Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Blog ini ialah blog peribadi kepunyaan Su Purple..segala isi kandungan blog ini adalah luahan dan pandangan yang tulus ikhlas dari tuan punya blog..dan beberapa ilmu pengetahuan yang ingin dikongsi bersama pembaca sekelian..

Apa yang baik dikongsi bersama, apa yang buruk dijadikan pengajaran.

Saturday, December 31, 2011

Aku tak sedia lagi

Aku tak sedia lagi untuk berubah..

bukan mudah untukku berubah..
berubah dari menyayangi seseorang kepada melupakan..

senang untuk dilafazkan
bukan mudah untuk merealisasi..
bukan semudah petik jari dan...
BERTUKAR!!! bagaikan ultraman..

dan pada malam tahun baru ini, aku membawa haluan ke selatan..
membawa hati dan perasaan..

harapan aku agar aku diberikan kesabaran yang semaksimanya..

tanpa ku sedari air mataku menitis lagi..
pahitnya perpisahan
aku tak sedia lagi..
tapi aku dipaksa menerima takdir ini...

Friday, December 30, 2011

Cinta 2011

Kalau kita benar-benar sayang, kita tak perlu memiliki dirinya. Cukup sekadar dia senang, tersenyum dan bahagia. Itu telah membuatkan kita juga bahagia
.
.
.
.
Ya Allah, kau makbulkan doaku
kau makbulkan doaku meskipun seketika..
seusai dengan perginya 2011..
aku juga ingin mengucapkan selamat tinggal
pada dia yang pernah kukenali..

Thursday, December 29, 2011

Someone like you

I heard that you're settled down

That you found a girl and you're married now.
I heard that your dreams came true.
Guess she gave you things I didn't give to you.

Old friend, why are you so shy?
Ain't like you to hold back or hide from the light.
I hate to turn up out of the blue uninvited
But I couldn't stay away, I couldn't fight it.
I had hoped you'd see my face and that you'd be reminded
That for me it isn't over.

Never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you too
Don't forget me, I begged
I remember you said,
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead,
Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead, "

Yeah
You'd know how the time flies
Only yesterday was the time of our lives
We were born and raised
In a summer haze
Bound by the surprise of our glory days

I hate to turn up out of the blue uninvited
But I couldn't stay away, I couldn't fight it.
I'd hoped you'd see my face and that you'd be reminded
That for me it isn't over.

Never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you too
Don't forget me, I begged
I remember you said,
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead."

Yeah

Nothing compares
No worries or cares
Regrets and mistakes
They are memories made.
Who would have known how bittersweet this would taste?

Never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you
Don't forget me, I begged
I remember you said,
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead."

Wednesday, December 28, 2011

Pipi aku tembun

ni gambar bulan 5, masa pergi kameren..cuba tengok muka aku..yang lain abaikan ye..

cuba tengok pipi sekarang..kan beza tuu??

aduhai....
tandanya badan aku da naik...
huaaaaaaaa

Sunday, December 25, 2011

Ada hikmahnya tu

Apa yang terjadi pasti ada hikmahnya tu, betul kan?


miss someone who always remind me to solat - adik, selamat menunaikan solat..

Ya Allah, kalau dia sakit sembuhkanlah penyakitnya, kalau jiwa dia tersiksa, tenangkanlah jiwanya, kalau dia dilambung duka, selamatkanlah dia..

Saturday, December 17, 2011

Biar mimpi sampai ke bintang

Ini tajuk drama di Astro Ria.. lakonan Randy Pangalila yang akan disiarkan pada 22 Disember ini..

Semua orang nakkan mimpi yang indah..Mimpi yang indah dan berharap jadi kenyataan, betul kan??

Tapi ada ke semua mimpi jadi kenyataan, tak ada kan?

Aku tak berharapkan apa-apa mimpi
Semoga aku akan lebih baik dari semalam..amalanku, ibadahku, kerjayaku dan kesihatanku

Tiba-tiba rindu pada orang yang aku kenali yang dah lama tak jumpa..

antaranya.. Luna, Ila Minnie, adik chumel Laily, abang gula merah, Fahrin Ahmad, Farehan, Zulaikha dan Zalina..miss all of you..

Thursday, December 15, 2011

Rahsia sujud dalam solat

Sujud melegakan sistem pernafasan. MUNGKIN ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia.


Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.

Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud pula boleh:

- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
- melegakan sakit hernia. (burut)
- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
- melegakan paru-paru daripada ketegangan.
- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
- meringankan bahagian pelvis.
- memberi dorongan supaya mudah tidur.
- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.
- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatic memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
- mengurangkan kegemukan.
- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke ! tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions) .
- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekali gus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.

Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala danmigrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.

Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

Tuesday, December 13, 2011

Kalau dah itu doanya..

Kalau dah itu doanya..terima aje lah dengan hati terbuka, betul kan?

Itulah kan, bila kita nk berdoa, bak kata orang fikir dulu sebelum nk minta..

Alkisahnya sebelum ini aku sentiasa berdoa agar ada insan yang akan menyayangi aku dan menerima aku seadanya. Biarpun hanya dari jauh. Biarpun diri ini bukan kepunyaannya. Cukuplah sekadar dia menyayangi aku..

Tatkala diari tahun lepas dibuka, aku terpandang ayat ini yang ku tulis.

Ya Allah, rupanya Allah telah makbulkan doaku..
serupa seperti yang apa aku mohon..

kenapa aku tak doa orang yang sayang pada aku itu aku miliki?
tak apala, dah itu doanya..syukur alhamdulillah..
tq abang gula melaka...

Thursday, December 1, 2011

Semoga aku menjadi kuat

Awal bulan Disember, aku demam..

aku tahu apa sebabnya, tapi apa-apapun aku kena kuatkan semangatku.. aku terlalu rindu pada seseorang, aku ingin lari dari bayangannya, dan inilah bahananya..

Ya Allah, berikan pada ku kekuatan untuk meneruskan hari-hari yang mendatang..

Thursday, November 17, 2011

Jangan lupa namaku

walaupun aku dah lama tak berblog..tapi jangan lupakan blogku..

sejak akhir-akhir ni aku sering diganggu oleh perasaan sendiri. Untuk berkongsi perasaan rasanya tidak sama sekali kerana aku malu. Biarlah aku sendiri yang tanggung selagi aku mampu.

Buat semua terimalah lagu dari Pompa Bensin.. please jangan lupa namaku???

Walau aku tidak bersamamu
Jangan engkau lupakan diriku
Walau aku tiada di sisimu
Jangan engkau lupakan namaku

Kerana
Aku mengingati mu
Kerana
Aku men’cintaimu


Andai aku
Bisa bertemumu
Dengan senyum ku tadah syukurku
Andai aku bisa menyentuhmu
Air mata pasti deras gugur


Kerana
Aku merindui mu
Kerana aku sentiasa
Menyintaimu oh sepenuh hati

Walau kamu
Jauh di mataku
Jangan aku hilang dalam kalbu
Saat kamu samar mengingati
Jangan aku terus kau lupakan

Kerana aku

Sentiasa mengingatimu
Kerana aku
Sentiasa menyayangimu oh kekasih hati


Andai aku bisa memelukmu
Pasrah aku tabah diujimu
Andai aku bisa dicintai
Dengan rela menyerahkan hati


Kerana
Aku merindui mu
Hmmm Kerana aku sentiasa menyintaimu


Wednesday, August 10, 2011

Kata-kata hikmah Khulafa' Ar-Rasyidin

KATA -KATA HIKMAH KHULAFA' AR-RASYIDIN


SAIDINA ABU BAKAR RADHIALLAHU ANHU BERKATA:

Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan iaitu:

1. Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya atau;

2. hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim atau;

3. hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan pula atau;

4. adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna



SAIDINA UMAR AL-KHATTAB RADHIALLAHU ANHU BERKATA:

1. Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya

2. Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina

3. Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya

4. Barang siapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga



SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN RADHIALLAHU ANHU BERKATA:

Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:

1. Hatinya selalu berniat suci

2. Lidahnya selalu basah dengan zikrullah

3. Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)

4. Segala perkara dihadapaiya dengan sabar dan tabah

5. Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.



