Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Blog ini ialah blog peribadi kepunyaan Su Purple..segala isi kandungan blog ini adalah luahan dan pandangan yang tulus ikhlas dari tuan punya blog..dan beberapa ilmu pengetahuan yang ingin dikongsi bersama pembaca sekelian..

Apa yang baik dikongsi bersama, apa yang buruk dijadikan pengajaran.

Friday, May 29, 2009

Runtuhnya sebuah kenangan



Pada orang Petaling Jaya, bangunan ini memang gah sejak dulu lagi. Ketika awal 80an ketika usiaku baru 4 atau 5, tempat ini paling suka aku kunjungi. Ada kedai mainan.. kedai mainan dan kedai mainan. Itu ajelah yang aku tahu masa tu. Bila dah sekolah menengah, kat situ juga tempat menyinggah sebelum atau selepas ke kelas tuisyen atau lepas habis sekolah. Dan juga tempat berjumpa pakwe.. hehehehehe..

Lepas habis sekolah, sesekali tempat ini pasti dikunjungi juga kerana pasarayanya yang berbagai-bagai dan kedai buku yang besoo yang seronok dikunjungi. Juga tempat pertemuan kawan sekolah aku kerana dia bekerja di restoran sikeret resepi. Hampir selalu aku kesana kerana dia rajin belanja kek.

Lepas kawen, aku jarang mengunjungi kerana sipolan lebih suka ke tes, jusc dan myd. Lepas bercerai, tempat ini dijadikan lokasi untuk bertemu dan memberikan surat saman, hehehehehe.. begitu sinonimnya tempat ini pada aku. Dan runtuhnya bangunan ini tak akan menjadikan aku lupa pada kenangan disana. Situlah aku mengenal dunia Petaling Jaya..

Friday, May 22, 2009

Aku dan buah hatiku


Buah hatiku telah pun diservis semalam.. dan dihias seadanya.. bile kereta lalu je kat bumper maka bergedik-gedikla dia berpusing, sungguh comel. Namanya Month Je, hehehe, MANJE laa..


Teringin nak makan twistis wa-wa wasabe.. tapi tak boleh nak makan langsung.. lalu aku berikan pada kawan aku yang kononnya kuat makan pedas. Tak pasal-pasal aku kena maki balik dengan dia. Kesimpulannya kalau sapa yang tak makan pedas, janganla suka-suka mencubanya. Renung-renungkan..


Konon-konon nak mekap, bubuh fondesen dengan bedak debu tapi tak berapa selesa, lap semula dan tuu diaa. Lebih kurang macam Manje sotong ijau tu jugak muka aku ni, bulat.

ok, selamat berhujung minggu...

Tuesday, May 19, 2009

Panas



Sejak beberapa hari ini cuaca memang hangat.. mujurla kerja dipejabat dimana penghawa dingin sentiasa 'on' dari pagi sampai ke petang sehingga memerlukan baju panas untuk memanaskan semula badan..

Mujur panas, kalau hujan nak pergi mana-mana pun susah juga, kain kat ampaian pun lambat kering.

Hari ni dah pun 19hb tapi stiker cukai jalan masih tak bertukar. Ya Allah, cukai jalan dah mati 29 April, masih tak tukar-tukar yang baru. Nak tunggu kena saman? Aku memarahi aku sendiri.. suka menangguhkan kerja.

Keputusan interbiu yang aku pergi kat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Jalan Cenderasari 22hb April lepas akan boleh diketahui 25hb ni. Pada yang membaca entry aku, doa-doakan lah ye semoga aku mendapat jawatan ini. Amiin.. jangan lupe doa ye..

Khamis ni buah hati akan dibawa servis ke Pero2 untuk kali ke 5. Dah setahun 18 hari buah hati aku. Alhamdulillah.. kau masih lagi buah hatiku..

Thursday, May 14, 2009

Cerita ajelah apa yang ko rasa..


Nasi kawan aku belanja, cuba tengok ikan tu macam bentuk hati kan..

