disebalik keindahan terselindung kepiluan..namun disebalik kepiluan pastinya ada hikmah yang Allah jadikan..
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Blog ini ialah blog peribadi kepunyaan Su Purple..segala isi kandungan blog ini adalah luahan dan pandangan yang tulus ikhlas dari tuan punya blog..dan beberapa ilmu pengetahuan yang ingin dikongsi bersama pembaca sekelian..
Apa yang baik dikongsi bersama, apa yang buruk dijadikan pengajaran.
Blog ini ialah blog peribadi kepunyaan Su Purple..segala isi kandungan blog ini adalah luahan dan pandangan yang tulus ikhlas dari tuan punya blog..dan beberapa ilmu pengetahuan yang ingin dikongsi bersama pembaca sekelian..
Apa yang baik dikongsi bersama, apa yang buruk dijadikan pengajaran.
Thursday, December 31, 2009
Kisah akhir tahun
terima kasih matahari di lautan... kerana mendengar masalah aku..
Semoga mendapat pengganti yang lebih baik..
Semoga mendapat jodoh yang lebih baik..
Semoga mendapat insan yang sudi menyayangi dirimu..
Itu antara ucapan-ucapan yang aku terima ketika aku menjadi solo beberapa tahun lepas. Dan ucapan itu masih lagi sama. Terima kasih semua kerana mendoakan untuk aku..
Kini muncul seorang lelaki yang tiba-tiba menyayangi diri ini. Pada mulanya agak kalut juga kerana insan ini telah lama ku kenali. Namun, dugaan demi dugaan menimpa aku setelah dia 'declare' akan cintanya pada aku.
Dulu, aku benci nak jumpa dengan dia sebab dia selalu perli aku. Dah ada diploma nak ke ijazah tapi kerja kerani jugak, penat aje belajar. Sekarang ni dia dah ada ijazah, tapi sibuk nak kerja kerani atau opis boy asalkan dapat keje gomen.
Aku dah pulangkan paku buah keras, tapi dia kata dia nak kerja gomen gak tak kira mana-mana pun. Yang terkini, dia kata dia nak kerja luar dari selangor nak cuba nasib. Keje kat selangor ni payah.. sebenarnya kat selangor la paling senang, kalau tidak tak kan orang dari negeri lain datang sini nak keje, dia asal orang selangor nak pegi cari keje kat tempat lain.
Sebelum ni aku memang tak ada hati pada dia sebab aku anggap dia macam kawan biasa, tapi atas nasihat orang yang lebih tua untuk memberi peluang kepada dia, aku akur juga. Tapi kalau dah macam ni, awal-awal dia tunjukkan keras kepalanya, bagaimana harus aku berdiam. Tak apalah, kalau ada jodoh adalah..kataku. Dia kata aku pulak tak sudi nak terima cintanya. Aku kata bukan macam tu, ko suruh aku tunggu kau 2 tahun untuk kau perbaiki hidup kau, dalam masa 2 tahun macam-macam boleh berlaku.
Bila dia kata dia nak keje luar selangor, aku tanya kenapa, dia kata aku tak percaya pada dia dan tak support dia. Huh, pening kepala aku..
Sudahnya aku kata, suka hatila apa kau nak buat, asalkan kau bahagia.
Dia kata aku nak larikan diri dari dia dan nak tolak cinta dia. Isy apala dia pikir ni.
Huh, tak larat aku nak melayan dia. Mati aku melayan perasaan dia yang kacau ni.
Hari ini..
Tatkala jam melepasi pukul 11 pagi, aku menerima panggilan dari hospital mata. Cik, cermin mata cik dah lama siap, bila nak ambil. Dah nak dekat 3 bulan cermin mata ni siap. Aduhai, boleh pulak aku lupa nak ambil cermin mata yang aku buat bulan 9 lepas. Aku pikir-pikir balik kenapa ye? oo, duit cermin mata aku, aku pinjamkan kat kawan aku yang nak pegi outstation. Patutla aku lupa..
