Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Blog ini ialah blog peribadi kepunyaan Su Purple..segala isi kandungan blog ini adalah luahan dan pandangan yang tulus ikhlas dari tuan punya blog..dan beberapa ilmu pengetahuan yang ingin dikongsi bersama pembaca sekelian..

Apa yang baik dikongsi bersama, apa yang buruk dijadikan pengajaran.

Wednesday, July 29, 2009

Terjebak


Ahad lepas aku ke pesta buku di kompleks Shah Alam dengan member. Janji dengan Linda pukul 2, alang-alang solat dulu kat rumah.. sampai rumah dia rupanya dia pun tak makan apa lagi. Sampai kompleks makan dulu, lepas tu baru pusing-pusing..

Sampai kat booth selkom, aku suruh kawan aku tanyakan. Kebetulan masa tu bawak duit bayar kereta tapi tak bayar-bayar lagi. Oleh kerana harga sebelumnya nak dekat 4rat tapi promosi baru 270, maka aku terjebak dengan promosi ini. Habisla duit nak bayar kereta. Ni tengah pikir macam mana nak teruskan hari-hari seterusnya..

Sekurang-kurangnya aku boleh la melayari internet pada waktu malam, dan bukannya melayani perasaan.. hihihihihi.. buat lawak la pulak aku ni..

Friday, July 24, 2009

Sayu


Dari jauh aku lihat adik ni sayu aje wajahnya. Walaupun dia tersenyum ternyata air mukanya masih lagi sayu.. Aku mendekatinya dan menyapa..

Nape ni, sedih je muka..

Tak la kak, ok je.. sambil tu dia senyum-senyum kaver

Jangan la nak pura-pura, dari air muka tu akak dah tau isi hati kamu. Mula-mula air mukanya sayu, bila aku ungkapkan ayat itu, terasa sayu pula aku. Kata-kata tu selalu diungkapkan oleh seseorang..

Kak, akak tegur saya, saya tengok akak pun sayu..

Hehehehehe, aku pun nak juga kaver..

Sudah la kak, air muka akak saya tau akak pun ada masalah..

dan kami sama-sama tergelak..

Adik, kau nak dengar satu pantun. Dalam banyak-banyak pantun itu yang akak paling hafal..

Apa dia kak, dalam sedih-sedih pun nak berpantun juga.. hehehe, lucu ye..

Anak rusa nani,
Baru tumbuh ekor
apa dosa kami
lalu tidak tegur..

Kak, kalau sedih nangis la puas-puas kak, nanti lega..

Dik, akak dah tak larat nak nangis.. sapa la akak ni dik.. biarlah orang lain tak suka, asalkan Dia masih suka.. Dia masih menyayangi akak dan akak akan terus menyayangi Dia..

Ya Allah, berikan daku kekuatan..

Wednesday, July 22, 2009

Matahari



Hari ini berlakunya gerhana matahari yang dapat dilihat di Alor Setar, Kedah. Terpegun dengan ciptaanMu Allah yang mengaturkan segala-galanya dengan begitu teratur sekali..



Hari ini juga ialah hari jadi kawan aku, indah sungguh maksud namanya, matahari dilautan. Sempena hari lahirmu, semoga diberkati usiamu, dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat, bertambahlah lagi keimananmu dan semoga sukses selalu hendaknya.

Hati mati?

MEGA: Saban tahun kita menyambut Israk Mikraj. Namun tidak banyak realiti yang dapat kita realisasikan. Mengapa ini berlaku?

DZULKARNAIN: Sebab utama pelbagai realiti dalam peristiwa Israk Mikraj itu tidak dapat direalisasikan oleh umat Islam berkait dengan iman.

Hanya orang beriman sahaja yang dapat membuat kerja-kerja dakwah. Malah peristiwa yang dilalui oleh Baginda SAW itu juga adalah satu daripada proses saringan yang dilakukan oleh Allah kepada umat Islam ketika itu.

Sebabnya, berapa ramai yang tidak percaya apabila Nabi SAW menceritakan pengalamannya kepada penduduk Mekah ketika itu. Ini termasuklah bapa saudara nabi, iaitu Abu Jahal.

Namun, kalau kita melihat kepada aspek yang lain, kita dapati bagaimana keimanan Abu Bakar yang apabila ditanya oleh Abu Jahal, "adakah kamu percaya bahawa Muhammad dibawa ke langit dan menemui Allah dalam tempoh sehari semalam", maka dengan tegas Abu Bakar menjawab, "jika benar demikian itu kata-kata Muhammad, lebih daripada itu aku percaya".

Inilah yang membawa kepada gelaran al-Siddiq (yang membenarkan) yang diberi oleh Rasulullah SAW kepada Saidina Abu Bakar.

Peristiwa ini juga menunjukkan kekuasaan Allah dan kepentingan kita beriman kepada perkara yang ghaib. Hal ini dijelaskan oleh Allah menerusi firman-Nya yang bermaksud: Iaitu orang yang beriman kepada perkara-perkara ghaib. (al-Baqarah: 3)

Perkara ghaib adalah sesuatu yang tidak dapat dilihat atau dirasa dengan pancaindera yang biasa. Namun ia diakui dan diyakini berdasarkan dalil-dalil yang boleh diterima oleh akal yang sempurna.