Sambil buat kerja, tengok email, lepas tu tengok facebook, pastu sambung buat kerja, lamaaa sikit bukak email. Penat gamaknya asik bukak email bukak pulak blog.. terasa pulak nak apdet. Tapi tak tahu apa nak cerita tapi hati tu kata cerita ajelah apa yang ko rasa sekarang ni haa..

ok, set!

Pagi tadi hujan, mujur dalam 6.45 hujan semakin reda. Semenjak habis exam waktu tidur pun jadi awal. Lepas isyak, tengok tv ala kadar aje, dala pukul 10 pasti dah hanyut. Dan seawal jam 5 suku aku dah terjaga. Mak pesan alang-alang dah bangun awal tunaikan solat-solat sunat, maksudnya kalau dah ayatnya solat-solat sunat, maka solat itu seharusnya lebih dari satu kan.. insya Allah buat, sesekali ajela, sebelum tidur semalam tak sempat nak seterika baju, jadi tak la buat solat-solat sunat, cuma solat sunat aje, hehehehehe..

Sampai ofis perut rasa lapar aje, patutla semalam makan kul 6 petang..

Sambil buat kerja sekarang ni dan sambil mereka ayat blog ni, aku teringat yang aku ada kerja yang perlu aku buat hari ini juga. Bukan tak ingat tapi sengaja dilambat-lambatkan..

Cukai jalan dah lama mati, 29 April tapi aku tak cabut lagi pelekatnya. Bukan tak renew, awal lagi renew, 10hb April dah dapat cukai jalan baru tapi disebabkan lama lagi, itu yang buat tak peduli tu. Tapi ni dah terlebih 2 minggu.

Biasa suruh orang pasangkan, suruh orang lekatkan.. tapi kali ni nak buat sendiri, tak moh suruh sesapa dah.

Hari ni terasa tak nak makan tengahari, dulu tak selera makan nasi sebab masa tu emosi terganggu, tapi bila emosi kembali pada asal, lepas tu sibuk final exam, ya Allah selera makan, masya Allah.. pagi nasi lemak, tengahari nasi campur, petang nasi lauk mak masak.. seminggu berturut-turut macam tu masa nak exam.

Perut ni rasa kenyang lagi, hmm biarkan dia.. Biar arini tak makan tengahari. Kalau lapar mungkin lepas solat zohor gi cari goreng pisang ke apa ke..

Itulah ceritaku hari ini..

Monday, May 11, 2009

Alahai


Terasa lama tak mengabdikan kisah-kisah seharian aku disini.. Bermula pada 1 Mei, aku menyambung cutiku pada hari Isnin dan Selasa, dan hari penentunya Rabu, dimana pada jam 2.15 petang aku menduduki paper yang terakhir iaitu Law and procedure of Meeting..

Bila dah cuti lama, pastinya kerja pun bertimbun-timbun, terpaksalah menggantikannya semula pada hari Sabtu dan Ahad..

Dan hari ini kawan aku memberitahu tugasan untuk Ms Access due datenya adalah esok pagi. Dan aku masih dipejabat (jam pun dah pukul 6.45 petang) untuk cuba menghabiskan tugasan yang diberikan. Ya Allah, penat sungguh rasa badan ini.

Kalau boleh nak tidur aje.. gambar atas tu sendiri ambil atas kesilapan sendiri semasa nak menutup alarm, boleh terpicit tah apa-apa butang dan cettttt... lampu flash menyala..

Jangan tanya macam manala gambar tu sebab masa tu aku pun tak tahu posisi aku tatkala tidur.. tau-tau kepala dah ada kat tepi kerusi..

Nasihat buat kawan-kawan

pesanan dari sahabat

Kehidupan suatu cabaran, tabahkan hati menghadapi dugaan dan lawan. Bersedia mengkritik dan dikritik. Hadapi dunia luar dengan hati yang terbuka. Sentiasa belajar dan mendengar. Pasti hidup akan berjaya - insan terpilih

Popular Posts