disebalik keindahan terselindung kepiluan..namun disebalik kepiluan pastinya ada hikmah yang Allah jadikan..
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Blog ini ialah blog peribadi kepunyaan Su Purple..segala isi kandungan blog ini adalah luahan dan pandangan yang tulus ikhlas dari tuan punya blog..dan beberapa ilmu pengetahuan yang ingin dikongsi bersama pembaca sekelian..
Apa yang baik dikongsi bersama, apa yang buruk dijadikan pengajaran.
Blog ini ialah blog peribadi kepunyaan Su Purple..segala isi kandungan blog ini adalah luahan dan pandangan yang tulus ikhlas dari tuan punya blog..dan beberapa ilmu pengetahuan yang ingin dikongsi bersama pembaca sekelian..
Apa yang baik dikongsi bersama, apa yang buruk dijadikan pengajaran.
Tuesday, June 2, 2009
Maafkan aku
Apabila orang terhampir dengan kita gembira, pastinya kita juga akan turut merasai tempiasnya, kan? Begitu juga sebaliknya, kalau orang terhampir mengalami masalah, pastinya kita juga bersedih tengok wajahnya yang sayu.
Ramai rakan terdekat yang mengenali aku mengatakan aku suka mendera diri sendiri. Demi kawan-kawan dan orang tersayang aku rela tak makan sebab duit aku telah aku pinjamkan pada dia. Sesekali aku pernah dibrainwash oleh rakan-rakan supaya sentiasa mengutamakan diri dulu, sayangi diri sendiri dahulu. Tapi aku buat juga, tanpa aku menyedarinya.
Kenapa? Sebab aku pernah mengalami kesusahan, tak ada duit nak makan dan isi minyak kereta. Kat rumah tak ada barang berharga yang boleh diganti dengan nasi sesuap dan minyak kereta mulai mengering setelah beberapa hari diisi. Segan nak pinjam kawan selalu, hutang yang ada pun ada lagi belum berbayar. Emm tak kan nak jual tv, nanti sendiri juga melopong. Yang ada cuma gelang seurat yang mampu dijadikan tunai dalam masa singkat. Akhirnya, selamat tinggal gelang..
Bila difikirkan semula zaman susah, kalau boleh aku tak mahu orang lain juga susah. Mungkin kalau aku susah sikit mungkin tak mengapa. Sesekali biarlah aku merasai kesusahan, kalau aku sentiasa senang nanti takut aku lupa diri. Bila aku lupa diri aku lupa nak bersyukur pada Dia. Dan bila aku lupa nak bersyukur, aku takut hati aku mati.
Terima kasih rakan-rakan yang tidak jemu-jemu menasihati aku. Aku bersyukur kerana kalian prihatin pada aku.
Aku adakalanya pelupa juga orangnya. Dan sikap aku suka ambil mudah dalam apa juga perkara. Sebab itu aku senang lupa. Ketika ceramah keutuhan, Ustaz Ahmad Syukri menyarankan agar menulis segala apa yang perlu diingat agar ingatan kita akan kukuh kerana mengingati dikepala adakalanya boleh terhapus dengan memandang perkara-perkara yang lagha.
Aku mohon kemaafan seandainya aku lupa.. berapa ye hutang kau? Ya Allah su, ni pun kau lupe jugak ke, ampehnye kau..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Nasihat buat kawan-kawan
pesanan dari sahabat
Kehidupan suatu cabaran, tabahkan hati menghadapi dugaan dan lawan. Bersedia mengkritik dan dikritik. Hadapi dunia luar dengan hati yang terbuka. Sentiasa belajar dan mendengar. Pasti hidup akan berjaya - insan terpilih
Popular Posts
-
Harini cuti am, sempena Deepavali..esok.kerja, lusa cuti, pastu kerja..alang-alang cuti banyak lagi, apa kata amik aje cuti. Kita balik Ter...
-
Setiap dari kita pasti ada teman istimewa kan.. dan pastinya dalam persahabatan pasti ada pertelingkahan, kan? pagi tadi aku terbaca kisa...