Sememangnya Israk dan Mikraj itu juga adalah merentas alam masa depan dan juga masa lampau apabila Rasulullah dipertemukan dengan Nabi Musa dan mengimamkan solat dengan para nabi yang lain.

Firman Allah yang bermaksud: Dan ingatlah tatkala Kami wahyukan kepadamu wahai Muhammad, bahawa sesungguhnya Tuhanmu meliputi akan manusia dengan ilmunya dan kekuasaan-Nya dan tiadalah Kami menjadikan pandangan pada malam Mikraj yang telah Kami perlihatkan kepadamu melainkan sebagai satu ujian bagi manusia. (al-Israk: 60)

Nikmat syurga dan azab neraka diakui benar. Tetapi mengapa kita masih alpa dan lalai dalam melakukan ibadat?

DZULKARNAIN: Semasa Israk dan Mikraj, Nabi bertemu dengan seorang wanita cantik yang memperagakan perhiasan dirinya. Alhamdulillah Baginda tidak terpedaya dan berhenti di situ.

Lalu Jibril memberitahu Nabi bahawa wanita itu adalah kiasan kepada umat Baginda yang kasihkan dunia atau hubbud dunya.

Sehinggakan ada di kalangan kita yang tidak fikir soal halal-haram yang pentingnya, apa yang dihajati tercapai.

Saya melihat terlalu banyak hiburan dalam kehidupan masa kini. Lihat sahaja program-program yang ada dalam televisyen hari ini. Banyaknya lebih kepada yang lagha (melalaikan) walaupun tidak dinafikan ada rancangan agama.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: Dan janganlah kamu banyak ketawa kerana banyak ketawa itu mematikan hati. (riwayat Ahmad dan at-Tirmizi).

Sebab itu, kita lihat anak-anak atau remaja zaman sekarang nakalnya lain macam. Kalau dulu-dulu, nakal mereka setakat mandi sungai saja tetapi sekarang sampai boleh bergaduh dalam surau!

Salah satu peristiwa penting dalam Israk Mikraj adalah kefarduan solat lima waktu. Dan Nabi telah ditunjukkan betapa azabnya orang yang meninggalkan solat. Mereka ini menghantuk kepala di batu sehingga pecah dan kemudian dengan kuasa Allah kepala itu bercantum semula. Selepas itu dihantuk lagi.

Sayangnya, ada di kalangan umat Islam yang tidak merealisasikan ibadat solat ini. Apabila diadakan ceramah tentang Israk Mikraj atau pun bila tiba bulan Rejab, barulah barangkali mereka teringat tentang amaran Allah tentang golongan yang lalai dan lupa mengerjakan solat.

Malah bukan lagi rahsia, ada di kalangan umat Islam yang hanya solat apabila tiba Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidil Adha. Ini yang disebut sebagai 'hati mati'.

Keadaan beginilah yang paling kita bimbang. Ia telah dijelaskan oleh Allah menerusi firman-Nya yang bermaksud: (Dengan sebab keingkaran mereka), Allah meterikan atas hati mereka serta pendengaran mereka dan pada penglihatan mereka ada penutupnya, dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar. (al-Baqarah: 7)

Peristiwa ini berlaku selepas tahun dukacita di mana Nabi diuji dengan kematian isteri tercinta Siti Khadijah dan bapa saudaranya Abu Talib yang banyak membantu dalam kerja dakwah. Apakah falsafah di sebalik peristiwa ini?

DZULKARNAIN: Ini menunjukkan kepada kita bahawa kerja dakwah bukan mudah. Kita akan sentiasa berhadapan dengan cabaran dan ujian. Buktinya, Nabi SAW sebagai kekasih Allah pun diuji dengan pelbagai keadaan dan tekanan. Inikan pula kita sebagai manusia biasa.

Begitu juga Nabi Musa yang dihalau keluar oleh kaumnya dari negerinya Mesir.

Tekanan yang dihadapi selepas kematian kedua-dua insan yang disayangi baginda semakin bertambah di mana jika kita perkirakan dari segi logik akal, maka Islam pasti akan terkubur.

Namun kuasa Allah SWT melebihi segala-galanya di mana selepas penolakan dakwah oleh penduduk Taif, Nabi telah 'dihiburkan' dengan Israk dan Mikraj. Seterusnya diizinkan berhijrah ke Madinah sehingga membina daulah Islamiah yang telah mengubah kedudukan Islam daripada dihina kepada dipandang mulia, daripada lemah kepada memerintah.

Dalam peristiwa di Taif di mana penduduknya bukan sahaja menolak mentah-mentah dakwah Islam, malah telah melontar batu ke arah Nabi sehingga berlumuran darah.

Kita dapat melihat nabi diberi peluang untuk menang mudah iaitu tawaran daripada malaikat penjaga bukit untuk menjadikan bukit di bawah jagaannya sebagai emas tetapi ditolak oleh Nabi sebagaimana baginda menolak tawaran malaikat penjaga bukit yang ingin menghancurkan penduduk Taif yang begitu degil dengan meruntuhkan bukit ke atas penduduk Taif.