SAIDINA ALI KARRAMALLAHU WAJHAH BERKATA:

1. Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu'

2. Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia- sia

3. Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur’an tanpa mengambil pangajaran daripadanya

4. Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat wara'

5. Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi

6. Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki

7. Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan

8. Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya, siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya, siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak wara', sedang orang yang tidak wara' itu bererti hatinya mati

copy paste dari email... untuk dikongsi bersama di bulan yang mulia ini..

Thursday, July 28, 2011

Salam Ramadhan

Selamat menyambut Ramadhan buat semua yang mengikuti blog aku.. terima kasih atas kesudian kalian membaca curahan hatiku ini..

Insya Allah seperti tahun lepas aku akan pastikan bulan Ramadhan diisi dengan segala amalan yang diberkati.. masa ni la kita nk kumpul sebanyak pahala yang boleh kan..

masa ni lah nak lebih2kan baca Alquran, masa ni jugalah elok lebih-lebihkan solat sunat..

dan lebih kan sedekah..

dan paling penting positifkan pemikiran..

Selamat datang Ramadhan..

Saturday, July 16, 2011

Air poligami

Bulan lepas aku dan 2 orang rakan aku ke Shah Alam DEMI untuk menikmati hidangan yang dikatakan enak, sedap dan nyaman (sedap kalau orang Sarawak kata)..

Mujurlah rehat lama..

Sampai disana, kelihatan ramai insan-insan sepertiku yang ingin mengalas perut yang berkeroncong ini dengan hidangan ayam penyet..resepi yang dikatakan mabeles tuu..

Ayam penyet 3 set.. ok air kak..

tengok menunya..eh awat air ni namanya air poligami.. eeeeee, takut nak minum!

setelah kawan-kawan aku siap memilih kecuali aku, aku masih tak tahu apa air yang ingin diminum..

Ya Allah, selamatkanlah aku dari malapetaka dunia dan selamatkanlah aku dari bala diakhirat..dan aku terfikir..alahai apa susah..ini cuma namanya aje..

ok dik, air poligami 1 ye..

Bila tibanya air itu, aku baca bismillah dan minum..

ooooo...air mangga weh.. sedap bangat!!

itu rupanya air poligami..(huhh..)

Friday, July 15, 2011

Trip to Kuching, Sarawak

Jalan dah lama, update sebulan selepasnya.. awatla lambat bebenar blogger purple ni..kawan yang ajak pergi sebab ada promosi tiket air asia. Berjalan sakan kitorang - 5 hari 4 malam.. alang-alang berjalan kan, biar berbaloi-baloi..

Pergi Muzium Kucing...
Masing-masing jadi kucing..
 Naik sampan pusing-pusing Sungai Sarawak..
 Berehat di Kampung Budaya Sarawak..
 Naik jambatan buluh.. Waaa sangat seram..
 Tu diaaa.. berposing gitu
 Nak balik daa..
Ni ikan terubuk abang encem bagi..nah korang rasa la sikit-sikit jangan gaduh-gaduh.. isy abang ni ingat kita ni kucing ke nak gaduh.. hik hik hik..

Thursday, June 16, 2011

Ubat hati

Untuk dikongsi bersama...
yuk kita...

Friday, May 27, 2011

Trip to Cameron dengan mak

lama dah nak bawak mak ke Cameron, selain dari membawa diriku juga.. ni lah pes time aku sampai ke sana.. menginap di Strawberry Park Resort, 3 hari 2 malam..kesimpulannya : aku dan mak tak serasi duduk disana..sejuk sungguh.. hampir semput mujur tak berapa teruk. Mujur masing-masing bawa ubat athma.. bersama aku dan mak ialah makcik dan 2 orang cucunya..

 apartmentnya..



 aku dan adik
 belon
 makcik dan cucunya

 aku dan semuanya kecuali kakak, jadi photographer
 aku dan mak
 aku di kebun bunga
 kakak dan adik
 aku dan pokok teh
diladang teh, perjalanan sebelum pulang

Tuesday, May 3, 2011

Kesan Syaitan atas Pembaca Pengamal AlQuran

copy dari email..untuk dikongsi bersama. Lepas ni jangan biarkan AlQuran anda diselumbungi...habukkkkk...

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.


Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'


Saat Anda membwa Al-Quran, syaitan biasa biasa saja...tengok je..
Saat Anda membukanya, syaitan mulai curiga.
Saat Anda membacanya, ia resah dan gelisah.
Saat Anda memahaminya, ia kejang kejangan.
Saat Anda mengamalkan Al-Qur'an dlm kehidupan sehari-hari.ia stroke...Teruskn membaca & mengamalknnya agar syaitan terus stroke.

Saturday, April 23, 2011

Adat berkawan

Adat bila berkawan. Ada aje suka dan duka.. nama pun manusia. Sedikit sebanyak pasti ada yang tersentuh, terasa, terguris atau terkeciwa..

Kalau kita berkawan memang adat la kalau sesekali bergaduh. Sedangkan lidah lagi tergigit. Sedangkan bulu mata pun tergugur dalam mata. Sedangkan kaki pun boleh tersadung.

Makin kita kenal seseorang, makin rapat kita pada dirinya. Dan sepatutnya kita akan lebih memahami dirinya.

Tapi bila berselisih faham, kita sebenarnya akan lagi faham akan sikapnya. Lupakanlah sikapnya begitu, kita pun ada juga sikap negatif yang kita tak tahu, kan..

Apa kata bila berselisih faham kita sms atau email kawan kita..

Maafkan aku sahabat..jom kita pergi makan nak?

Awas, kalau sahabat anda sedang on diet.. takut langsung tak dilayan pulak..huhuhu...

Thursday, April 21, 2011

Kad Undangan Perkahwinan

Canggihnya kad undangan zaman sekarang.. ni kad kahwin ZZ..

masa time aku simple sungguh..30 sen sekeping..tapi wangi, kaler pink pulak tuu..tapi masa tu tahun 2001..

bila time kawan aku kawen tahun 2008, harga kad aku tak lagi harganya 30 sen, rm1.20..

agaknya bila tahun 2020, mesti orang akan gelak bila ada orang hantar kad macam kad kawen aku.. tahun berapa punya kad laa ni..masa tu bagaimana pula kad kawennya...

Wednesday, April 13, 2011

Hafal AlQuran




Untuk dikongsi bersama...