Terpaksa aku bagitahu hospital mata, miss jangan lupuskan cermin mata saya. Saya ambil tahun depan ye.. tahu la dah 3 bulan 20 hari.. tapi tuannya masih lagi nak cermin mata tu.
Salam tahun baru semua..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Nasihat buat kawan-kawan
pesanan dari sahabat
Kehidupan suatu cabaran, tabahkan hati menghadapi dugaan dan lawan. Bersedia mengkritik dan dikritik. Hadapi dunia luar dengan hati yang terbuka. Sentiasa belajar dan mendengar. Pasti hidup akan berjaya - insan terpilih
Popular Posts
-
Harini cuti am, sempena Deepavali..esok.kerja, lusa cuti, pastu kerja..alang-alang cuti banyak lagi, apa kata amik aje cuti. Kita balik Ter...
-
Setiap dari kita pasti ada teman istimewa kan.. dan pastinya dalam persahabatan pasti ada pertelingkahan, kan? pagi tadi aku terbaca kisa...
-
Nasi kawan aku belanja, cuba tengok ikan tu macam bentuk hati kan.. Sambil buat kerja, tengok email, lepas tu tengok facebook, pastu sambung...
-
Untuk dikongsi bersama... Allah s.w.t. menjelaskan bahawa sembahyang itu mencegah pelakunya daripada melakukan kejahatan dan kemungkar...
-
Bulan lepas aku dan 2 orang rakan aku ke Shah Alam DEMI untuk menikmati hidangan yang dikatakan enak, sedap dan nyaman (sedap kalau orang Sa...
-
Hari ini berlakunya gerhana matahari yang dapat dilihat di Alor Setar, Kedah. Terpegun dengan ciptaanMu Allah yang mengaturkan segala-galany...
-
Terima kasih kepada sahabat yang mengirimkan doa ini.. mula-mula dia mms doa ni tapi disebabkan henponku tak berapa canggih maka tak dapatl...
-
Hp dah seminggu tak bercoverage.. pada semua yang telah/ada menghantar sms ataupun membuat panggilan, harap maaf ye.. hp aku telah pinjamkan...
-
Semalam adalah hari lahirnya yang ke 32..petang tadi tatkala aku hendak menunaikan solat magrib, aku dikejutkan dengan sms yang kawan aku te...
7 comments:
Isy hape2 la laki tu..
Entahla.. tk tau nak cakap..
ntah la susah nak ckp. mmg soal hati ni rumit. kdg2 lelaki ni bila dh luah cinta jd gelabah..hmm ppuan pun sama..masing2 ada kelemahan..mungkin dia rasa bila dh luah, dh boleh pk kan perancangan masa depan, tp dia lupa kalo dh memilih pasangan, masa depan adalah utk berdua, bkn masa depan dia saja.
tp ye lah, mjadi isteri lebih selamat dr bkn isteri yg dikelilingi fitnah yg lebih berat dr mslh yg sedia ada. apapun, Allah x kan menguji kalo kita x mampu.
bg aku...mungkin kata2 dan perancangan nya cuma lontaran awal..bkn dipikirkan secara mendalam. mungkin dia sekadar excited..maklumlah baru merasa bercinta..(ye ke?) dan tanya hati kau, kalo ko boleh terima dia, ko juga harus berusaha 'mengadjust' diri utk bertolak ansur.
Luna,
tu la aku dalam proses untuk adjusting dan balancing.. terima kasih atas nasihatmu itu..
aku pun tak tahu nak kata apa.. dugaan hidup janda ni macam2 fitnah ada selain dari ujian perasaan (tersuka pada orang yang tak suka) dan macam2 lagi..
buat masa ni aku belum suarakan apa2 pada mak aku, takut nanti dia risau tak menentu..
tak tahu nak cakap apa.. mungkin kena test sikit untuk menguji keseriusan hatinya..
all the best untuk year 2010
Mak su,
ya.. ujian demi ujian..tanpa disedari.. ujian keimanan, ujian kesabaran, ujian kemahiran hidup, hehehehe..
Post a Comment