Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Blog ini ialah blog peribadi kepunyaan Su Purple..segala isi kandungan blog ini adalah luahan dan pandangan yang tulus ikhlas dari tuan punya blog..dan beberapa ilmu pengetahuan yang ingin dikongsi bersama pembaca sekelian..

Apa yang baik dikongsi bersama, apa yang buruk dijadikan pengajaran.

Friday, December 31, 2010

Green apple


Dulu tak suka epal hijau, sekarang kena makan..dan elok dimakan..

Masa belajar dulu pantang tengok epal hijau, epal hijau kan tak elok untuk pelajar..

Ni da habis belajar (iye ke?) nak diet, nak sihat dan nak kurus, maka elok amik epal hijau..

Nak tau apa khasiatnya? ni aku kopipes dari website Dr Romzey...


Mengunyah sebiji epal atau meminum jusnya setiap hari sudah cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolesterol dalam badan.
Kajian menunjukkan epal mengandungi elemen kesihatan phytonutrient yang boleh melambatkan pengoksidan kolesterol yang tidak baik.

EPAL HIJAU..mengandungi banyak khasiat
Berikut ialah kelebihan dan khasiat epal hijau yang perlu kita ketahui:
1. Membantu mencegah pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
2. Mengurangkan risiko penyakit jantung.
3. Membantu kesihatan membran paru-paru.
4. Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
5. Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
6. Membantu mengekalkan berat badan.
7. Mengurangkan tekanan penyakit asma.
8. Mengurangkan risiko barah.
9. Adalah digalakkan untuk memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.
10. Untuk mereka yang mempunyai masalah sembelit atau sistem penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan minum setiap pagi sebelum sarapan. Amalan ini dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau sememangnya merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.
11. Untuk kesegaran kulit wajah pula, potong epal hijau dan rendamkan seketika dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan hirisan epal hijau tersebut di atas muka dan biarkan selama 15 minit. Pasti anda dapat rasakan kesegarannya dan jika diamalkan selalu boleh melicinkan kulit muka.


Apa macam? banyak juga khasiatnya kan..

renung-renungkan, dan selamat mencuba..

Monday, December 27, 2010

Kursus membina blog



Minggu lepas aku menghadiri kursus, iaitu kursus membina blog yang dianjurkan oleh LGM (Lembaga Getah Malaysia) di Sg Buloh..

Ngada-ngada kan, dah ada blog pun nak pergi kursus gak..

Tujuannya adalah untuk menambahkan pengetahuan, dolu-dolu kan belajar tanpa guru..ni nak la tau apa yang aku tak tahu..

Lagipun kursusnya setengah hari aje..walaupun kerja banyak, ada juga peluang berkursus..

Sudahnya bila masuk kursus tu, dari mula sampai jam 11, tajuknya ialah mengajar cara membina email di google..

Pada sesiapa yang tidak mempunya email google, diajar sepenuhnya mengenai google dan kelebihan gmail..

antaranya menghantar gambar, memasukkan cc, bcc dan memasukkan signature..

lepas pukul 11 lebih baru la topik membina blog diajar.. dan hanya 2 jam aje diterangkan mengenai blog..

menyesal? hmm..anggaplah satu ilmu baru..

awal-awal tu memang bosan..

Saturday, December 18, 2010

Dinner


Annual dinner ofis aku buat di Marriot pada 15 Disember lepas. Hari tu kan 9 Muharram. Aku puasa la jugak sebab dinner pun waktu malam kan..tema warnanya ialah hijau ngan kuning. Harapkan dinner anjuran opis aje la merasa makan kat hotel, kalau tak - tak merasa lah gamaknya..




