Assalamualaikum,

Di peringkat awal, harus ada usaha sekurang-kurangnya menghafaz juzuk 30 di dalam al-quran. Bak kata seseorang yang tidak perlu diketahui namanya :
“Kalau takde sekurang-kurangnya satu juz quran di dada kita, kita takkan terlarat nak meneruskan perjalanan…”


Senarai surah juzuk 30
078. AN NABA’
079. AN NAAZI’AAT
080. ‘ABASA
081. AT TAKWIIR
082. AL INFITHAAR
083. AL MUTHAFFIFIIN
084. AL INSYIQAAQ
085. AL BURUUJ
086. ATH THAARIQ
087. AL A’LAA
088. AL GHAASYIYAH
089. AL FAJR
090. AL BALAD
091. ASY SYAMS
092. AL LAIL
093. ADH DHUHAA
094. ALAM NASYRAH
095. AT TIIN
096. AL ‘ALAQ
097. AL QADR
098. AL BAYYINAH
099. AZ ZALZALAH
100. AL ‘ADIYAAT
101. AL QAARI’AH
102. AT TAKAATSUR
103. AL ‘ASHR
104. AL HUMAZAH
105. AL FIIL
106. QURAISY
107. AL MAA’UUN
108. AL KAUTSAR
109. AL KAAFIRUUN
110. AN NASHR
111. AL LAHAB
112. AL IKHLASH
113. AL FALAQ
114. AN NAAS

Secara keseluruhan, ada 37 surah yang perlu dihafal.
Selalunya, kita sudah terhafal serba sedikit 22 surah terakhir (surah 93-114) disebabkan kita selalu membacanya sewaktu kecil atau selalu mendengar orang lain membacanya.
Jadi hanya tinggal 15 surah sahaja lagi yang perlu dihafal.
Apa yang perlu dilakukan untuk menghafal ialah :

1. Biasakan dahulu membaca surah yang ingin dihafal secara keseluruhan. Baca berulang-ulang kali sehingga lidah biasa menyebutnya dan kita seakan-akan telah terhafal sedikit demi sedikit.

2. Mula menghafal dengan membaca berulang-ulang kali ayat yang ingin dihafal.

3. Jika telah ingat 1 ayat, langkah ke ayat seterusnya. Dan lakukan kembali step kedua. Kemudian baca kembali ayat yang sedang dihafal dan ayat yang sudah dihafal sebelumnya berulang-ulang kali.

4. Ulangi langkah 1 hingga 3 sehingga fasih dan kita berasa yakin untuk membaca surah tersebut di mana sahaja, bila-bila masa, tanpa melihat al-quran.

5. Perlu mengulang setiap hari surah-surah yang telah dihafal. Boleh baca sewaktu menaiki bas, sedang tunggu makanan sampai, sedang berjalan menuju ke kelas, sedang menunggu jemaah untuk solat, sedang berjalan menuju ke masjid, etc.

Dari segi kecepatan untuk menghafal, rasanya satu hari boleh dapat satu surah. Memandangkan surah di dalam juzuk 30 tu ringkas dan pendek.

Mulalah dulu dengan menghafal, kemudian belajar maksud dan menjiwai setiap ayat yang kita hafal. Baru feeling waktu baca di dalam solat.

Gunakan waktu muda untuk menghafal kerana otak masih fresh dan masa lapang masih banyak. Ayah saya yang sudah berumur pun masih sedang berusaha menghafal quran sehingga kini.

copy dari email

Monday, April 4, 2011

Balasan meninggalkan atau melambatkan solat

 
Untuk dikongsi bersama...

Allah s.w.t. menjelaskan bahawa sembahyang itu mencegah pelakunya daripada melakukan kejahatan dan kemungkaran (al-Ankabut: 45) dan dalam masa yang sama iblis terus menerus berusaha untuk menyesatkan manusia. Kerana itu maka tidak peliklah kenapa iblis dan syaitan itu berusaha untuk menyekat manusia daripada melakukan sembahyang.

Iblis dan syaitan berusaha menghalang manusia agar jangan melakukan sembahyang. Andainya seseorang itu terus juga sembahyang, makhluk itu akan mengganggu ketika seseorang itu sedang mengambil wuduk. Rasulullah s.a.w. memberi amaran tentang adanya satu kumpulan iblis yang dinamakan ``al-Wilhan'' yang berperanan untuk mengganggu seseorang itu berwuduk, menyebabkan timbulnya was-was, lalu wuduk itu diambil mengambil masa yang panjang, berulang kali tanpa yakin.

Ketika mendirikan sembahyang iblis akan menimbulkan was-was hati iaitu ketika berniat, membaca al-Fatihah, mengganggu pemikiran menyebabkan seseorang itu tidak berupaya menumpukan konsentrasinya kepada ibadah yang dilakukan. Ketika itu timbul pelbagai lintasan, termasuk peristiwa yang dilihat di tengah jalan, di pejabat, rasa kecewa harga saham dan kelapa sawit yang menjunam dan lain-lain lagi termasuk gangguan yang timbul daripada gambar-gambar ataupun tenunan pada kain sejadah yang dijadikan alas tempat sembahyang.

Selain daripada tabiat manusia yang sukar hendak mendirikan ibadah sembahyang, iblis dan syaitan juga menipu manusia agar melengah-lengahkan sembahyangnya, yang mungkin berpunca daripada sifat malas semula jadi, didikan yang diberi atau suasana yang mempengaruhi. Seseorang itu mungkin melambat-lambatkan sembahyangnya kerana mesyuarat, terlalu asyik dengan kerja yang dilakukan, untuk menyudahkan tugas yang diberi dan sebagainya.

Untuk mengatasi masalah seperti ini seseorang itu perlu kembali kepada hukum asal, iaitu memahami hukum mereka yang melambat-lambatkan sembahyang seperti yang saudara kemukakan.

Dalam surah al-Maun: 4-5 dijelaskan, ``Maka kecelakaanlah bagi mereka yang sembahyang, iaitu orang yang lalai dari sembahyangnya.''

Menurut Saad bin Abi Waqqas, seorang daripada 10 sahabat yang dijanjikan syurga, yang meninggal dunia pada tahun 55H, menyatakan yang dia telah bertanyakan Rasulullah tentang maksud ``orang yang lalai sembahyang'' tadi. Baginda menyatakan bahawa yang dimaksudkan itu ialah mereka yang melambat-lambatkan sembahyang daripada waktunya.

Mereka ini tetap termasuk dalam golongan orang yang melakukan sembahyang, tetapi memandang enteng dengan melambat-lambatkannya. Bagi mereka adalah balasan neraka, yang dinamakan ``wail'', yang sangat berat azabnya. Menurut satu pendapat neraka wail itu adalah satu lembah yang terdapat di neraka jahanam. Andainya bukit-bukit yang ada di dunia itu diletakkan dalamnya, nescaya hancur luluh semuanya kerana terlalu panas.

Dalam sebuah hadis riwayat daripada al-Bayhaqi dinyatakan bahawa Umar bin Al-Khattab r.a. ada memberitahu, telah datang seorang lelaki menemui Rasulullah s.a.w. lalu bertanya: Ya Rasulullah, apakah amalan yang paling dikasihi Allah dalam Islam. Baginda menjawab: Sembahyang dalam waktunya. Barang siapa meninggalkan sembahyang, maka tidak ada agama baginya. Sembahyang adalah tiang agama.

