Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Blog ini ialah blog peribadi kepunyaan Su Purple..segala isi kandungan blog ini adalah luahan dan pandangan yang tulus ikhlas dari tuan punya blog..dan beberapa ilmu pengetahuan yang ingin dikongsi bersama pembaca sekelian..

Apa yang baik dikongsi bersama, apa yang buruk dijadikan pengajaran.

Wednesday, April 8, 2009

Sibuknya

Hp dah seminggu tak bercoverage.. pada semua yang telah/ada menghantar sms ataupun membuat panggilan, harap maaf ye.. hp aku telah pinjamkan pada seorang kawan yang sangat memerlukan.. dan sim kadnya pun terbagi juga kat dia.. rasa kesian kat dia dan pastinya aku tak sampai ati untuk membiarkan kawan aku terkontang kanting dengan hp yang rosak..

Sekarang ni tengah sibuk dengan kerja dan juga belajar, final exam tinggal 2 minggu lagi.. paper pertama 24 April ni, paper MIS (Mgmt Information System) - dah 2 kali amik, so kena buat sungguh-sungguh.. Isnin depan paper Business Finance, satu hapa pun tak tahu apa yang aku belajar, tak hafal apa-apa pun lagi formula, baru nak start dan akhir sekali paper Law and procedure of Meeting, minggu depan ada test, ni yang sibuk pulun ni.. esok ada test Access, mungkin lepas kerja try buat latihan Access sedikit sebanyak..

Semalam dapat surat dari SPA, dapat temuduga sebagai Penolong pegawai perhubungan perusahaan pada 22 April ni.. alhamdulillah syukur.. kena juga buat preparation, mintak surat pengesahan ketua jabatan, ringkasan kenyataan perkhidmatan dan laporan penilaian prestasi, kena buat resume bergambar, dan juga potostet segala sijil-sijil yang ada untuk dibawa. Dan yang penting sekali pengetahuan umum mengenai jawatan ini yang aku dah amik subjek paper ni 6 tahun lepas.. kena cari gak buku ni..

Doakan diriku ini ya..

9 comments:

RaFFLeSiA MeRaH said...

gudluck....moga berjaya interview tu nanti....sori lame x menjengah blog sue....

jinggo said...

salam.....
semoga berjaya.......

CuTeMiUt78 said...

slam kak sue..tahniah ya.. apapun semoga berjaya dan dipermudahkan semua urusan. Insyallah

Mrs.A said...

salam sue... baik sungguh hati sue... semoga persahabatan sue dengan dia kekal ke akhir hayat... good luck for the exam dan interview...

McBudu said...

Good Luck Puan Penolong pegawai perhubungan perusahaan ! You surely will make it!

Masy said...

gudlak kak :)

ezad said...

waa.. dpt gi interview.. best laaa

Bunga Rampai said...

Moga berjaya cemerlang untuk peperiksaan dan temuduga. Buat baik-baik.

Salam :)

Purpleheart said...

Rm,
tak pe nya.. sume pun sibuk kan.. hehehehe..

Jinggo,
time kasih banyak2...

Cute,
doakan ye.. time kasih banyak2...

Minnie,
kawan punya pasal, aku try tolong macam mana pun..

McBudu,
alaaahai malu dengar...

Masy,
tq, tq...

Ezad,
lama dah aku tak kena intebiu.. seram weh..

Bunga rampai,
time kasih, doakan untuk kedua-duanya ye...

Nasihat buat kawan-kawan

pesanan dari sahabat

Kehidupan suatu cabaran, tabahkan hati menghadapi dugaan dan lawan. Bersedia mengkritik dan dikritik. Hadapi dunia luar dengan hati yang terbuka. Sentiasa belajar dan mendengar. Pasti hidup akan berjaya - insan terpilih

Popular Posts