Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Blog ini ialah blog peribadi kepunyaan Su Purple..segala isi kandungan blog ini adalah luahan dan pandangan yang tulus ikhlas dari tuan punya blog..dan beberapa ilmu pengetahuan yang ingin dikongsi bersama pembaca sekelian..

Apa yang baik dikongsi bersama, apa yang buruk dijadikan pengajaran.

Tuesday, March 17, 2009

Semalam punya hal



Keadaan kaki tak berapa stabil, seolah-olah peha sedang membengkak macam peha gajah, betis semakin mengecut macam kaki bangau dan kaki pulak berdenyut-denyut. Ini adalah kerana semalam aku menemani mak ke hospital, dari jam 7.30 sampai jam 4 petang. Mula-mula check mata, lepas tu jumpa doktor, lepas tu ke bahagian jantung, lepas tu ke bahagian x-ray, rehat untuk makan dan kembali jumpa doktor, lepas tu tunggu amik ubat. Semuanya memerlukan kesabaran yang paling maksimum dan juga kekuatan kaki.

Sampai rumah, berkejar untuk solat Zohor dan tak sampai 10 minit azan Asar kedengaran. Terus solat Asar dan bergegas ke UITM untuk kelas pula. Sampai fakulti, tugas pertama ambil LCD ngan laptop. Mujur member ada, Eina tolong bawakkan beg ngan fail aku. Mau rasa nak melompat aje dari tingkat satu ke bawah bila nak melangkah turun. Bila berjalan terasa peha aku lebih besar dari badan aku. Huhuhuhuhuhu..

Time rehat satu hal lagi, nak turun sembahyang dan naik ke blok lain, huuuuu... lepas tu nak balik hantar pulak LCD dan laptop. Rasa macam gendong beras 10 kilo aje gamaknya..

Sebelum tidur amik krim untuk muscle, sapu seadanya memandangkan mata kata tidurla, esok nak kerja.. sebelum tidur sms kawan ajak minum-minum. Lepas dua sms dihantar, aku pun melelapkan mata. Alahai baju tak seterika lagi, buku pun tak kemas nak bawak esok, hmm esokla, aku penat sangat..



Minggu lepas kawan aku belanja nasi, sebenarnya dah lama tak makan nasi jadi senak perut walaupun nasi baru luak separuh. Emm rasa macam nak pecah perut jadi makan pelan-pelan supaya perut boleh serap dengan pelan-pelan. Rasa tak elok pulak nak biarkan memandangkan orang belanja.. TERIMA KASIH YEK, NANTI BELANJALA PULAK SUSHI KING..

15 comments:

Ezad said...

kat hospital tak der kerusi ke?

Shumierain said...

perghhh Sushi King..lamanya xmkn..

kakkkk..ajak sy skaliiii...

Masy said...

still x tau lg saket ape eh kak?

moga cepat sembuh ler kaki tu.. susah nk gerak klu kaki kondem ni huhuhu

Anonymous said...

salam

hrhr kite pon terasa akan kepenatan kaki tu :p
byknyer aktivti gune kaki ni

theblabber said...

nnt jumpa, kita belanja akak lak. haishh, bila la gamaknya tu kan?

Purpleheart said...

Ezad,
ada kerusi tapi sebab ramai orang tak dapatla duduk, lepas tu antara satu tempat dengan tempat yang lain jauh

Shumie,
jooommm..

Masy,
sakit kaki, sebab terlebih jalan dan terlebih berdiri

Manje,
tu la kesian kaki ni.. kena panggil pakar suruh urut la gamaknya

Purpleheart said...

Miezi,
bile la tu ye... (termenung kejap)

Mrs.A said...

sue...
rasanya kan saya pun kena penyakit kaki yg pelik minggu lepas... tak sakit... tapi bengkak sampai buku lali pun tak nampak... huhu... alhamdulillah... sekarang dah susut...

Purpleheart said...

Minnie,
ye ke, bahaya jugak tu walaupun tak sakit. Su dah la bengkak, sakit pulak.. aduhh, tapi ni dah urut, rasa lega sungguh..alhamdulillah..

Irfa said...

salam kak sue..
saya takat 2hari buleh la x makan nasi.
lebih dr 2 hari mesti rasa nak pitam.hehe

Purpleheart said...

Irfa,
sah-sah perut melayu sejati..

Irfa said...

salam kak sue..
saya takat 2hari buleh la x makan nasi.
lebih dr 2 hari mesti rasa nak pitam.hehe

RaFFLeSiA MeRaH said...

kesiannya...kita pun tgh sakit kaki gak lately ni, rasanya dari raya cina ari tu...on off lak sakitnya ni...tapi x der la membengkak...cuma rasa sakit2 tang urat ajer...sib baik 2/3 hari ni ok pulak....x larat betul kalau start nak berjalan tu...aduiiii....nak smbhyg pun sakit....tapi gagahkan la jugak sbb solat tu dah wajib.....

Mak Su said...

masa baby w masuk sepital dulu, mmg maksu pun sakit kaki tak tertahan2, adoiyai... memglah kena berdiet jawabnya.

kalu gi susiking tu, jemput2 ler kita

Purpleheart said...

Rm,
sakit kaki gak ke.. tapi su punya sakit ni sakit manjang, dari bangun pagi sampai la nak tido, tu la solat tu kena gak buat sebab wajib kan..

Mak su,
kalu pegi hospital memang le sakit kaki kan, kena pi sana, kena pi sini..

Maksu pun suke susiking gak ke.. isy same le kite ye..

Nasihat buat kawan-kawan

pesanan dari sahabat

Kehidupan suatu cabaran, tabahkan hati menghadapi dugaan dan lawan. Bersedia mengkritik dan dikritik. Hadapi dunia luar dengan hati yang terbuka. Sentiasa belajar dan mendengar. Pasti hidup akan berjaya - insan terpilih

Popular Posts