Rasulullah s.a.w. juga ada bersabda yang bermaksud: Apabila seseorang hamba itu sembahyang pada waktu awal, maka sembahyang itu naik ke langit dengan cahaya, sehinggalah tiba ke arasy, lalu sembahyang itu memohon keampunan kepada Allah untuk tuannya sehingga hari kiamat. Ia berkata: Semoga Allah memelihara akan dikau sebagaimana engkau memelihara akan daku. Dan apabila seorang hamba itu sembahyang bukan pada waktunya, sembahyang itu naik ke langit bersamanya kegelapan. Apabila tiba ke langit ia dilipat, seperti pakaian yang dilipat, lalu dipukul dengannya pada muka tuannya, ia berkata: Allah s.w.t. mempersia-siakan akan dikau, sebagaimana engkau mempersia-siakan akan daku.

Keterangan di atas menjelaskan betapa Allah memberi peringatan amaran terhadap mereka yang melengah-lengahkan sembahyang. Andainya seseorang itu benar-benar beriman kepada Allah dan menyedari betapa pedih dan sakitnya seksaan tersebut, dia akan sedar dan insaf dan tidak akan mengulangi perbuatannya itu.

Ketahuilah bahawasanya setiap solat yang ditinggalkan akan ada pembalasannya:-

Subuh - Allah SWT akan mencampakkannya kedalam neraka Jahannam selama 60 tahun* di akhirat. (*nota - 1 tahun diakhirat=1000 tahun didunia=60,000 tahun)

Zuhur - Dosa sama seperti membunuh 1000 orang muslim.

Asar - Dosa sama seperti meruntuhkan Ka'abah

Maghrib - Dosa sama seperti berzina dengan ibubapa sendiri.(Tergamakkah kita berzina dengan kedua orang tua kita).

Isyak - Allah SWT berseru kepada mereka :- "Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi redha engkau tinggal dibumiKu dan menggunakan nikmat-nikmatku, segala yang digunakan dan dikerjakan adalah berdosa kepada Allah SWT."

Dan diantaranya lagi ialah:-

Di dunia
Allah SWT menghilangkan berkat dari usaha dan rezekinya.
Allah SWT mencabut nur orang-orang mukmin (soleh) daripada (wajah) nya.
Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.


Sakaratul Maut
Ruh dicabut ketika ia berada didalam keadaan yang sangat haus.
Dia akan merasa amat azab/pedih ketika ruh dicabut keluar. (su'ul khatimah)
Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.


Alam Barzakh
Dia akan merasa susah (untuk menjawab) terhadap pertanyaan (serta menerima hukuman) dari Malaikat Mungkar dan Nakir yang sangat menggerunkan. Kuburnya akan menjadi cukup gelap. Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang-tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari) (Siksaan binatang-binatang bisa seperti ular, kala jengking dan lipan)


Hari Qiamat
Hisab keatasnya menjadi sangat berat.
Allah SWT tersangat murka kepadanya.
Allah SWT akan menyiksanya dengan api neraka.

copy dari Landry Ahmad

Sunday, April 3, 2011

Dah lama tak pergi ke sini

Diperkenalkan oleh kawan aku sewaktu aku belajar diploma.. Tahun 1998, masa tu bayaran masuknya dalam rm10..terkesima bila masuk kesini..makan sampai pitam? sampai 2 jam! tapi tak la tunggu sampai 2 jam.. Selepas itu aku perkenalkan kepada bekas suami aku, dulu suamila.. Suka dia sebab dapat makan puas-puas.. Dan sekian lama tak ke sana..kawan aku Ikin ajak makan, aku ok aje..ajak makan, sape la tak nak, hehehehe.. 
Promosi - biasa seorang 24..tapi hari tu 20.4..

maka pada 1 april..permulaan untuk bulan 4 ni..makan la kami dengan sungguh-sungguhnyaa..

 
 Ayam-ayamnya..yang pedas, yang rangup, yang panggang..

 Ni kentang putaq, sos tomato, lasagna, emm entah apa lagi tah..tapi semuanya halal..

 ni salad..amik ni dulu..alas perut..


sup cendawan yang menawan kalbu..

kentang goreng yang enak bangat..


Saturday, April 2, 2011

Ada nampak perbezaan?

Bila dah kurus, rasa cergas aje..

Syukur alhamdulillah..tak la rasa penat nanti bila buat solat terawih nanti..
boleh la puasa sunat selalu..sebab tak cepat letih
dan boleh la solat tahajud selalu (ni yang payah sikit)
Cobaaannnnnn.......

Tuesday, March 29, 2011

Petua untuk murah rezeki dan dijauhkan kesulitan


dapat dari email, untuk dikongsi bersama...

ASSALAMUALAIKUM Wr Wb,


Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut. Dengan murung lelaki itu mengadu,'Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa
saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?'

Sang Guru menjawab sederhana, 'Perbaiki penampilanmu dan ubahlah riak mukamu. Kau tahu, Rasulullah SAW adalah penduduk dunia yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah SAW, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya.'

Lelaki itu tertunduk. Ia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya.

Mulai hari itu, wajahnya sentiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah. Keserasian selalu dijaga. Sikapnya ramah,wajahnya sentiasa menguntum senyum bersahabat. Riak mukanya berseri.

Tak heran jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah air muka yang ramah dan penuh senyum. Bahkan Rasulullah SAW menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya.

Demikian pula seorang suami atau seorang isteri. Alangkah celakanya rumah tangga jika suami isteri selalu berwajah tegang. Sebab tak ada persoalan yang diselesaikan dengan mudah melalui kekeruhan dan ketegangan. Dalam hati yang tenang, fikiran yang dingin dan wajah cerah, Insya Allah, apapun persoalannya nescaya dapat di atasi. Inilah yang dinamakan keluarga sakinah, yang didalamnya penuh dengan cinta dan kasih sayang.

Anda ingin beramal soleh sebagai bekalan akhirat? Tolong kirimkan kepada rakan-rakan muslim lainnya yang anda kenal.

Monday, March 28, 2011

Lelaki solat pakai jeans, wanita tanpa telekung

Menarik sungguh artikel ini..mari kita berkongsi hasil pena Imam Muda Asyraf

Saya berkunjung ke Jakarta. Kebetulan disapa oleh sekumpulan cewek ala-ala Bunga Citra Lestari. Berpakaian dengan mini skirtnya. Rambut curl. Ada yang hanya berbaju tali gantung. Dengan high heels-nya. Seolah-olah saya sedang menyaksikan Drama Sinetron Bawang Merah Bawang Putih.


"Permisi Mas. Di mana tempatnya Musalla orang solat?" tanya salah seorang cewek kepada saya. Mungkin barangkali mereka sangkakan saya ini orang Indonesia. Mahu sahaja saya beritahu saya ini bukan Ashraff Sinclair. Tapi cuma Asyraf imam kampung.

"Oh. Kapannya di sebelah sana. Belakang parkir kereta," saya menjawab dengan berbahasa Indonesia yang terkeluar dari skema Dewan Bahasa Dan Pustaka Indonesia. Mereka tertawa kecil dengan jawapan saya.

