Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Blog ini ialah blog peribadi kepunyaan Su Purple..segala isi kandungan blog ini adalah luahan dan pandangan yang tulus ikhlas dari tuan punya blog..dan beberapa ilmu pengetahuan yang ingin dikongsi bersama pembaca sekelian..

Apa yang baik dikongsi bersama, apa yang buruk dijadikan pengajaran.

Friday, February 27, 2009

Kisah disebalik pelangi


Hai bear pepel.. (kisah ni tak ada kena mengena dengan bear ni, iklan)

Kehidupan perlukan pengorbanan...

Perit juga hati dan jiwa ni nak mendeletekan kesemua kisah-kisah lalu. Tapi life must go on. Bak kata orang zaman sekarang, jangan pandang belakang. Kenapa tajuk kisah disebalik pelangi. Sewaktu menghadiri kursus keutuhan, untuk berjaya kena bersusah payah dahulu. Untuk mendapatkan keindahan pelangi, tidak dengan hanya langit yang cerah tetapi dengan hujan dan guruh, barulah pelangi muncul. Kesimpulannya bukan senang nak senang. Dan apa-apa pun kesabaran perlu ada agar kejayaan akan muncul juga, seperti pelangi yang timbul selepas hujan.

Tiada apa yang lebih bermakna melainkan berkongsi pengalaman suka duka bersama kalian. Bermula dari mencuba menulis sepatah dua kata akhirnya aku menjadi blogger yang tegar. Tidak ada yang lebih indah selain melihat blogku dan blog kalian dan berkongsi pengalaman masing-masing.

Hari ini aku menghadiri ceramah keutuhan yang bertajuk 'Menjana produktiviti melalui kerja berkumpulan' di HQ, Bangi. Memang menarik kerana topiknya bukan semata-mata membincangkan tentang perlunya kumpulan dan masalah yang sering dihadapi kumpulan. topik akhir yang dibincangkan ialah komunikasi. Sebenarnya komunikasi ini yang paling penting dalam sesebuah kumpulan.

Disebalik topik komunikasi ini, adakalanya kita merasakan apa yang kita katakan adalah benar dan jujur. Tapi bukan semua orang akan berfikir sama dengan kita. Untuk itu elakkan dari berkata dengan ayat 'double meaning' atau ayat berlapis-lapis bagi mengelakkan salah faham orang yang mendengar. Lain la kalau kawan-kawan rapat, tapi pun kena jaga-jaga juga takut dia ingat lain maksudnya.

Insya Allah lepas ni aku kena hati-hati bila berkata-kata dan meluahkan rasa hati dan perasaan.. Ceh wah, luahkan perasaan la pulak.

Hari ini adalah hari yang paling menggembirakan, setelah sekian lama akhirnya aku dapat juga anjakan gaji setelah sekian lama mengambil peperiksaan PTK. Menggigil kepala lutut dan tangan bila dapat surat, wa cakap sama lu.. Alhamdulillah....

8 comments:

Mak Su said...

menjadi telus dalam segala hal :)

Mamamanja said...

tahniah kak

Purpleheart said...

Mak su,
akan ku cuba sedaya upayaku... insya Allah

Mama manja,
Terima kasih banyak-banyak

Bunga Rampai said...

Eh eh, tukar warna pulak!
Hmmm ... dapat anjakan gaji terus ubahsuai rumah :P

Sujud syukurlah atas kegembiraan itu.

Salam :)

Shumierain said...

Wah naik gaji..beshnyer..keh la belanje ni..

Purpleheart said...

Bunga Rampai,
Hehehehe, kebetulan dapat surat anjakan terus nak apgred status rumah..

Terima kasih banyak2 ya..

Shumie,
Boleh aje.. insya Allah.. :-)

CuTeMiUt78 said...

betul la kan kak.. segala usaha kita perlu tempuhi susah payah utk capai kejayaannya.. wah tahniah la kak

Purpleheart said...

Kiut miut,
time kasih, masih dalam proses 'pendakian' sebenarnya ni..

Nasihat buat kawan-kawan

pesanan dari sahabat

Kehidupan suatu cabaran, tabahkan hati menghadapi dugaan dan lawan. Bersedia mengkritik dan dikritik. Hadapi dunia luar dengan hati yang terbuka. Sentiasa belajar dan mendengar. Pasti hidup akan berjaya - insan terpilih

Popular Posts