Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Blog ini ialah blog peribadi kepunyaan Su Purple..segala isi kandungan blog ini adalah luahan dan pandangan yang tulus ikhlas dari tuan punya blog..dan beberapa ilmu pengetahuan yang ingin dikongsi bersama pembaca sekelian..

Apa yang baik dikongsi bersama, apa yang buruk dijadikan pengajaran.

Thursday, April 23, 2009

Sakit pala


Arini datang kerja, semalam cuti sebab nak intebiu, tapi tak sangka pulak intebiu kejap aje habisnya sebab aku calon ke 2. Untuk jawatn tu cuma 5 orang aje, boleh katakan aku yang paling tua dan paling lama kerja, 13 tahun tau kerja kerani.

Petang ada test Access, sebelum pergi kelas lepaks dulu kat ofis sambil mencuba try test MsAccess. Mujurlah testnya tak susah sangat seperti semester-semester lepas. Malam nak baca buku tapi tak boleh juga sebab sakit kepala. Nak bangun pagi-pagi study pun tak boleh juga sebab pagi Rabu dan Khamis pukul 6.05 pagi ada rancangan talkshow, Respon.. tu dia pengacaranya.. mana nak baca buku?

Laa ni pun sakit pala gak. Dah makan panadol dan sapu minyak angin biar reda. Sapu minyak angin macam sapu losyen aje gamaknya tapi sebab sakit sangat kepala tak terasa pun beranginnya minyak itu..

Sambil menaip ni nota tetap setia atas meja, dah nak lusuh nota aku..

Gambar selanjutnya untuk cuci mata..

Meja aku, tempat letak telefon dan henpon..


Kawan belanja J-Co donut.. nyam nyam..


Buah hati dah ada hati, hati ungu dan hati ijau..


Nota yang sering dibawa ke sana sini..

4 comments:

RaFFLeSiA MeRaH said...

sibuk sgt tu sue....kena rehat pulak la sehari dua....ape kaitan dgn gambar fahrin tuuu sue?? atau nak nunjuk kan kepala?? hehehe...

Zamil Afiq Zulkifli said...

makan ubat ye kak..

kakLuna said...

companies art 1955...wah teringat masa blajar audit dan secretary dulu2..

kakLuna said...

silap pulak...companies act :P

Nasihat buat kawan-kawan

pesanan dari sahabat

Kehidupan suatu cabaran, tabahkan hati menghadapi dugaan dan lawan. Bersedia mengkritik dan dikritik. Hadapi dunia luar dengan hati yang terbuka. Sentiasa belajar dan mendengar. Pasti hidup akan berjaya - insan terpilih

Popular Posts