Teman yang bersama saya ialah seorang mahasiswa di salah sebuah universitas di Jakarta. Dia memberitahu saya bahawa, budaya orang di Indonesia berbeza dengan budaya di Malaysia. Tidak menjadi sesuatu yang mustahil apabila seorang wanita yang tidak menutup aurat masuk ke surau dan memakai telekung yang disediakan lalu mengerjakan solat. Malah majoritinya tanpa rasa segan silu. Walaupun ada pertanyaan di benak hati saya, namun saya melihat ianya dari sudut positif. MEREKA TIDAK TINGGALKAN SOLAT!

Saya berkunjung di Brunei. Dalam satu program perkhemahan bersama remaja. Apabila tiba waktu solat, saya dijemput mengimamkan solat. Di belakang saya ramai remaja lelaki dan perempuan. Yang lelaki memakai jubah kebanyakannya. Saya sangat kagum. Namun selesai salam dan berpisah untuk ke ruang makan, kebanyakan si lelaki menanggalkan jubah mereka dan mengenakan seluar pendek. Walaupun tidak semua, namun ianya satu lagi persoalan kepada saya. Walaupun begitu saya masih mengambil yang positif. Dalam persoalan ibadah, MEREKA MEMENTINGKAN SUNNAH!

Saya berkunjung ke Berjaya Times Square Kuala Lumpur. Tanah airku. Ketika melalui surau di tingkat lapan, ada sekelompok remaja lelaki dan perempuan sedang menunggu rakan mereka di luar surau. Saya yang sedang memakai kasut mula bertegur sapa. Saya bertanya kepada mereka, kenapa mereka tidak solat sekali dengan rakan-rakan yang lain. Agak menakjubkan jawapan mereka. Si lelaki mengatakan ia berseluar jeans. Kotor berpeluh. Di dalam surau tiada kain pelikat katanya. Yang si perempuan pula berkata, "Saya tidak membawa telekung. Lagipun telekung di dalam surau tu dah terlalu kuning lusuh warnanya."

Sekali lagi pelbagai persoalan yang timbul di benak fikiran saya. Saya masih mengambil yang postitif. MEREKA MEMENTINGKAN KEBERSIHAN UNTUK BERTEMU ALLAH!

Islam itu mudah dan ia tidak menyukarkan umatnya. Malah ianya meraikan semua golongan bangsa dan warna kulit. Budaya sesuatu bangsa itu terbentuk hasil daripada sudut pandang nilai yang sama.

Kehidupan masa kini berbeza dengan suatu ketika dahulu. Perubahan zaman dengan corak kehidupan yang lebih pantas dan memerlukan pergerakan yang lebih luas membuatkan beberapa isu budaya yang perlu diubah. Masyarakat terutamanya wanita yang dilihat kini lebih banyak berurusan dengan situasi kerja dan urusan harian membuatkan beberapa kesukaran terjadi akibat keterikatan dengan budaya masa lampau.

Pemakaian Telekung di Nusantara

Pemakaian telekung adalah satu struktur budaya keagamaan yang dibentuk dalam komuniti masyarakat Islam di Nusantara. Ianya terbukti sesuatu yang amat baik jika dilihat dari aspek kesempurnaan ibadah. Para ulama Melayu dahulu amat teliti dalam memastikan kesempurnaan ibadah umat ketika itu. Pemilihan bentuk telekung yang longgar, lebar dan mudah disarung menjadikannya sesuai untuk semua generasi umur dan bentuk badan. Ini bersesuaian dengan arahan Allah SWT di dalam al-Quran yang menghendaki kita memakai pakaian yang baik ketika mendirikan solat.

Di dalam surah al-A'raaf ayat 31 yang bermaksud:

يَـٰبَنِىٓ ءَادَمَ خُذُواْ زِينَتَكُمۡ عِندَ كُلِّ مَسۡجِدٍ۬ وَڪُلُواْ وَٱشۡرَبُواْ وَلَا تُسۡرِفُوٓاْ‌ۚ إِنَّهُ ۥ لَا يُحِبُّ ٱلۡمُسۡرِفِينَ

Hai anak Adam, pakailah perhiasanmu (pakaian) yang indah disetiap kali kamu (memasuki) masjid, makan dan minumlah dan jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlebih lebihan.


Menurut Sheikh Khatib Al-Syarbini dalam kitabnya Mughni Muhtaj telah menguatkan pendapat daripada Ibn Abbas RA mengatakan bahawa maksud memakai pakaian yang indah setiap kali memasuki masjid ini adalah merujuk kepada pakaian ketika sembahyang.

Ibnu Hazm pula memahami maksud 'perhiasan' disini adalah menutup aurat.

Manakala Imam Ibn Kathir, telah memetik riwayat Imam Muslim mengatakan bahawa ayat ini merupakan bantahan atas tindakan orang-orang musyrik yang dengan sengaja mengerjakan tawaf di Baitullah dalam keadaan telanjang. Ianya juga menunjukkan memberi pengertian lain iaitu disunahkan menghias diri ketika hendak menunaikan sembahyang lebih-lebih lagi pada hari Jumaat dan Hari Raya. Juga disunahkan memakai wangi-wangian kerana ia juga termasuk daripada perhiasan.

Malah boleh juga kita mengenakan pakaian yang berjenama asalkan tidak mendatangkan rasa takabur. Ini sepertimana yang diberitahu oleh Qatadah yang meriwayatkan dari Muhammad Ibnu Sirin bahawa sahabat Nabi Muhammad SAW, Tamim Ad-Dari pernah membeli sebuah rida' (selendang atau serban) dengan harga seribu, lalu ia mengerjakan sembahyang dengan mengenakannya.

Ulama Melayu dahulu amat bijak dalam membentuk budaya corak berpakaian yang baik kepada umat Islam di Nusantara. Mereka juga telah memilih warna putih sebagai warna rasmi kepada telekung. Ini juga bersesuaian dengan kehendak sunah yang amat disukai oleh Baginda Nabi SAW dalam memilih warna pakaian yang terbaik. Sebagaimana yang diriwayatkan dari Imam Ahmad dari Ibnu Abbas di dalam hadis marfu', Rasulullah SAW bersabda :

"Pakailah pakaian kalian yang berwarna putih. Kerana sesunggunya ia adalah sebaik-baik pakaian kalian. Dan kafanilah orang-orang yang mati dikalangan kalian dengannya."

Pembentukan budaya pemakaian telekung ini membuatkan Umat Islam di Nusantara agak janggal untuk memilih pakaian yang berlawanan dengan adat budaya yang telah dibentuk sejak sekian lama.

Telekung Pada Masa Kini

Budaya yang baik pada asalnya ini sedikit sebanyak mula mendatangkan kesan yang agak negatif kepada wanita Islam masa kini yang bergerak aktif dalah kehidupan seharian. Ini kerana pemahaman budaya tersebut telah disalahertikan oleh wanita kini tanpa melihat dari aspek ilmu Islam yang sebenar.

Disebabkan itulah muncul pelbagai alasan yang tidak munasabah apabila tibanya waktu solat. Ada sebahagian wanita yang mengabaikan solat apabila berada di luar rumah contohnya di pusat membeli belah, tempat kerja dan sebagainya dengan beralasan tidak membawa telekung. Ada juga yang memberi alasan telekung yang disediakan di masjid mahupun surau itu agak kotor dan tidak sesuai.

Sedangkan pemakaian telekung itu bukanlah syarat sahnya solat seseorang wanita. Bagaimana keadaan wanita yang berada di luar daripada negara Nusantara. Mereka tidak pernah mengenal erti telekung. Disebabkan itulah ramai dikalangan wanita Nusantara merasa pelik dengan pakaian wanita Muslimah di negara barat, China, India mahupun Timur Tengah.

