Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Blog ini ialah blog peribadi kepunyaan Su Purple..segala isi kandungan blog ini adalah luahan dan pandangan yang tulus ikhlas dari tuan punya blog..dan beberapa ilmu pengetahuan yang ingin dikongsi bersama pembaca sekelian..

Apa yang baik dikongsi bersama, apa yang buruk dijadikan pengajaran.

Monday, March 30, 2009

Pusara dilebuhraya


Semalam aku ke Sungkai, membawa makcik aku yang duduk di Matang Pagar, Sungai Buloh melawat cucunya disana. Cucunya tidak lagi duduk dengannya, pastinya sesekali rindu pada cucunya membara kerana makcik aku telah menjaga cucunya sejak dalam pantang lagi.

Tatkala melalui lebuhraya 'tambah' utara selatan, aku teringat akan peristiwa hampir 6 tahun lepas. Ketika itu aku menaiki sebuah kenderaan dalam perjalanan balik ke rumah. Tiba-tiba orang disebelahku yang selama ini rancak berbual dengan aku bertanyakan suatu soalan..

Kenapa kalau kita memang serasi, kita tidak dijodohkan bersama?

Mungkin sebab kita serasi, kita tidak ditakdirkan untuk bertemu jodoh. Biasa jodoh akan bertemu insan yang berbeza, pendiam dengan mulut becok, lasak dengan yang lembut...

Selepas itu, ayat itu terkubur begitu saja.. itulah pusaranya, tanpa bernisan atau bertanda.

Dan pastinya dia bukanlah jodohku pun..

Ni tempat suka dan duka aku ketika aku duduk di Sungai Buloh.. dan ia pun terkubur begitu saja.. kerana aku tidak lagi kesana.



Sekadar mengimbas kenangan lepas yang mengusik jiwa.. apa-apa pun hidup mesti diteruskan

6 comments:

Masy said...

sy pon slalu pikir camtu kak.. klu serasi kenapa kami xde jodoh? tp sy pcaya, Allah lebih tahu ttg kita. mungkin utk kita, rasanya dah serasi tp apa yg akan jadi masa depan kite x tau..

huhu~

CuTeMiUt78 said...

betul tu kan kak.. semua tu adalah ketentuan tuhan

Mamamanja said...

kalo dua2 sama jerk cam x ceria plak kehidupan

Irfa said...

JWPN UTK SOKLAN DIATAS,CINTA TAK SEMESTINYA BERSATU..larik............

Mrs.A said...

saya ada sorang kawan yg sangat memahami saya dan saya pun memahami dia... kami pun pernah bersembang pasal keserasian kami... dan kami mengambil kesimpulan memang kami takkan ada jodoh.. sebabnya... terlalu memahami.. pelikkan... yang nyata kami akan terus bersahabat sampai bila-bila dan kami akan lupakan perasaan yang pernah bersemi satu ketika dulu...

Purpleheart said...

Kepada semua..
terima kasih atas komen-komen anda.. memang betul kata irfa, cinta tak semestinya bersatu, emm tapi dalam hal ini tak sempat bercinta pun..

Saya hargai sangat komen kalian.. terima kasih kembali

Nasihat buat kawan-kawan

pesanan dari sahabat

Kehidupan suatu cabaran, tabahkan hati menghadapi dugaan dan lawan. Bersedia mengkritik dan dikritik. Hadapi dunia luar dengan hati yang terbuka. Sentiasa belajar dan mendengar. Pasti hidup akan berjaya - insan terpilih

Popular Posts