
terima kasih matahari di lautan... kerana mendengar masalah aku..
Semoga mendapat pengganti yang lebih baik..
Semoga mendapat jodoh yang lebih baik..
Semoga mendapat insan yang sudi menyayangi dirimu..
Itu antara ucapan-ucapan yang aku terima ketika aku menjadi solo beberapa tahun lepas. Dan ucapan itu masih lagi sama. Terima kasih semua kerana mendoakan untuk aku..
Kini muncul seorang lelaki yang tiba-tiba menyayangi diri ini. Pada mulanya agak kalut juga kerana insan ini telah lama ku kenali. Namun, dugaan demi dugaan menimpa aku setelah dia 'declare' akan cintanya pada aku.
Dulu, aku benci nak jumpa dengan dia sebab dia selalu perli aku. Dah ada diploma nak ke ijazah tapi kerja kerani jugak, penat aje belajar. Sekarang ni dia dah ada ijazah, tapi sibuk nak kerja kerani atau opis boy asalkan dapat keje gomen.
Aku dah pulangkan paku buah keras, tapi dia kata dia nak kerja gomen gak tak kira mana-mana pun. Yang terkini, dia kata dia nak kerja luar dari selangor nak cuba nasib. Keje kat selangor ni payah.. sebenarnya kat selangor la paling senang, kalau tidak tak kan orang dari negeri lain datang sini nak keje, dia asal orang selangor nak pegi cari keje kat tempat lain.
Sebelum ni aku memang tak ada hati pada dia sebab aku anggap dia macam kawan biasa, tapi atas nasihat orang yang lebih tua untuk memberi peluang kepada dia, aku akur juga. Tapi kalau dah macam ni, awal-awal dia tunjukkan keras kepalanya, bagaimana harus aku berdiam. Tak apalah, kalau ada jodoh adalah..kataku. Dia kata aku pulak tak sudi nak terima cintanya. Aku kata bukan macam tu, ko suruh aku tunggu kau 2 tahun untuk kau perbaiki hidup kau, dalam masa 2 tahun macam-macam boleh berlaku.
Bila dia kata dia nak keje luar selangor, aku tanya kenapa, dia kata aku tak percaya pada dia dan tak support dia. Huh, pening kepala aku..
Sudahnya aku kata, suka hatila apa kau nak buat, asalkan kau bahagia.
Dia kata aku nak larikan diri dari dia dan nak tolak cinta dia. Isy apala dia pikir ni.
Huh, tak larat aku nak melayan dia. Mati aku melayan perasaan dia yang kacau ni.
Hari ini..
Tatkala jam melepasi pukul 11 pagi, aku menerima panggilan dari hospital mata. Cik, cermin mata cik dah lama siap, bila nak ambil. Dah nak dekat 3 bulan cermin mata ni siap. Aduhai, boleh pulak aku lupa nak ambil cermin mata yang aku buat bulan 9 lepas. Aku pikir-pikir balik kenapa ye? oo, duit cermin mata aku, aku pinjamkan kat kawan aku yang nak pegi outstation. Patutla aku lupa..
Terpaksa aku bagitahu hospital mata, miss jangan lupuskan cermin mata saya. Saya ambil tahun depan ye.. tahu la dah 3 bulan 20 hari.. tapi tuannya masih lagi nak cermin mata tu.
Salam tahun baru semua..