Sebenarnya syarat dalam pakaian sembahyang adalah cukup dengan menutup aurat dan hendaklah pakaian itu bersih dari sebarang najis. Bukanlah telekung berwarna putih itu menjadi syarat sahnya sembahyang.

Andainya seorang wanita itu berpakaian baju kurung atau pakaian yang menepati syarat aurat, walaupun ianya berwarna warni, maka tetap sah solat mereka. Menurut jumhur ulama, yang diwajibkan wanita dalam solat adalah memakai baju dan tudung kepala. Maka Ibnu Munzir berpendapat, "Jika kain yang dipakai cukup luas lalu ia menutupi kepalanya dengan kelebihan kain itu, maka ianya dibolehkan.

Aurat wanita ketika sembahyang sama sahaja seperti aurat wanita di luar sembahyang. Sepertimana batasan aurat wanita yang digunapakai oleh masyarakat di Malaysia dengan merujuk kepada pandangan Mazhab Syafie iaitu seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. Berasaskan kepada pandangan ini, tidak semestinya telekung sahaja yang boleh dijadikan pakaian sembahyang. Baju kurung, jubah, blaus juga boleh dijadikan pakaian sembahyang walaupun ianya bukan berwarna putih.

Lelaki dan Solat

Manakala bagi lelaki pula, kebersihan, kecantikan dan wangi-wangian menjadikan sembahyang mereka lebih baik pada zahirnya disisi Allah SWT. Ini kerana situasi menghadap Pencipta Yang Maha Agung itu memerlukan lebih berketerampilan berbanding berhadapan manusia lainnya.

Namun, berpakaian yang elok itu tidaklah semestinya mewajibkan kepada mereka berkain pelekat, berjubah, baju melayu dan sebagainya. Ada juga yang meninggalkan sembahyang kerana beranggapan pakaiannya kotor dengan peluh. Kotor dengan minyak kereta kerana bekerja sebagai mekanik. Kotor dengan lumpur kerana baru pulang dari kebun dan sebagainya.

Sedangkan, syarat sah solat ialah pakaian tersebut hendaklah bebas dari sebarang najis. Kotor tidak bermaksud ianya bernajis. Jadinya disini, seorang yang dalam keadaan berpeluh sesudah bersukan boleh menunaikan solat tanpa menukar pakaiannya.

Di dalam kitab Fathul Bari karangan Imam Ibnu Hajar al-Asqalani telah mengambil riwayat dari Ibnu Hibban mengatakan bahawa Muawiyah bin Abu Sufyan bahawasanya ia bertanya kepada saudara perempuannya (Ummu Habibah), "Apakah Rasulullah pernah solat memakai pakaian yang digunakan ketika berhubungan dengan isterinya?" Ummu Habibah menjawab, "Ya, apabila Baginda tidak melihat sebarang kotoran di pakaian tersebut."

Hadis ini menerangkan kepada kita bahawa, selagi pakaian yang dipakai itu tidak jelas padanya najis yang boleh merosakkan solat, maka sah solat yang kita kerjakan dengan berpakaian biasa. Malah remaja lelaki yang berpakaian serba fesyen terkini, samada berseluar jeans, baju yang pelbagai bentuk warna juga boleh mengerjakan sembahyang tanpa merasakan janggal. Kerana Islam tidak pernah menyusahkan untuk melakukan sembahyang.

Penutup

Ini bukan kempen 'tak pakai tudung takpa janji hati baik'. Ini juga bukan kempen menghapuskan pakaian yang indah ketika solat. Namun ini adalah kempen untuk memudahkan solat kepada setiap manusia.

Islam itu mudah. Ianya sesuai dalam kehidupan seharian umat. Allah lebih mengetahui perihal keadaan hamba-hamba-Nya. Islam tidak hanya meraikan kelompok manusia yang sentiasa berada dalam kelapangan. Ia juga meraikan umat yang sibuk dan penuh dengan tugasan harian. Sembahyanglah anda walau di mana anda berada.

copy dari I luv Islam

Sunday, March 13, 2011

Cara meningkatkan kadar metabolisme badan

1.Bina otot-otot (build Muscle) – Badan kita sebenarnya berterusan membakar kaloriwalaupun semasa kita berehat. Kadar metabolisma pada waktu kita berehat adalah lebih tinggi pada mereka yang lebih berotot. Setiap pound otot menggunakan 6 kalori sehari manakala setiap pound lemak hanya membakar 2 kalori sehari.

2.Bersenam aerobik atau berjogging – Bersenam aerobik/berjogging tidak membina otot namun ia mampu meninggikan kadar metabolisme selepas kita melakukannya.

3.Minum banyak air – Badan kita memerlukan air untuk memproses kalori. Apabila kita kekurangan air dalam badan (dehydrated), kadar metabolisme akan menurun. Dalam sehari seorang dewasa memerlukan 8 gelas air masak (plain water). Untuk kekalkan bekalan air dalam badan, kita hendaklah biasakan meminum air masak sebelum makan. Sebagai tambahan boleh juga memakan buah-buahan yang mana mengandungi kandungan air.

4.Campurkan ais dalam air – Minuman berais akan menggalakkan badan membakar lebih kalori semasa penghadaman tetapi dengan syarat air tersebut tiada tambahan gula atau cream/susu pekat manis.

5.Makan lebih kerap – Makan lebih kerap boleh membantu mengurangkan berat badan.Ambil snack setiap 3-4 jam akan membantu meningkatkan kadar metabolisme. Kajianmenunjukkan jika seseorang mengamalkan snack mereka akan makan kurang sewaktu makan tengahari dan makan malam.

6.Pedaskan masakan anda – Makanan yang pedas mengandungi bahan kimia yang bolehmeninggikan kadar metabolisme.

7.Makan lebih protein – Badan membakar kalori 2 kali ganda bagi menghadamkan protein berbanding lemak atau karbohidrat. Sumber protein yang sihat adalah daging merah, ayam tanpa kulit, tauhu, kacang, telur dan susu rendah lemak.

8.Minum kopi – Tapi pastikan kopi yang diminum tidak dicampur cream dan gula. (agak sukar untuk lakukan, betul tak…:))

9.Minum teh hijau (Green Tea) – Kajian menunjukkan dengan meminum 2-4 cawan teh hijau sehari membantu membakar 50 kalori sehari, ini bersamaan kurangkan 5 pounds berat setahun.

10.Elakkan crash diet. Crash diet ialah mereka yang makan kurang daripada 1,000 kalorisehari. Walaupun diet ini membantu mengurangkan berat badan namun sebenarnya pengurangan berat badan adalah daripada kemerosotan otot-otot. Apabila otot-otot berkurang, maka kadar metabolisme akan berkurangan. Akhirnya badan akan bakar kurang kalori malah akan lebih cepat menaikkan berat badan berbanding sebelum diet jika individu itu sudah tidak patuh pengambilan kalori 1,000 kalori sehari.

