku
Allah aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku
Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta Agung
Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku
Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti
Allah tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku
Allah aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku
Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta Agung
Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku
Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti
Allah tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku
Thursday, January 19, 2012
Doaku padaMu Allah
"Ya Allah, aku berlindung kepada Mu dari azab kubur, aku berlindung kepada Mu dari azab neraka jahannam, aku berlindung kepada Mu dari fitnah kehidupan dunia dan kematian, dan berlindung kepada Mu dari al-masih Dajjal"
Ya Allah berikan padaku ketenangan jiwa..
sesungguhnya aku tidak sama sekali berniat serong sesama manusia
hanya keikhlasan yang aku berikan
sementara aku masih bernyawa..
Ya Allah, andai ini yang kau uji pada diriku
berikan padaku kesabaran agar aku dapat mengingatiMu selalu
sesungguhnya ujian ini amat berat bagiku
berikan padaku kekuatan agar aku dapat menghadapi ujianMu
dengan penuh ketaqwaan..
Benar kataMu ya Allah,
pada akhir zaman, fitnah, dusta dan pembohongan semakin berleluasa
isteri tidak lagi hormat pada suami
anak derhaka pada ibu bapa
perempuan berpakaian seperti telanjang
ramai orang soleh meninggal dunia
ramai yang suka memutuskan silaturrahim, dan banyak lagi
Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku ini
selagi pintu taubatMu masih terbuka
aku tak akan putus untuk bertaubat padaMu
dan kubimbing insan2 yang lain agar sama-sama kita
mengecap nikmat syurga disana..
Wednesday, January 18, 2012
Tuesday, January 10, 2012
Pesan memesan
Dulu aku selalu pesan pada abangku,
solat awal waktu..
pahalanya lebih..
lebih afdal lagi jika ditunaikan awal..
Dan abangku juga sering pesan padaku
adik, selamat menunaikan solat..
adik pun jangan solat lambat2 ye
sebaik-baiknya solat berjemaah
dan aku menurut katanya
begitu juga dengan bab aurat
adik, kenapa tak pakai stokin
dan selepas ini aku rasa bersalah
kalau aku solat lambat
kalau aku lupa pakai stokin
kerana melupakan nasihat abangku
maafkan adik
kalau adik bersikap kurang ajar
menegur sikapmu semalam
kerana hati ini rasa serba salah
kalau adik tak tegur kesilapanmu..
solat awal waktu..
pahalanya lebih..
lebih afdal lagi jika ditunaikan awal..
Dan abangku juga sering pesan padaku
adik, selamat menunaikan solat..
adik pun jangan solat lambat2 ye
sebaik-baiknya solat berjemaah
dan aku menurut katanya
begitu juga dengan bab aurat
adik, kenapa tak pakai stokin
dan selepas ini aku rasa bersalah
kalau aku solat lambat
kalau aku lupa pakai stokin
kerana melupakan nasihat abangku
maafkan adik
kalau adik bersikap kurang ajar
menegur sikapmu semalam
kerana hati ini rasa serba salah
kalau adik tak tegur kesilapanmu..
Saturday, January 7, 2012
Putus sahabat!
Setiap dari kita pasti ada teman istimewa kan..
dan pastinya dalam persahabatan pasti ada pertelingkahan, kan?
pagi tadi aku terbaca kisah seorang sahabat yang malang yang ditinggalkan sahabatnya..untuk kali ke 4!
kawan - putus - kawan - putus - kawan - putus - kawan - putus!
kenapa jadi macam tu? kalau benar-benar sahabat pastinya tak akan putus sampai bila2 kan?
dan pastinya akan terima kelebihan dan kelemahan sahabat itu seadanya kan?
sebab sahabat itu pun manusia biasa, pastinya ada kekurangan dia..
kenapa mesti putus terus kan?
tak sayang ke nilai persahabatan itu..
kalau suatu hari nanti, aku terima sms dari seorang sahabat aku..
dia berkata
kita terpaksa berpisah (lagi)..harap faham dengan keadaan saya..
apa nak kata ye..
a) ok bye..
b) dah agak dah..ni dah kali ke 3 kan macam tu..
c) sampai hati awak, awak ni cakap dari hati ke cakap suka mulut awak aje
d) meh sini aku nak sepak kau sebelum kita putus
e) kenapalah aku jumpa dengan kau ni..serius awak ni tak ada pendirian langsung!

