
Pada orang Petaling Jaya, bangunan ini memang gah sejak dulu lagi. Ketika awal 80an ketika usiaku baru 4 atau 5, tempat ini paling suka aku kunjungi. Ada kedai mainan.. kedai mainan dan kedai mainan. Itu ajelah yang aku tahu masa tu. Bila dah sekolah menengah, kat situ juga tempat menyinggah sebelum atau selepas ke kelas tuisyen atau lepas habis sekolah. Dan juga tempat berjumpa pakwe.. hehehehehe..
Lepas habis sekolah, sesekali tempat ini pasti dikunjungi juga kerana pasarayanya yang berbagai-bagai dan kedai buku yang besoo yang seronok dikunjungi. Juga tempat pertemuan kawan sekolah aku kerana dia bekerja di restoran sikeret resepi. Hampir selalu aku kesana kerana dia rajin belanja kek.
Lepas kawen, aku jarang mengunjungi kerana sipolan lebih suka ke tes, jusc dan myd. Lepas bercerai, tempat ini dijadikan lokasi untuk bertemu dan memberikan surat saman, hehehehehe.. begitu sinonimnya tempat ini pada aku. Dan runtuhnya bangunan ini tak akan menjadikan aku lupa pada kenangan disana. Situlah aku mengenal dunia Petaling Jaya..