Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Blog ini ialah blog peribadi kepunyaan Su Purple..segala isi kandungan blog ini adalah luahan dan pandangan yang tulus ikhlas dari tuan punya blog..dan beberapa ilmu pengetahuan yang ingin dikongsi bersama pembaca sekelian..

Apa yang baik dikongsi bersama, apa yang buruk dijadikan pengajaran.

Tuesday, May 19, 2009

Panas



Sejak beberapa hari ini cuaca memang hangat.. mujurla kerja dipejabat dimana penghawa dingin sentiasa 'on' dari pagi sampai ke petang sehingga memerlukan baju panas untuk memanaskan semula badan..

Mujur panas, kalau hujan nak pergi mana-mana pun susah juga, kain kat ampaian pun lambat kering.

Hari ni dah pun 19hb tapi stiker cukai jalan masih tak bertukar. Ya Allah, cukai jalan dah mati 29 April, masih tak tukar-tukar yang baru. Nak tunggu kena saman? Aku memarahi aku sendiri.. suka menangguhkan kerja.

Keputusan interbiu yang aku pergi kat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Jalan Cenderasari 22hb April lepas akan boleh diketahui 25hb ni. Pada yang membaca entry aku, doa-doakan lah ye semoga aku mendapat jawatan ini. Amiin.. jangan lupe doa ye..

Khamis ni buah hati akan dibawa servis ke Pero2 untuk kali ke 5. Dah setahun 18 hari buah hati aku. Alhamdulillah.. kau masih lagi buah hatiku..

9 comments:

Bibie said...

Bb doa banyak2 moga Kak Sue dapat kerja tu...Amin.....
>:D<

Ezad said...

kalo tak gi interview spa tu.. kena blacklist tak?
heh

Purpleheart said...

Bibie,
time kasih my dear..

Ezad,
ada aku dengar kalu tak pergi derang tak akan panggil dah.. kire blacklist la tu kan?

Irfa said...

mudah2an akak dapat keje tu.
bilalah saya nak ada keta atas nama sendiri ni.
huhu

Zamil Afiq Zulkifli said...

mudah2an dpt keje tu gak..
boleh beli kerete yg lebih besar dan luxury.. hehe..

Shumierain said...

wah sungguh konpident akak drive tanpa roadtax yg sah...

doa sy bebyk utk akak..gud luck

Purpleheart said...

Irfa,
time kasih Irfa, Insya Allah suatu hari nanti pasti ada..

Apik,
mudah-mudahan, amiin..

Shumie,
sungguh la akak kau ni memang suke ati dia aje.. ober konpiden..

Mak Su said...

insyallah, didoakan semoga berjaya :)

Purpleheart said...

Mak su,
time kasih banyak-banyak mak su.. :-)

Nasihat buat kawan-kawan

pesanan dari sahabat

Kehidupan suatu cabaran, tabahkan hati menghadapi dugaan dan lawan. Bersedia mengkritik dan dikritik. Hadapi dunia luar dengan hati yang terbuka. Sentiasa belajar dan mendengar. Pasti hidup akan berjaya - insan terpilih

Popular Posts