Friday, January 6, 2012
Maki dan dimaki
Anda dengar orang memaki, Anda akan dijangkiti fikiran negatif.
Anda memaki, Anda akan menjadi orang berfikiran negatif.
Jika Anda melakukan kedua-duanya, itu petanda Anda orang yang berfikiran negatif. Kesannya dalam jangka masa panjang, Anda akan suka memandang negatif terhadap sesuatu perkara.
Orang yang berfikiran negatif suka memaki-maki. Mereka buat gitu untuk menunjukkan mereka hebat, untuk menunjukkan mereka kuat, supaya sesiapa saja takut ngan mereka.
Sikap memaki-maki ni menarik kesusahan masuk ke dalam hidup sendiri dan sikap ni susah nak dibendung. Bila kesusahan melanda, sikap yang sama akan menarik lebih banyak lagi kesusahan. Selepas itu kesusahan lain akan muncul untuk menambah lagi kesusahan sedia ada.
Jika Anda suka memaki-maki, latih diri untuk kawal sikap itu untuk kebaikan diri Anda sendiri.
Jika anda mendengar orang memaki-maki atau Anda kena maki, istighfar cepat-cepat supaya Anda tak naik marah atau berdendam dengan orang yang memaki tu. Bila kita simpan dendam lama-lama, kita yang befikiran positif ni pun akan bertukar jadi negatif.
Sikap memaki-maki ada di mana-mana, bahkan ada dalam diri kengkawan kita.
Jika Anda dimaki, apa yang akan Anda buat?
Maki balik atau diam saja?
copypaste dari imotivasi.net
Rasa aku, diam aje la.. dilayan tak pasal-pasal jadi gaduh..lagi haru perang dunia ke 3..
lagipun maki ini menunjukkan mentaliti seseorang yang rendah
kenapa kita perlu ikut..
pesanan dari kawan fb aku, jangan sesekali meletakkan diri kita lebih rendah dari orang yang memaki hamun kita..
berani kerana benar..
ada bran??

Wednesday, January 4, 2012
Life must go on
selalu ungkapan ini disebut pabila kita ditimpa sesuatu malapetaka atau musibah
dan kata-kata yang selalu ku ungkapkan.. apa juga yang berlaku pasti ada hikmahnya
dan Allah sahaja yang tahu apa yang berlaku ini kerana kita hanyalah hambaNya yang lemah
kak Ina, tabahkan hatimu kak..
dari bulan 5 tahun lepas kak Ina menjadi penghuni setia di PPUM selama 7 bulan..dua kali pembedahan untuk membuang sel kanser di pipinya.. selepas itu rawatan kimoterapi sebanyak 35 kali dijalankan..
sekian lama aku tidak mengunjunginya, akhirnya semalam aku diberi kesempatan..
Kak Ina, tabahkan hati ye..sentiasa ingat pada Dia..sesungguhnya sakit itu menghapus dosa-dosa kecil..
itu kak Ina..bagaimana dengan kita, tak sempat nak buang dosa, dosa baru bertambah..
sesungguhnya ingatlah 5 perkara sebelum 5 perkara..

