Aku emailkan surat ini buat rakan-rakan sepejabatku..supaya mereka tidak salah faham dan tau sebabnya..
Assalamualaikum..
semalam saya menelefon Wan, isteri Anuar Fazal, ex-opearator yang meninggal pada hari Sabtu lepas..
sebenarnya Anuar meninggal bukan sebab dia memancing, sakit atau sebagainya..
3 hari sebelum dia meninggal, dia pernah berkata pada isterinya yang dia teringin sangat nak main banjir. Tapi isterinya tak bagi. Di ofis dia bagitahu pada rakan sepejabatnya, pun juga kawan-kawannya tak bagi dia, siap tutup pintu lagi kalau dia nak keluar..tu semua dia ceritakan pada isterinya..
Entah macam mana Sabtu tu dia pergi juga main air di belakang pejabat dia.. (ofis dan rumah kuartersnya tak jauh mana) dia pergi main air dibekas bendang yang tidak lagi ditanam padi, lebih kurang sekarang dah jadi macam padang lembu meragut rumput..
dia dengan anak buahnya 2 orang naik sampan dan dalam airnya pun tak la dalam sangat, air tingginya lebih kurang paras betis.
suatu ketika sampan tu terbalik, budak-budak tu yang jatuh..sedang dia cuba nk tolong budak-budak tu betulkan sampan, agaknya ajal dia dia terpijak lubang, bekas orang pajak tanah jadi kat situ dalam sikit..dia terjatuh kat situ..
kebetulan kat situ berhadapan dengan rumah orang jadi sempatlah orang selamatkan dia dalam masa terdekat..
tapi ajalnya memang telah ditetapkan, dia tak sempat diselamatkan..tak sampai pun 5 minit..tatkala orang selamatkan dia, dia pun dah terkulai..
beberapa jam sebelum dia meninggal, dia sempat telefon isterinya bertanyakan khabar..dan memberitahu dia teringin sangat nak main banjir..tapi dia pun dah pergi, tak leh nak cakap apa la selain dari pesan berhati-hati..
dia bagitahu isterinya dari kecil dia bersekolah di sekolah cacat penglihatan di johor sampai besar, tak pernah dia tengok banjir depan mata dia..
seminggu sebelum dia meninggal, dia keluarkan semua fail-fail pasal sijil lahir anak, bil-bil telefon, elektrik, dan sebagainya, siap fotostet segala ic dan sijil-sijil lahir anak..dia bagitahu isterinya yang fail tu ada diatas meja..sebelum ni dia tak pernah tunjuk apa-apa bil pun, semua dia masukkan dalam almari..
Wan pesan pada saya, kalau ada sesapa yang ada berhutang dengan Anuar harap bagitahu pada dia..sama ada nak halalkan atau pun kena bayar juga.. harap semua yang mengenali Anuar dapat sedekahkan Alfatihah buat beliau, dan kalau ada sesiapa yang ingin menderma bolehlah berbuat demikian..saya pun dah mintak no akaun dia..dia pun tengah sibuk uruskan hal anak-anaknya, selama ini Anuar yang buat semua tugas-tugas anak-anak..
Sekian...
Su Purpleheart
disebalik keindahan terselindung kepiluan..namun disebalik kepiluan pastinya ada hikmah yang Allah jadikan..
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Blog ini ialah blog peribadi kepunyaan Su Purple..segala isi kandungan blog ini adalah luahan dan pandangan yang tulus ikhlas dari tuan punya blog..dan beberapa ilmu pengetahuan yang ingin dikongsi bersama pembaca sekelian..
Apa yang baik dikongsi bersama, apa yang buruk dijadikan pengajaran.
Blog ini ialah blog peribadi kepunyaan Su Purple..segala isi kandungan blog ini adalah luahan dan pandangan yang tulus ikhlas dari tuan punya blog..dan beberapa ilmu pengetahuan yang ingin dikongsi bersama pembaca sekelian..
Apa yang baik dikongsi bersama, apa yang buruk dijadikan pengajaran.
Tuesday, January 18, 2011
surat terbuka buatmu sahabat..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Nasihat buat kawan-kawan
pesanan dari sahabat
Kehidupan suatu cabaran, tabahkan hati menghadapi dugaan dan lawan. Bersedia mengkritik dan dikritik. Hadapi dunia luar dengan hati yang terbuka. Sentiasa belajar dan mendengar. Pasti hidup akan berjaya - insan terpilih
Popular Posts
-
Harini cuti am, sempena Deepavali..esok.kerja, lusa cuti, pastu kerja..alang-alang cuti banyak lagi, apa kata amik aje cuti. Kita balik Ter...
-
Nasi kawan aku belanja, cuba tengok ikan tu macam bentuk hati kan.. Sambil buat kerja, tengok email, lepas tu tengok facebook, pastu sambung...
-
Setiap dari kita pasti ada teman istimewa kan.. dan pastinya dalam persahabatan pasti ada pertelingkahan, kan? pagi tadi aku terbaca kisa...
-
Bulan lepas aku dan 2 orang rakan aku ke Shah Alam DEMI untuk menikmati hidangan yang dikatakan enak, sedap dan nyaman (sedap kalau orang Sa...
-
Untuk dikongsi bersama... Allah s.w.t. menjelaskan bahawa sembahyang itu mencegah pelakunya daripada melakukan kejahatan dan kemungkar...
-
Hari ini berlakunya gerhana matahari yang dapat dilihat di Alor Setar, Kedah. Terpegun dengan ciptaanMu Allah yang mengaturkan segala-galany...
-
Terima kasih kepada sahabat yang mengirimkan doa ini.. mula-mula dia mms doa ni tapi disebabkan henponku tak berapa canggih maka tak dapatl...
-
Hp dah seminggu tak bercoverage.. pada semua yang telah/ada menghantar sms ataupun membuat panggilan, harap maaf ye.. hp aku telah pinjamkan...
-
Diperkenalkan oleh kawan aku sewaktu aku belajar diploma.. Tahun 1998, masa tu bayaran masuknya dalam rm10..terkesima bila masuk kesini..m...
No comments:
Post a Comment