Selain daripada cadangan di atas, antara faktor yang meninggikan kadar metabolisme ialah:
1. Sesetengah individu mempunyai genetik metabolisme yang tinggi
2.Lelaki lebih banyak akan membakar kalori berbanding perempuan semasa berehat. (Ini disebabkan lelaki mempunyai lebih banyak otot, perempuan lebih banyak lemak – faktor hormon)
3. Kadar metabolisme akan menurun apabila usia mencapai 40 tahun ke atas

copy dari Slim Diet2

Saturday, March 12, 2011

Kejora dan bintang


Aku ingin engkau ada di sini
menemaniku saat sepi

menemaniku saat gundah

berat hidup ini tanpa dirimu

ku hanya mencintai kamu

ku hanya memiliki kamu


reff:


aku rindu setengah mati kepadamu

sungguh ku ingin kau tahu

aku rindu setengah mati


meski tlah lama kita tak bertemu

ku selalu memimpikan kamu

ku tak bisa hidup tanpamu


repeat reff

aku rindu setengah mati

aku rindu setengah mati kepadamu

sungguh ku ingin kau tahu

aku rindu

Lirik Lagu OST Kejora dan Bintang - Rindu Setengah Mati (D’Masiv ft Kevin Aprilio)

Dari kisah ini aku mempelajari bahawa 
kasih sayang antara saudara tak akan putus walaupun pelbagai halangan..
persahabatan memerlukan kesetiaan dan kesabaran
apa jua perkara perlu ikhlas
kasih sayang adalah hadiah paling bermakna dalam hidup
sentiasa ingat pada Dia walaupun apa jua situasi..

Sunday, March 6, 2011

bila kawan lama bertemu semula

seronoknya dapat jumpa kawan-kawan masa sekolah menengah..yg duduk disebelahku..selalu juga jumpa..tapi dah lama juga tak jumpa..sejak berkeluarga..aku jarang sekali dapat bertemu dengannya..adalah setahun 2 kali jumpa..yang sorang lagi tu lagi laa..sejak tahun 2006 aku tak jumpa dia..

dia pun baru aje nikah..insya Allah 26hb ni akan buat kenduri..

kenduri adik kawan aku yang menemukan kami..kalau bukan kenduri ni..entah bila gamaknya dapat jumpa..


Wednesday, March 2, 2011

10 waktu yang paling sesuai untuk kita berdoa

Anda sentiasa berdoa tapi masih tak dimakbul kan lagi? Kenapa? Mungkin juga sebab anda berdoa tak kena pada tempat @ masanya.


Berikut ini saya kongsikan info mengenai 10 waktu yang paling sesuai atau waktu yang paling mustajab untuk kita berdoa. Mudah-mudahan, bila kita berdoa waktu yang mustajab ini, doa kita akan mudah di makbul kan oleh Allah Ta’ala. InsyaAllah.

10 Waktu Mustajab Untuk Berdoa

1. Ketika hujan.

2. Hendak memulakan solat dan selepas solat.

3. Ketika menghadapi musuh dalam peperangan.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Berdoalah saat doa itu diperkenankan Allah iaitu pada saat bertemu tentera-tentera (berperang), ketika hendak mendirikan sembahyang dan ketika turunnya hujan.”
(Hadis mursal yang diriwayatkan oleh Imam al-Nawawi dalam Kitab al-Azkar)

4. Antara azan dan iqamat.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Tidak ditolak doa yang dimohonkan antara azan dan iqamat.” (Riwayat al-Tirmizi)

5. Ketika iktidal yang akhir dalam solat.

6. Ketika sujud dalam solat.

7. Ketika khatam al-Quran (30 juzuk).

8. Sepanjang malam, terutamanya pada sepertiga yang akhir dan pada waktu sahur.

9. Sepanjang hari Jumaat.
Kerana mengharapkan bertemu dengan saat ijabah (saat diperkenankan doa) yang terletak antara terbit fajar hingga terbenam matahari pada hari Jumaat.

10. Antara waktu Zuhur dan Asar dan antara Asar dan Maghrib.









Sumber : Ustaz Zahazan



Sekian, semoga ada manfaatnya.

Thursday, February 17, 2011

Letihnya

Beberapa hari ni penat aje..

Penat berfikir itu dan ini..
Kat ofis memang banyak kerja, tapi sesekali nak buka FB bos siap telefon..
Kenapa ASYIK buka fb..ni kan waktu kerja..

kenapa ayat ASYIK??
ya Allah, 2 ke 3 jam tak kan tak boleh buka fb barang dua tiga minit..

Alasannya, ada orang komplen..

Jadi tumpuan tu memang kena pada kerja sepenuhnya..
Betul, datang kerja buat kerja..
Aku akui..

Tapi ayat asyik dan orang komplen buatkan aku jadi penat..
Aku buka waktu pagi sebelum jam 8 dan pukul 1 sahaja..
Orang komplen juga?
Hmm tk ada kerja sungguh orang itu..

Sunday, February 13, 2011

Doa sakit gigi

Terima kasih kepada sahabat yang mengirimkan doa ini..
mula-mula dia mms doa ni tapi disebabkan henponku tak berapa canggih maka tak dapatla mms nya..

sepanjang sakit gigi selama 13 hari dan rehat 5 hari dan sakit kembali 3 hari..doa ini yg dibaca sentiasa selain dari doa syifa'..

rasanya bukan untuk sakit gigi aje tetapi juga sakit-sakit yang lain..insya Allah dengan izinNya jua..

silalah amalkan..

Sunday, February 6, 2011

6 Februari datang lagi

6 Februari 2007..tarikh yang tak akan aku lupa sampai bila-bila..

dan dari tarikh inilah aku akhirnya menjadi seorang wanita yang lebih kuat dari sebelumnya..

dah 4 tahun aku rupanya..

semalam bagaikan mimpi, dan esok adalah harapan..

semoga aku menjadi insan yang berguna kepada ibubapaku, kepada agama, bangsa dan negara..

alhamdulillah..aku berjaya hadapi dugaan ini walaupun pada mulanya aku hampir jatuh..

Saturday, January 29, 2011

Sakit gigi lagi

Dah 12 hari aku cabut gigi..di klinik kerajaan..

dan 12 hari juga aku masih sakit gigi..

3 kali pergi klinik nak amik ubat sakit..

dan aku tetap juga ke pejabat tanpa MC..

pergi kerja dengan sakit pun kena perli dengan pegawai..

kalau aku MC dan MC..pastinya kerja aku berlambak-lambak..

penat sebenarnya asik makan ubat ni..

Isnin ni aku nak pergi klinik gigi ditempat lain..konon nk mengadula kenapa saya cabut gigi kat klinik nuu sakit lama sangat..cuba dr yang baik budiman periksakan..

Tuesday, January 18, 2011

surat terbuka buatmu sahabat..

Aku emailkan surat ini buat rakan-rakan sepejabatku..supaya mereka tidak salah faham dan tau sebabnya..



Assalamualaikum..

semalam saya menelefon Wan, isteri Anuar Fazal, ex-opearator yang meninggal pada hari Sabtu lepas..


sebenarnya Anuar meninggal bukan sebab dia memancing, sakit atau sebagainya..


3 hari sebelum dia meninggal, dia pernah berkata pada isterinya yang dia teringin sangat nak main banjir. Tapi isterinya  tak bagi. Di ofis dia bagitahu pada rakan sepejabatnya, pun juga kawan-kawannya tak bagi dia, siap tutup pintu lagi kalau dia nak keluar..tu semua dia ceritakan pada isterinya..


