Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Blog ini ialah blog peribadi kepunyaan Su Purple..segala isi kandungan blog ini adalah luahan dan pandangan yang tulus ikhlas dari tuan punya blog..dan beberapa ilmu pengetahuan yang ingin dikongsi bersama pembaca sekelian..

Apa yang baik dikongsi bersama, apa yang buruk dijadikan pengajaran.

Tuesday, September 28, 2010

Jamuan raya diofis..24 September 2010

 ni gambar unit aku, UPP..gambar beramai-ramai..semua ada kecuali sorang yang bercuti..

 antara hiasan yang paling aku sayang...ketupat pepel..

 bergambar bersama-sama rakan seunit berlatar belakangkan hiasan raya dan hari kebangsaan..
aku yang hantu pada kek..

Monday, September 27, 2010

Salam semuanya..

Ya Allah lamanya tak menjenguk blog kesayangan ni..kata sayang tapi ditinggalkan..isy tak patut sungguh la aku ni..harap tidak terlewat untuk mengucapkan Salam Aidilfitri, maaf zahir dan batin..

Sepanjang bulan Ramadhan, banyak masa dihabiskan dengan ke pejabat (mestilah) dan ke surau. Alhamdulillah tahun ni dapat juga bertadarus walaupun pada hari yang ke 5 terpaksa cuti atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan..

Dugaan juga bulan puasa tahun ni, awal Ramadhan aku kena semput, juga pada akhir Ramadhan, dan bersambung pada pertengahan Syawal (sekarang ni)..memang jaga sungguh pemakanan, air lagi la kena jaga..jangan minum ais, manis pun elakkan..tawar lagi la..kalau tawar baik minum air masak aje, kui3x..

Nak dekat raya pun dugaan juga..tiba-tiba ada kawan yang buat hal, buat hal apa? mintak hutang kat fb? isy kenapa la dia ni tak berfikir, kut ye pun jangan la nak malukan kawan sendiri, kawan baik pulak tu sejak dari sekolah menengah..memang la aku tak mampu nak bayar habis...7 ratus lebih tu sebab mintak tolong dia uruskan hal bekas suami..nak bayar 2 ke 3 kali tak mahu pulak..nak bayar sekaligus..maka sabar la kalau nak dapat penuh..sudahnya namanya pun aku buang dari fb..sabar aku pun dah sampai had yang paling...paling akhir..

Dalam sibuk-sibuk ni pun, sempat lagi bukak blog baru..blog Lavender Purple..hmm,aku tak pernah jauh dengan kaler purple..
http://lavenderpurpleungu.blogspot.com/

tak la hebat mana tapi boleh la..

kalau ada yang tak puas hati cakap ye..email ok..

Salam kemesraan buat semua..

Nasihat buat kawan-kawan

pesanan dari sahabat

Kehidupan suatu cabaran, tabahkan hati menghadapi dugaan dan lawan. Bersedia mengkritik dan dikritik. Hadapi dunia luar dengan hati yang terbuka. Sentiasa belajar dan mendengar. Pasti hidup akan berjaya - insan terpilih

Popular Posts