Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Blog ini ialah blog peribadi kepunyaan Su Purple..segala isi kandungan blog ini adalah luahan dan pandangan yang tulus ikhlas dari tuan punya blog..dan beberapa ilmu pengetahuan yang ingin dikongsi bersama pembaca sekelian..

Apa yang baik dikongsi bersama, apa yang buruk dijadikan pengajaran.

Friday, May 29, 2009

Runtuhnya sebuah kenangan



Pada orang Petaling Jaya, bangunan ini memang gah sejak dulu lagi. Ketika awal 80an ketika usiaku baru 4 atau 5, tempat ini paling suka aku kunjungi. Ada kedai mainan.. kedai mainan dan kedai mainan. Itu ajelah yang aku tahu masa tu. Bila dah sekolah menengah, kat situ juga tempat menyinggah sebelum atau selepas ke kelas tuisyen atau lepas habis sekolah. Dan juga tempat berjumpa pakwe.. hehehehehe..

Lepas habis sekolah, sesekali tempat ini pasti dikunjungi juga kerana pasarayanya yang berbagai-bagai dan kedai buku yang besoo yang seronok dikunjungi. Juga tempat pertemuan kawan sekolah aku kerana dia bekerja di restoran sikeret resepi. Hampir selalu aku kesana kerana dia rajin belanja kek.

Lepas kawen, aku jarang mengunjungi kerana sipolan lebih suka ke tes, jusc dan myd. Lepas bercerai, tempat ini dijadikan lokasi untuk bertemu dan memberikan surat saman, hehehehehe.. begitu sinonimnya tempat ini pada aku. Dan runtuhnya bangunan ini tak akan menjadikan aku lupa pada kenangan disana. Situlah aku mengenal dunia Petaling Jaya..

7 comments:

Ummu Mishkah said...

byk kenangan sue kat situ yer.. mesti terkesan bila bangunan tu runtuh kan? saya tak pernah sampai pun..

(¯`•._.•è-Nαβ•._.•´¯) said...

hoh... tempat jatuh lagi dikenang apatah lagi tempat berChenta.. Nguhahaha..

Kiter nama jer kat petaling jaya.. tak penah perasan plak.. hehehe

Mak Su said...

tmpt mksu bersupping tu, awal 90an, masa tu kerja section 13.

RaFFLeSiA MeRaH said...

mlm td tgk berita, baru tau ader bangunan runtuh kat PJ, time runtuh tu, bangunan tu masih ader org lagi ker?? atau telah pun tidak didiami??

Mamamanja said...

dah dekat ngan opis MM tuh, tapi x penah masuk pun bangunan tuh hehehe

kak sue, meh datang blog MM tolong vote tuk qina tuk toddler super model contest.
tq

CuTeMiUt78 said...

eemmm... baru tau bgunan tu runtuh.. oh. begitu ya kak.. walaupun bangunannya runtuh.. tapi kenangan tak kan hilang kan kak..

KV said...

byk sungguh kenangan kat situ yea!

Nasihat buat kawan-kawan

pesanan dari sahabat

Kehidupan suatu cabaran, tabahkan hati menghadapi dugaan dan lawan. Bersedia mengkritik dan dikritik. Hadapi dunia luar dengan hati yang terbuka. Sentiasa belajar dan mendengar. Pasti hidup akan berjaya - insan terpilih

Popular Posts