Friday, December 10, 2010

kenapa orang tak percaya

bulan 2 tahun depan cukupla 4 tahun status aku bergelar isteri tunggal..isy kejap aje masa berlalu kan? syukurlah kerana selama ini aku diberi kekuatan dari segi mental, emosi dan fizikal dalam menghadapi kerenah dunia ini..dan juga dorongan dari kawan, saudara dan mak tersayang.

lepas orang dah tau status aku mesti orang akan tanya, tak kan serik lagi? atau pun tak ada kawan ke? tak ada calon ke? memilih sangat kut.. tak kan tak ada yg sangkut? dan macam-macam soalan lagi..


ya Allah, aku pun tak tau nak jawab apa, selain dari Insya Allah..adalah tu..

tak pun bila soalan bertubi-tubi ditanya, aku akan jawab carikan lah..untuk saya satu

tak pulak dicarikan..eh kau aje la pilih sendiri.. hmm..berjanggut la aku nk cari, cari kucing boleh la, kui3x...

sampaikan ada yang kata aku memilih.. aku kata lah apa yang aku nak pilih kalau aku tak ada pilihan. lain lah kalau didepan aku ada Fahrin Ahmad dan Folan si Folan..pastinya aku akan pilih jawapan no A.. ni aku tak ada kawan yang betul-betul sesuai dijadikan calon..sungguh tak ada..

kenapa tak percaya juga? hisssyy sukati korangla..

yang pasti aku pun ada berdoa gak.. ada gak pesbuk, ada blog..tk la duk bawah meja pc..hehehehehe...

Thursday, December 9, 2010

tahniah adik-adikku

2hb lepas aku amik half day..pergi menjenguk adik-adik yang konvo pada hari itu..dulu sama-sama belajar, dan nasib aku habis lebih awal.

Walaupun pangkat adik-adik, tapi susah senang diharung bersama, dah macam adik beradik sendiri..

Buat Eina dan Jaja, tahniah buat kalian..

Aku tumpang sekaki..

 gambar di menara..lampu kat situ memang warna kuning..ala 60an gitu..

 bergambar ditangga menuju dewan sri budiman

 tu diaaa..

 adik jaja..

 bersama adik jaja dan eina..

dan lagi..

Sunday, November 28, 2010

MAHA 2010

 dengan nangka gergasi

 pokok lavender..

 arnab come

 alamak tak nampak muka laa..

 kambing boer

 ingat kunyit kuning, rupanya ada yg itam?

 lagi kambing jenis kacukan..

 apa jenis ye kambing ni, lupe..

kambing biri-biri

Thursday, November 18, 2010

pengalaman nak kerja part time

Bila gaji dah kena potong untuk pinjaman rumah untuk bulan pertama, terasa sangat akan kekurangannya..ialah bukan setakat seratus dua, tapi 450..huh, telan air liur juga bila menaip angka ini. Mujurla bila dapat gaji bulan itu masih ada backup, iaitu bantuan raya yang aku perolehi sebelum raya.. dapat rm500, tu la back up aku bila gaji kurang ni..fuuuhhhh...

Masuk bulan ke dua, sesak!! mana nak bayar maibi, duit kutu, duit astro dan berukband, penapis air berAURA tuu, duit maintenance rumah rm75 sebulan..semua tu jumlahnya dah nak dekat rm900..sedangkan gaji bersih aku 1k..waaa..rasa nak melalak aje..yang timbul difikiran adalah, PART TIME..

Maka pergilah aku ke kedai berhampiran, SS 2 Petaling Jaya, Seksyen 14, Petaling Jaya, Tropicana Mall dan Giant Kelana Jaya..pergi isi borang, dan apa yang aku dapat ialah - saya akan tengok dulu, apa-apa saya akan telefon ye.. SAH2 kat depan kedai nak pekerja part time, berjanggut aku tunggu. Aku siap offer kerja lepas ofis dan sabtu ahad..pakai cakap aje tanpa fikir apa yang akan berlaku kelak..(kut pengsan ke apa ke, bayangkan lah kerja tanpa henti ni..mau mereng pale aku) - tapi tak ada sape pun kol aku, dah 5 -6 kedai aku pi, satu pun tak kol aku..huhuhu..

Masih juga tiada jawapan..last sekali aku gamble, apa pun boleh la, silap aribulan aku jadi cashier aje kat Giant..tapi sampai-sampai kt kedai jepun yang jual sushi, aku ternampak banner yang nak pekerja part time..terus aku masuk dan bertanyakan cashier..aku disuruh isi borang..berapa banyak borang daa aku isi. Lepas tu dia kata dia nk interview, waa bagus ni, ada harapan.. aku diinterview oleh manager disitu..kerja macam ni, bla bla bla..ok bila akak boleh kerja..gulp, waa aku dapat!!