-
Nasi kawan aku belanja, cuba tengok ikan tu macam bentuk hati kan.. Sambil buat kerja, tengok email, lepas tu tengok facebook, pastu sambung...
-
Untuk dikongsi bersama... Allah s.w.t. menjelaskan bahawa sembahyang itu mencegah pelakunya daripada melakukan kejahatan dan kemungkar...
-
Bulan lepas aku dan 2 orang rakan aku ke Shah Alam DEMI untuk menikmati hidangan yang dikatakan enak, sedap dan nyaman (sedap kalau orang Sa...
-
Hari ini berlakunya gerhana matahari yang dapat dilihat di Alor Setar, Kedah. Terpegun dengan ciptaanMu Allah yang mengaturkan segala-galany...
-
Terima kasih kepada sahabat yang mengirimkan doa ini.. mula-mula dia mms doa ni tapi disebabkan henponku tak berapa canggih maka tak dapatl...
-
Hp dah seminggu tak bercoverage.. pada semua yang telah/ada menghantar sms ataupun membuat panggilan, harap maaf ye.. hp aku telah pinjamkan...
-
Diperkenalkan oleh kawan aku sewaktu aku belajar diploma.. Tahun 1998, masa tu bayaran masuknya dalam rm10..terkesima bila masuk kesini..m...
-
Semalam adalah hari lahirnya yang ke 32..petang tadi tatkala aku hendak menunaikan solat magrib, aku dikejutkan dengan sms yang kawan aku te...
9 comments:
kak su..kak su..
xtau nak komen apa dah
ermm.. ingat kesusahan lampau bagus gak.. tapi org suka ambik kesempatan dikesenangan sekarang.. itew biasa berlaku
hmm.. tapi betul.. bila kita pernah melalui sesuatu yang sadis.. kita selalu berharap orang lain tak akan melaluinya.. sebab sejauh mana kesengsaraannya, hanya yang pernah mengalami yang tahu..
Irfa, irfa, kak su pun tak tahu nak balas gak.. :-)
KS4,
yela, nak wat cemana ye
RHEA,
betul, yang pernah lalui aje yang tau..
Berkorban untuk orang lain memang perit, tapi kepuasannya tidak dapat digambarkan. hanya orang2 yang terlibat sahaja akan merasai kemanisannya. Teruskan tabiat yang baik, wang bukanlah segalanya dan pemberian itu bukanlah sia-sia. Pasti ada ganjarannya, kalau tak di dunia, pastinya di akhirat!
salam kak, apa yg akak alami sama cam kita alami.. apapun semoga kita tabah mengharungi dugaan hidup kan kak
Mcbudu,
terima kasih kerana memahami, biarpun tiada balasan tapi rasa puas hati dapat membantu..
Cutemiut,
semoga kita tabah mengharungi dugaan ini.. amiin..
assalamualaikum wbt ka su..
jumpa url blg akak dari hanan.com.my.
salam perkenalan kak..
semalam baru lepas borak ngan akak saya pasal crita yang kurang lebih entri akak ni.
dulu klgra mmg susah tp alhmdlh zmn sy skg kakak2 & abg2 sy mampu beri apa yg mreka dlu xdapat rasakan.
bila skrg dah senang skit xda lah lupa dmana klrga kami bertapak dulu. masih lagi prihatin dgn sekeliling cuma satu perkara yang saya bantah dengan akak saya smlm. sifat menunjuk-nunjuk tu. ylah dlu org buat akak sy mcm tu jd bila dah senang skit skg mulalah lupa diri. ishhh lah... kalau tergelinir sikit ble jadi kufur nikmat pula.
terfikir juga kesenangan sekarang ni nikmat ka ujian?? kalau tidak hati2 jadinya "tipah tertipulah"..
maaf pnjg pula komen ni. saya buat macam blog sendiri pula.
Salam ummu aisyah, terima kasih kerana sudi bertandang dan juga memberikan pandangan.. memang betul bila dah senang kenalah ingat masa susah dulu.. ada setengah orang lain pendapatnya, kan rambut sama itam ati lain-lain, kan..
Post a Comment