Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Blog ini ialah blog peribadi kepunyaan Su Purple..segala isi kandungan blog ini adalah luahan dan pandangan yang tulus ikhlas dari tuan punya blog..dan beberapa ilmu pengetahuan yang ingin dikongsi bersama pembaca sekelian..

Apa yang baik dikongsi bersama, apa yang buruk dijadikan pengajaran.

Tuesday, March 3, 2009

Henponku tersayang


Semalam pergi jayen, pergi bawa henpon tersayang jumpa pakar. Semenjak dua ni top up aje, cepat sangat abisnya. Nak kata aku ni selalu sms tak juga. Aku telah pun bertukar ke telco yang lain daripada X kepada hepi. Besh juga sebab kadar panggilan yang murah dan sms pun murah kalau banding dengan cap X. Huuu, balik semula kepada cerita asal, tak kan asyik nak top up je kan kerjanya. Aku kol syarikat telco yang bertanggungjawab, dia kata henpon ada virus sebab banyak sangat sms yang dihantar ke Perancis. Ya Allah sapa pulak yang ada kat perancis yang aku nak sms. Ok, langkah pertama aku keluarkan memory card.

Seminggu lepas tu masih juga ada sms ke Perancis. Parah la macam ni. Itu yang semalam aku pergi jumpa pakar tu. Ok kak,kena formatkan henfon ni, so kena clearkan apa-apa mesej dan gambar yang ada. Sms pun kena padam. Ya kak.. Macam mana nak simpan sms yang ada ni.. Penting sangat ke sms ni.. Angguk (maksudnya ya sangat-sangat!) Ok, akak transfer ke buku nota.. Haa, tak boleh ke sim kad ke.. Dia pulak angguk mungkin jawapannya yalah apa lagi..

Sayu aje keluar dari kedai henpon sambil memegang henpon kesayanganku yang tiada bandingan. Sms dalam simpanan ada 179, nak tulis satu-satu? Bila nak abis? Dah la petang ni ada test, assignment Cik Sarina suruh buat pun tak buat-buat juga. Kalau dah lecture suruh tulis balik presentation yang kumpulan lain buat tu pastinya ada sebab, kan. Soalan final ke, soalan favourite ke, kan..

Sebelum tidur, aku baca kesemua sms yang ada, dari bulan julai 2008, masa beli henpon tu sampai sekarang ada aje sms yang disimpan. Persoalannya bila nak transfer ke buku nota? Dalam tak sedar aku tertidur bersama sms yang dibaca..

8 comments:

McBudu said...

Boleh beli USB cable, transfer ke PC.... kena install program lah, download kat internet pun ade, free je.

CuTeMiUt78 said...

ha'ah kak.. betul cam MC budu tu kata.. transfer kan ke pc

kakLuna said...

bluetooth kan je ke notebook..boleh kan?

Purpleheart said...

Mcbudu,
huuu time kasih la banyak2, mujur tak delete lagi, kalu tak haru..

Kiut miut,
huuu mujur la aku bagitahu korang, sayangla korang.. i lap u..

Kak luna,
alamak aku terpanggil kakak.. hehehehehe.. insya Allah tengah try test cuba ni..

Masy said...

ooo bole eh? kene study ni huhu

Anonymous said...

mber aku ada cara lain dia amek gmba setiap sms pakai kamera...so dlm inbox tu takperlu simpan bnyak sms penting... tul tak...hehehe

Mamamanja said...

hah betul tu kak
enpon canggih leh transfer ke pc terus

Purpleheart said...

Mama Manja,
Insya Allah tengah berusaha ni..

tapi masih buntu..

Insya Allah cuba lagi

Nasihat buat kawan-kawan

pesanan dari sahabat

Kehidupan suatu cabaran, tabahkan hati menghadapi dugaan dan lawan. Bersedia mengkritik dan dikritik. Hadapi dunia luar dengan hati yang terbuka. Sentiasa belajar dan mendengar. Pasti hidup akan berjaya - insan terpilih

Popular Posts