Terpulang pada cik, jawabku.. ok kak senang cerita akak start 15hb November ini, ok..pakai tshirt hitam, seluar hitam, kasut yang bersesuaian warna hitam dan stokin hitam..

Sampai rumah aku bagitau mak, aku da dapat kerja di kedai sushi tu..mak menggangguk pelan..mungkin mak kurang suka aku nak kerja ni tapi apakan daya.. esok aku kuar dengan mak, sebelum tu mak suruh checkkan duit di bank..aku check kat ATM, aku bagitau jumlahnya..ehh nape ada lebih rm200??

Entah kut abang masukkan kut.. petang tu mak bagitau aku, bukan abang aku..hai siapa pulak nak bank in kan ni..mak aku slow talk ngan aku, tak payahlah kerja part time, mak risau sebenarnya..amik la duit mak ni untuk kau belanja..

Hmm.. mak da kata macam tu, petang sabtu tu aku terus sms manager kedai tu kata tak jadi kerja..mujurla juga duit yang entah datang dari mana tu penyelamat aku..kalau tak mahu aku lepas keje kena speaking jepun jemput customer makan..tuang air teh dan sebagainya..

Tak merasalah aku nak pakai baju uniformnya..tak apala, bagi aku kata-kata mak ni eloklah ikut..kalau mak tak ada sapa lagi nak nasihat..dan berkat doa mak, rumah aku pun dah ada penyewa, tu yang dengan rela hati aku sms terus manager tu, agar dia tak mengharap..

Dua minggu mencari kerja part time..pengalaman indah..siap beli tshirt itam lagi tuu..get ready ..

Tuesday, November 16, 2010

Salam Aidil Adha

raya kali ni apply 2 hari lebih awal..pertama atas urusan peribadi, kedua nak tolong mak masak..(raya pose pun sama juga alasannya) dan juga buat kek batik.. tapi kek batik separuh dah nak habis, apa cerita???

tak kisah la, nama pun rezeki, bukan untuk pameran, betul tak?

sabtu ni kat ofis akan diadakan majlis korban..awal-awal aku bagi nama..

kepada semua bloggers beragama Islam, Salam Aidil Adha..apdetla apa-apa cite pasal raya kali ni ye..berapa ekor korban, dapat ke tak daging korban, masak apa..nyam-nyam, terliur kejap..

Wednesday, November 3, 2010

trip ke bukit malawati, singgah sebentar ke tanjung karang

dari jauh kelihatan bukit melawati..

 dalam perjalanan ke puncak menaiki tren
 pandangan dilereng bukit
 bergambar dengan meriam
 mengenali sejarah negeri Selangor
singgah ke tanjung karang melihat sawah padi yang terbentang luas

Monday, November 1, 2010

rumahku

Ni dia rumah aku..


Ruang tamu dari pelbagai sudut



 master bedroom yg ada bilik air sekali

 bilik ke 2
 bilik ke 3 yg come

dapur yang kecil
asalnya macam ni..
 ni rumah ku yang dah diubah suai..
permandangan dari tingkap ruang tamu

Sabtu lepas pergi tengok rumah lagi, bawak pomen sekali untuk tengok-tengok apa yang perlu dibetulkan, dan juga cat apa yang sesuai..memandangkan rumah ini akan disewakan maka tak ada can lah aku nak pilih kaler PEPEL sebagai warna utamanya..tengokla dulu dalam beberapa tahun lagi bila kewangan dah stabil boleh la duduk rumah sendiri..ni da potong duit rumah pun dah macam ayam berak kapur..terkebil-kebil nak cut cost situ sini..harap-harap adala penyewa yang sudi menyewa rumah ku ini..

Alhamdulillah aku ada juga rumah..tak la tinggi sangat, cuma tingkat 1 aje..tak larat naik tangga, lif pun ada..keutamaan pada bondaku..tak la dia terkial-kial nak naik tangga, kan?

Nasihat buat kawan-kawan

pesanan dari sahabat

Kehidupan suatu cabaran, tabahkan hati menghadapi dugaan dan lawan. Bersedia mengkritik dan dikritik. Hadapi dunia luar dengan hati yang terbuka. Sentiasa belajar dan mendengar. Pasti hidup akan berjaya - insan terpilih

Popular Posts