Bagaimana untuk mengelak daripada 'hati mati'?

DZULKARNAIN: Hati juga mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani dengan sewajarnya. Kalau tubuh badan boleh mati kerana tuannya tidak makan dan tidak minum, begitu juga hati.

Apabila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati, ia bukan saja akan sakit dan buta, malah akan mati akhirnya. Santapan rohani yang dimaksudkan itu ialah zikrullah dan muhasabah diri.
Orang yang hatinya mati tidak dapat membezakan antara kebaikan dengan keburukan. Mereka tidak dapat merasai kemanisan apabila melakukan perkara yang baik.

Ingatlah amaran Allah kepada golongan begini menerusi firman-Nya yang bermaksud: Maka kecelakaan besarlah bagi orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya adalah dalam kesesatan yang nyata. (al-Zumar: 22)

Rasulullah SAW bersabda tentang cara bagaimana memastikan hati kita tidak mati. Sabda baginda yang antara lain bermaksud ada lima perkara bagi mengelak hati mati.

Pertama, jangan tinggal majlis-majlis ilmu; jangan tinggal zikir pada Allah. Ini bertepatan dengan firman Allah yang bermaksud: Ketahuilah! Dengan mengingati Allah (zikir) itu tenang tenteramlah hati manusia. (al-Ra'd: 28)

Ketiga, jangan lupa membaca al-Quran, jangan tinggal bangun malam untuk qiamullail dan jaga pemakanan daripada yang syubhat.

Hati yang hitam ialah hati yang menjadi gelap kerana bergelumang dengan dosa. Setiap dosa yang dilakukan tanpa bertaubat akan menyebabkan satu titik hitam pada hati.

copy paste dari utusan online

Tuesday, July 14, 2009

Lawatan ke Kedah dan Perlis

Lamanya aku tak apdet cite, kalau nak tau aku ni dah jadi part time petani.. Ni alkisah game kat fb la. Pagi-pagi bukan pikir apa, sibuk pikir arini nak tanam apa, esok boleh tuai apa, pokok apa lagi nak tanam.. haii, kerja banyak pun sanggup tinggal kejap semata-mata tak nak pokok jadi layu.. itu lah aku..

Aku nak share dengan kalian masa aku pergi lawatan aritu..

Malam 24hb Jun (1 Rejab), bertolak pukul 10 malam.. sampai di LGM Sungai Petani pukul 5.30 pagi.. siap sedia, solat dan kul 8 pagi sarapan...




Sedapnye sarapan.. nasi lemak, kopi o dan pulut+durian.. senak perut. Lepas ni bertolak ke Jeneri, Sik untuk melihat aktiviti di sana.. Buat bunga dari lateks getah dan melawat kolam ternakan udang harimau..


Jauh betul nak ke kolamnya.. rasa nak dekat 1/2 jam perjalanan..


Ni dia udangnya, lepas taklimat pasal penjagaan udang ni, kami akan dijamu dengan udang disini, baru ditangkap semalam.. walla..



Dan ni diaa..


Lepas tu taklimat mengenai bunga lateks, meh akak ajar, apa lagi peluang ada.. ramai-ramaila buat.. memang tak leh jual laa, simpan je buat koleksi..




Lepas makan tengahari, bertolak pula ke Perlis Indera Kayangan..

Petang, acara dipadang..



Malam, masing-masing kepenatan.. mujur tak ada aktiviti..

Esoknya kami melawat ke ladang harumanis, tapi sayang musimnya dah lama berakhir..


Taklimat mengenai penanaman anggur di Perlis sambil disajikan buah anggur. Bestnye sebab tak ada biji, macam makan kacang aje..


Lepas tu kami dibawa ke ladang anggur.. seronoknya. Macam nak menari aje..









Lepas tu puas bergambar, kami ke taman herba pulak..







Lepas tu pergi gua kelam..






Malam, ada jamuan khas dari puspanita negeri Perlis..


Esoknya, ke Wang Kelian dan Padang Besar..




Kesimpulannya memang seronok..

Thursday, July 2, 2009

Kenangan bulan Jun

Sebelum pergi lawatan, bawak mak pergi makan kat Pok Li kopitiam kat Shah Alam.. order air teh suam..


Katung laksa, laksa nyonya..


Roti bakar yang wajib..


Sebelum itu kisah cermin mataku yang pecah..


Sambil bawak kereta try amik gambar sendiri..


Member belanja cendol dan cha kuetiau, kuetiau tak sempat nak snap, lapar sangat..


Mana tak lapar, pagi cuma makan ni aje..


Akan datang citer pasal ke Perlih ngan Kedah pulak..

Nasihat buat kawan-kawan

pesanan dari sahabat

Kehidupan suatu cabaran, tabahkan hati menghadapi dugaan dan lawan. Bersedia mengkritik dan dikritik. Hadapi dunia luar dengan hati yang terbuka. Sentiasa belajar dan mendengar. Pasti hidup akan berjaya - insan terpilih

Popular Posts