Monday, January 2, 2012
Penawar oh penawar
dimanakah dikau penawar..
ubatilah diriku yang kesakitan
ubatilah diriku yang kesakitan
Aku kuat
Jumaat lepas aku makan tengahari di Shah Alam, makan ayam penyet.. lepas aku mendapat khabar sedih, terus seleraku tutup..
malam tu aku tak jamah sedikit pun makanan..tak lalu sungguh nak makan..
Sabtu, rasa hatiku nak pergi ke ceramah Dr Muhaya berkenaan dengan kehidupan tapi mak ajak aku ke Sg Buloh melawat makcik, kasihan makcik aku tak ada sapa nak bawak dia ke pasaraya. Barang dapur semuanya dah habis.
Mak busu belanja nasi kukus utara. Sekali lagi aku terus tak berselera. Sekadar menjamah buah prun sebiji dan segelas milo. Entah mengapa aku tak lalu nak makan
Petang tu kawan aku Linda mengajak aku ke Kulai..malam itu juga.
Aku memohon restu dari mak untuk membenarkan aku turut serta..
Malam itu selepas pukul 10 aku berangkat ke Shah Alam..
Bagi memberikan tenaga aku mengambil 2 biji coklat dan air milo sebelum berangkat..
Aku memandu dari Shah Alam ke RnR Seremban..dari jam 12.30 - 1.40.. ya Allah mengantuknya..
Dari jam 1.40 - 2.55 aku terlena dalam kereta sementara kawan aku pergi menunaikan solat Isyak..
Aku dikejutkan dengan puluhan mat motor yang cuba melarikan diri dari sekatan polis..terkedu seketika dengan deruman motor kiri dan kanan, aku terasa malu untuk tidur..
Jam 3.30 aku bergerak meninggalkan RnR Seremban menuju ke Kulai..
Jam 5.50 aku singgah di RnR Machap, bersiap2 mandi, solat dan sarapan pagi.. disebabkan semalam aku cuma makan buah dan minum milo aku mengambil sarapan ringan..
Perjalanan diteruskan lagi selepas jam 7.30 menuju ke exit Senai Utara..ke Johor Premium Outlet.. sampai dalam sejam selepas itu, memandangkan premis belum lagi dibuka, kawan-kawanku mengajak aku ke McD..setelah berpusing hampir 1/2 jam barulah aku ketemu.. Sekali lagi aku mohon ampun, aku sungguh tak berselera untuk menjamah apa2 pun..
Setelah beberapa jam di McD bersarapan berfb dan berblog, kami membawa haluan ke Johor Premium Outlet pada jam 11..
Sah la bukan tempatku..tapi sekadar ingin tahu..cukuplah sekali sampai ke sana.. harga tetap mahal walaupun diskaun 70% sekalipun..
Jam 1.20 kami merancang ingin ke Desaru..tapi...119 km lagi..jauh lagi tu..terpaksalah dibatalkan.. dan kami membawa haluan ke Ayer Hitam..dalam perjalanan kami singgah di tepi jalan..makan cendol pulut...ya Allah sedapnya..licin aku makan..
Dalam perjalanan ke Ayer Hitam terasa penat sangat..sempatlah aku tidur 20 minit.. sungguh-sungguh aku mengantuk...
Kat Ayer Hitam panas, terasa macam nak pitam..mungkin aku kurang air..cepat-cepat minum.. mujur lah minum boleh cuma makan aje tak selera..tapi cendol laju la pulak...sedap kut...
Lepas beli apa yang patut, aku pun berangkat pulang..singgah seketika di RnR Pagoh bagi menunaikan solat..sempatlah aku pejam mata 10 minit..
Dari jam 3.30 aku memandu lagi menghala ke arah Shah Alam melalui jalan ke KLIA..ya Allah mengantuknya penatnyaa...
Sampai Shah Alam jam pun menunjukkan angka 7.20..
memandu dengan sangat hati-hati, maklumlah seorang..mengantuk pulak..
sampai ke rumah..macam-macam lauk ada tapi..entah la aku kenapa susah nk makan..
rasanya tidur lebih nikmat dari makan..
Don't worry walaupun aku tak makan...rasanya aku kuat..
babai Kulai..tak sempat nak singgah jb..

Sunday, January 1, 2012
Aku merinduimu
Pada diriku ini yang hina..
ingin kukatakan padamu
aku amat merinduimu
apapun masalah yang menimpa
marilah kita muhasabah
serta berbincang..
janganlah sesekali kau jauhkan diri dariku..
please..
aku menderita kehilangan dirimu
kata-kataku yang tulus dari hati kecilku
jangan lupe baca
ALLAHUMMA YASIR WALA TU A'SIR

Subscribe to:
Posts (Atom)
Nasihat buat kawan-kawan
pesanan dari sahabat
Kehidupan suatu cabaran, tabahkan hati menghadapi dugaan dan lawan. Bersedia mengkritik dan dikritik. Hadapi dunia luar dengan hati yang terbuka. Sentiasa belajar dan mendengar. Pasti hidup akan berjaya - insan terpilih
Popular Posts
-
Harini cuti am, sempena Deepavali..esok.kerja, lusa cuti, pastu kerja..alang-alang cuti banyak lagi, apa kata amik aje cuti. Kita balik Ter...
-
Nasi kawan aku belanja, cuba tengok ikan tu macam bentuk hati kan.. Sambil buat kerja, tengok email, lepas tu tengok facebook, pastu sambung...
-
Buah hatiku telah pun diservis semalam.. dan dihias seadanya.. bile kereta lalu je kat bumper maka bergedik-gedikla dia berpusing, sungguh c...
-
Terima kasih kepada sahabat yang mengirimkan doa ini.. mula-mula dia mms doa ni tapi disebabkan henponku tak berapa canggih maka tak dapatl...
-
Jumaat lepas kan first paper.. Sehari sebelum itu, sebelum balik rumah singgah jayen beli roti untuk sarapan sebelum paper.. sedap tau roti ...
-
Lamanya dah tak apdet, dah tak tahu apa nak tulis.. pikir punya pikir dari semalam dan pagi ni dari pagi sampai petang. Apa-apa pun aku nak ...
-
Seseorang yang sentiasa bergurau senda di hadapanmu, Ketahuilah dialah seorang pemurung tatkala sendirian.. Seseorang yang sentiasa me...
-
Aku tak sedia lagi untuk berubah.. bukan mudah untukku berubah.. berubah dari menyayangi seseorang kepada melupakan.. senang untuk dila...
-
Keadaan kaki tak berapa stabil, seolah-olah peha sedang membengkak macam peha gajah, betis semakin mengecut macam kaki bangau dan kaki pulak...
-
Pernah tak selama ni kalian berfikir, suatu masa nanti kita akan meninggalkan dunia ini, dalam istilah yang mudah, mati. Disana hanya kita s...