Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Blog ini ialah blog peribadi kepunyaan Su Purple..segala isi kandungan blog ini adalah luahan dan pandangan yang tulus ikhlas dari tuan punya blog..dan beberapa ilmu pengetahuan yang ingin dikongsi bersama pembaca sekelian..

Apa yang baik dikongsi bersama, apa yang buruk dijadikan pengajaran.

Monday, May 11, 2009

Alahai


Terasa lama tak mengabdikan kisah-kisah seharian aku disini.. Bermula pada 1 Mei, aku menyambung cutiku pada hari Isnin dan Selasa, dan hari penentunya Rabu, dimana pada jam 2.15 petang aku menduduki paper yang terakhir iaitu Law and procedure of Meeting..

Bila dah cuti lama, pastinya kerja pun bertimbun-timbun, terpaksalah menggantikannya semula pada hari Sabtu dan Ahad..

Dan hari ini kawan aku memberitahu tugasan untuk Ms Access due datenya adalah esok pagi. Dan aku masih dipejabat (jam pun dah pukul 6.45 petang) untuk cuba menghabiskan tugasan yang diberikan. Ya Allah, penat sungguh rasa badan ini.

Kalau boleh nak tidur aje.. gambar atas tu sendiri ambil atas kesilapan sendiri semasa nak menutup alarm, boleh terpicit tah apa-apa butang dan cettttt... lampu flash menyala..

Jangan tanya macam manala gambar tu sebab masa tu aku pun tak tahu posisi aku tatkala tidur.. tau-tau kepala dah ada kat tepi kerusi..

8 comments:

Mak Su said...

mula-mula tengok, tak pasti gambar apa :)

Purpleheart said...

Hehehe, tu la.. mula-mula tengok gambar ni pun pening, bile masa pulak gambar ni boleh diambil..

Tu la gayanya tidur atas meja, sedar-sedar kepala dah kat tepi kerusi.. sabo ajelah..

jinggo said...

hahahaha.....
tertidoq sampai macam tu....
buleh pulak amik gambaq..........
hahahaha.......

Purpleheart said...

Haa tau tak pe, dah la tido bersepah, boleh plak amik gambo sendiri..

Aku pun tak tahuuuuuu, oooooo...

Irdinie Alieya said...
This comment has been removed by the author.
Izariza said...

Salam Sue,

Kadang2 yang tak sengaja tu jadi sesuatu yag paling estetik! :)

RaFFLeSiA MeRaH said...

gambar sape tu sue?

Purpleheart said...

Kak,
Betul..

Rm,
sapa lagi, su laa, hehehehehe...

Nasihat buat kawan-kawan

pesanan dari sahabat

Kehidupan suatu cabaran, tabahkan hati menghadapi dugaan dan lawan. Bersedia mengkritik dan dikritik. Hadapi dunia luar dengan hati yang terbuka. Sentiasa belajar dan mendengar. Pasti hidup akan berjaya - insan terpilih

Popular Posts