Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Blog ini ialah blog peribadi kepunyaan Su Purple..segala isi kandungan blog ini adalah luahan dan pandangan yang tulus ikhlas dari tuan punya blog..dan beberapa ilmu pengetahuan yang ingin dikongsi bersama pembaca sekelian..

Apa yang baik dikongsi bersama, apa yang buruk dijadikan pengajaran.

Saturday, October 3, 2009

Final - tragedi Oktober

Apa yang final tuu??

Exam.. exam final, just around the corner..

Minggu periksa bermula 26hb Oktober.. bermulanya kelas pada 30 September (Rabu), lecture aku masing-masing sibuk cuba nak buat kelas tambahan sebab nak habiskan silibus, buat test dan juga buat diskusi cara-cara menjawab soalan final..

Hari Khamis dan Jumaat juga.. lecture hari ini tak pernah pun buat kelas tambahan sebelum ini.. disebabkan final tak sampai sebulan.. maka kelas terpaksa didoublekan pada hari Ahad dan juga hari Isnin..

Maka bermulanya 1 Oktober sehingga 25 Oktober ( 25 hari ) - hanya 7 hari aje aku tak ada kelas,baki 18 hari semuanya ada kelas.. Selasa dan Sabtu aje rehat, hari lain sumenya dah penuh..

Sibukkan?? tak apalah, biarlah penat sekarang.. aku rela! Aku dah final akhir! 3 paper aje.. aku masih sempat membaca dan memahami fakta dan formula..

Semalam badan rasa macam sayur bila nak pergi kelas. Singgah kejap kat stesen minyak beli air pemberi semangat, Bull yang kaler merah tuu.. tapi kurang manis punya.

Itupun mata hampir-hampir katup bila En Moktar mengajar. Ku tahan juga sampai mata ni naik sepet menahan dari tertutup.. semalam dah masuk bab consolidated account, topik yang sangat mencabar minda dan emosi..

Minggu depan ada test, juga dua minggu lagi..

Setkan minda, yakin boleh.. dengan usaha dan doa yang berterusan tak mustahil aku akan habiskan semester ni.. amiin..

Kalian semua, doakan aku ye..

Dibawah ni gambar-gambar yang telah aku rakam sebelum raya.. pada 14 september di KLIA..

Anak sedara aku sambung blaja di UK.. ni saat paling sedih bila cucu tersayang bertemu neneknya..

aku dan mak.. pakat pakai merah..


anak sedara yang bujang.. bakal pemimpin negara, insya Allah..


aku dan anak sedaraku, si gadis sunti..


aku dan bear kesayangannya, sebelum dilipat didalam beg.. sadis sungguh! belakang - abang yang sulung..

5 comments:

CuTeMiUt78 said...

oh.. final exam ya kak.. good luck.. semoga dipermudahkan segala urusan

myQza said...

selamat berangkat!!

besr di lipat?? ganas!!

nuhaafnan said...

ucue, tu kak yong kan? amik medic kan? dlm ramai2 jejaka tu, anne kenal muaz sorang jer. besarnya adik sorang tu. huhu teringat zaman2 dulu.

p/s: ketiak akak kat gambar header tu hitam ler akak. mintak dia tukar deodorang yg memutihkan yea. hehe

Mak Su said...

good luck Su :)

tabiklah kat you :D

caiyuk caiyuk, moga terus berjaya dan terus berjaya

Purpleheart said...

Cute,
doakan akak ye...

Tedi,
tu la.. sian gile.. tapi dia tak leh ditinggalkan, nanti tuannya meraung..

Anne,
yang pegi kak yang.. kak yong 2 tahun lagi di IMU..

nanti ucu bagitau kat fitness ... sebab model dia tuu.. hehehehehe

Maksu,
time kasih mak su, ni pun dah separuh nyawa.. hehehehhe..

Nasihat buat kawan-kawan

pesanan dari sahabat

Kehidupan suatu cabaran, tabahkan hati menghadapi dugaan dan lawan. Bersedia mengkritik dan dikritik. Hadapi dunia luar dengan hati yang terbuka. Sentiasa belajar dan mendengar. Pasti hidup akan berjaya - insan terpilih

Popular Posts