Lokasi : Seksyen 17 Petaling Jaya
Tarikh : 24 Januari 2010
Pakatan bersama anak Cik Jah dan menantu selama dua minggu dianggap berjaya kerana telah memeranjatkan birthday girl a.k.a Cik Jah atau bonda tersayang.. Pada jam 1 petang, rumah Cik Jah telah diserbu oleh anak dan menantunya yang membawakan kentaki dan satay, sementara anak bungsu Cik Jah mengeluarkan kek yang dibelinya pada hari Sabtu.. Kek ini dikatakan menjadi kontroversi kerana mengapa hanya seorang anak sahaja yang ada pada gambar kek tersebut.
Masing-masing berpakat untuk tidak memotong dahulu muka Cik Jah, dan mangsa pertamanya pasti lah muka aku, huhuhu.. sebelum potong kek, bukak dulu cermin mata ucu ni.. wahahaha..
Ni gambar bonda dan kedua cucu yang paling kecil (buat masa ini) - Syahirah Fairuzan binti Shaizal bin Rozali dan Syafiyah Syazana binti Mohd Suhaimi bin Rozali..
Antara jemputan utama ialah Wan Cu - yang pakai tudung hijau.. adik abah yang bongsu.. turut menyumbangkan bubur sum-sum untuk majlis ini.. Syukran wan cu, i lebiuu..
Orang lain dah beredar dari meja tapi abangku yang sorang ni masih setia dimeja makan ini..say cheese...
Buat bonda tersayang..
kami akan menjadi anakmu yang terbaik, yang akan mematuhi segala kata-katamu dan tidak sama sekali menderhaka.. kami jugalah yang akan menjagamu sampai bila-bila.. huuu sedih pulak aku.. kontrol ayu, nanti muka aku macam jibek la pulak..