Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Blog ini ialah blog peribadi kepunyaan Su Purple..segala isi kandungan blog ini adalah luahan dan pandangan yang tulus ikhlas dari tuan punya blog..dan beberapa ilmu pengetahuan yang ingin dikongsi bersama pembaca sekelian..

Apa yang baik dikongsi bersama, apa yang buruk dijadikan pengajaran.

Thursday, February 26, 2009

Salah blog ke ni

Tak la, bukan salah blog, blog ni masih kepunyaan Kak su a.k.a Su pepel. Demi menjaga sebuah perhubungan yang suci lagi murni, maka terpaksalah dilupuskan semua kisah-kisah yang keruh lalu blog ini akan menjadi sebuah blog yang suci bersih.

Selawat dan salam kepada semua pembaca yang setia, baik yang jauh mahupun yang dekat. Terima kasih yang tak terhingga buat sahabat blogger yang sudi mendengarkan luahan hati ini yang sering bercelaru lagi haru biru ini. Insya Allah, tuan punya blog pun ada hati dan perasaan dan akan cuba sedaya upaya untuk memperkasakan dan memantapkan diri dari luar dan dalam.

Aku copy paste artikel dari website Ustaz Shukri Yusoff untuk bacaan kalian. Happy reading..

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Salam tahun baru kepada semua Sahabat Fitrah. Semoga semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.

Rasanya masih belum terlewat untuk saya mengucapkan Selamat Tahun Baru untuk semua sahabat memandangkan kita masih lagi di minggu pertama 2009. Ramai orang selalunya dalam minggu yang pertama ini akan keluar dari mulut mereka satu pertanyaan yang sering kita dengar, “Apa azam baru pada tahun ini? Dan ramai yang akan menjawab dengan azam mereka masing. Bagaimana pula dengan anda? Adakah pada tahun ini anda semua benar-benar mempunyai keazaman yang baru? atau masih lagi tertunggak azam yang lama?

Bila menyebut soal azam, terlalu luas untuk kita kaitkan dengan perubahan yang patut kita lakukan? Bila kita menyebut azam baru 2009, sebenarnya dalam hati kecil kita sememangnya kita inginkan perubahan untuk 2009. Tidak kira siapa pun anda, status anda, jawatan anda dan juga organisasi anda. Jika anda sebagai seorang pekerja, apa perubahan yang anda ingin lakukan pada tahun baru ini. Jika anda seorang bos, apa yang perlu anda lakukan untuk staf anda? Jika anda sebagai organisasi atau majikan, apa penambahbaikan yang anda ingin lakukan supaya pekerja-pekerja di organisasi anda terus bermotivasi dan memberikan komitmen yang terbaik. Dan jika anda sudah berkeluarga apakah matlamat yang ingin anda capai untuk keluarga anda?

Tidak susah untuk memasang azam baru. Tapi apa yang lebih penting ialah bagaimana mengatur langkah untuk melaksanakan setiap azam dan memastikan azam yang kita niatkan benar-benar dapat direalisasikan. Keazaman perlukan istiqamah dan kesabaran. Keazaman juga perlukan pelan tindakan yang strategik untuk mencapai apa yang dihajati. Jangan setiap tahun kita hanya mempunyai azam baru, tetapi belum pun sampai bulan yang ketiga azam hilang dan anda kembali seperti setahun sebelumnya. Jadikan di minggu pertama 2009 ini masih sempat untuk anda membuat pelan tindakan yang sesuai dengan apa yang anda ingin capai. Insya Allah.

6 comments:

kakLuna said...

berbelah bagi aku rasa dgn tindakan kau antara setuju atau x kau memulakan smuanya baru..
tp aku tau, kau tentu dh pk semasak2nya dan inilah yg terbaik utk dilakukan.

blogging is just part of life, tapi dari nya kita mengenali erti kawan dan lawan juga mempelajari banyak ilmu penulisan, ilmu duniawi dan ukhrawi..


semoga kita terus mendapat manfaat darinya.

Mamamanja said...

xpe la kak
bukak buku baru
amik citer yg best2 jerk

Bunga Rampai said...

Salam,

Oh, patutlah ... ingatkan salah rumah tadi kerana warna putih menyambut saya :)

Putih itu bersih kelihatannya. Moga warna-warna yang dicalit di atasnya adalah warna-warna yang memberi erti dan manfaat bukan saja kepada empunya blog, malah untuk tetamunya juga.

Moga Allah memberkatimu.

Zamil Afiq Zulkifli said...

TERKEZUT enchik apik datang blog ni..
purple is totally gone..

Purpleheart said...

Luna,
memang sungguh berbelah ati, tapi pikir panjang-panjang, mungkin ada hikmahnya..

Mama manja,
time kasih ye, caaayang diaaa..

Bunga rampai,
hehehehe dah tukar kaler plak.. terima kasih kerana memberi sokongan padu buatku..

Enchik Apik,
jangan le tekezut, pepel tetap unggul, tunggu la sat lagi, tukar la dia kaler pepel..

Anonymous said...

top [url=http://www.c-online-casino.co.uk/]www.c-online-casino.co.uk[/url] coincide the latest [url=http://www.casinolasvegass.com/]casino las vegas[/url] unshackled no deposit reward at the best [url=http://www.baywatchcasino.com/]free casino
[/url].

Nasihat buat kawan-kawan

pesanan dari sahabat

Kehidupan suatu cabaran, tabahkan hati menghadapi dugaan dan lawan. Bersedia mengkritik dan dikritik. Hadapi dunia luar dengan hati yang terbuka. Sentiasa belajar dan mendengar. Pasti hidup akan berjaya - insan terpilih

Popular Posts