Entah macam mana Sabtu tu dia pergi juga main air di belakang pejabat dia.. (ofis dan rumah kuartersnya tak jauh mana) dia pergi main air dibekas bendang yang tidak lagi ditanam padi, lebih kurang sekarang dah jadi macam padang lembu meragut rumput..


dia dengan anak buahnya 2 orang naik sampan dan dalam airnya pun tak la dalam sangat, air tingginya lebih kurang paras betis.


suatu ketika sampan tu terbalik, budak-budak tu yang jatuh..sedang dia cuba nk tolong budak-budak tu betulkan sampan, agaknya ajal dia dia terpijak lubang, bekas orang pajak tanah jadi kat situ dalam sikit..dia terjatuh kat situ..


kebetulan kat situ berhadapan dengan rumah orang jadi sempatlah orang selamatkan dia dalam masa terdekat..


tapi ajalnya memang telah ditetapkan, dia tak sempat diselamatkan..tak sampai pun 5 minit..tatkala orang selamatkan dia, dia pun dah terkulai..


beberapa jam sebelum dia meninggal, dia sempat telefon isterinya bertanyakan khabar..dan memberitahu dia teringin sangat nak main banjir..tapi dia pun dah pergi, tak leh nak cakap apa la selain dari pesan berhati-hati..


dia bagitahu isterinya dari kecil dia bersekolah di sekolah cacat penglihatan di johor sampai besar, tak pernah dia tengok banjir depan mata dia..


seminggu sebelum dia meninggal, dia keluarkan semua fail-fail pasal sijil lahir anak, bil-bil telefon, elektrik, dan sebagainya, siap fotostet segala ic dan sijil-sijil lahir anak..dia bagitahu isterinya yang fail tu ada diatas meja..sebelum ni dia tak pernah tunjuk apa-apa bil pun, semua dia masukkan dalam almari..


Wan pesan pada saya, kalau ada sesapa yang ada berhutang dengan Anuar harap bagitahu pada dia..sama ada nak halalkan atau pun kena bayar juga.. harap semua yang mengenali Anuar dapat sedekahkan Alfatihah buat beliau, dan kalau ada sesiapa yang ingin menderma bolehlah berbuat demikian..saya pun dah mintak no akaun dia..dia pun tengah sibuk uruskan hal anak-anaknya, selama ini Anuar yang buat semua tugas-tugas anak-anak..


Sekian...



Su Purpleheart

Sakit gigi

Aku dari tahun lepas lagi dah mengadu sakit gigi...sokmo sakit gigi..dan sebelum tirai 2010 berlalu aku telah pun pergi ke PPUM..kira handal sangat lah tu..berzaman tak pergi klinik gigi kat sana, sakit gila wehh..doktor studentnya ramai benor..ganeh-ganeh lak tuu..tapi kali ni tak ada pilihan lain lagi selain dari PPUM..

Ingatkan bukak kul 7.45 macam klinik Kelana Jaya..rupanya 8.30..da la aku sampai kul 7.15...bayangkan berapa lama tunggu (sape suh datang awal..)

tunggu pulak turn..9.30..jumpa doktor pukul 10.00..tepat pulak tuu..

ke X-ray..10.25..

jumpa doktor semula pukul 11.00

kena jumpa dr lain (rupanya student)..dan mimpi ngeriku bermula..

x-ray lagi?? cara dimasukkan filem pun dah buat aku meraung kesakitan.. dan salah dia kerana salah memasukkan filem ke dalam mulut pesakit yang memang tengah sakit..bukan sakit dimulut tapi hatiku jua sakit..

ok, dibuatnya ujikaji keatas gigiku ini..ujian kepanasan sejuk dan renjatan elektrik..huaaa..rasa nk nangis masa ni..dan jam menunjukkan pukul 12.00

dan katanya dia student tahun 4, tak ada kuasa untuk melakukan rawatan akar..maka buat hari ni biarlah mereka mencuci gigiku..

30 minit mencuci..ya Allah ya tuhanku..berapa kali agaknya aku istigfar, selawat, mengucap dan sebagainya..ngilu, sakit..ntah apa lagi ayat yg boleh aku huraikan..

selepas itu aku 'dibebaskan'..dalam perjalanan pulang aku mendapat panggilan telefon dari doktor student itu bahawa dia akan incharge untuk rawatan akar gigi aku..cuma ambil masa 5-7 bulan lagi..

tidakkkkkk...aku tak mahu mimpi ngeri berulang kembali..

puas aku mencari klinik yang menawarkan khidmat rawatan akar..dan akhirnya ku temui di Kelang..

esok aku pergi..sekian lama aku memendam rasa..

Saturday, January 8, 2011

Alfatihah

Semalam adalah hari lahirnya yang ke 32..petang tadi tatkala aku hendak menunaikan solat magrib, aku dikejutkan dengan sms yang kawan aku telah kembali ke rahmatullah..rasa macam nak pengsan..

kenal sejak tahun 2002, masa tu dia baru masuk jadi operator..masa tu dia dalam proses nak kahwin, jadi aku hadiahkan bunga pahar buatnya, sejak dari itu dia pun anggap aku macam kakak dia sebab dia pun tak ada adik beradik..anak tunggal..

Susah senang dia akan bantu, sampaikan nak ke bank pun kadang2 suh teman, tapi sampai ke bank bukan aku yang turun, dia pulak yang turun pegi bayar..

tahun 2003 aku pernah berkursus sama-sama - pi kursus kenegaraan di Kaki Bukit, Perlis..masa kursus dia jadi bilal..sedap sungguh suara dia..semua orang terpaku mendengarnya, dan orang pun macam tak percaya yang dia OKU.. bangganya akak akan kebolehan kamu..


2 tahun lepas, aku dan dia dapat temuduga SPA..tapi rezeki dia yang dapat..lepas dapat surat tawaran tu dia kena pergi kursus di ipoh.. aku offer hantar ke putrajaya. Sebelum dia pergi dia kata dia akan doakan aku supaya aku pun dapat juga..

tahun lepas bila kawan baik aku menjauhkan diri dan akhirnya aku dapat tahu dia akan melangsungkan perkahwinannya, aku rasa kecewa sangat dengan sikapnya, tapi apakan daya aku cuma kawan yang telah dipergunakan. Arwah yang bagi nasihat pada aku bila dia dapat tahu, Siap bagi nasihat lagi dalam fb..

Sesekali dia akan telefon bertanyakan khabar, Kak, sihat kak.. kak saya dah tanam pokok.. dan cerita yang tak boleh aku lupa ialah dia menaiki motor untuk pergi kerja..weiii, nampak ke...bahayalah nuar, nanti terlanggar pokok ke apa..dia OKU (rabun)..bayangkan orang macam dia naik motor..kak, saya insya Allah boleh nampak pokok atau kereta, tapi saya paling takut tahi lembu..kalau terlanggar tayar jadi licin..

Marilah sedekahkan alfatihah buatnya.. Arwah meninggalkan seorang isteri dan 2 orang anak..

Nasihat buat kawan-kawan

pesanan dari sahabat

Kehidupan suatu cabaran, tabahkan hati menghadapi dugaan dan lawan. Bersedia mengkritik dan dikritik. Hadapi dunia luar dengan hati yang terbuka. Sentiasa belajar dan mendengar. Pasti hidup akan berjaya - insan terpilih

Popular Posts